Aku berasa terlalu geram. 'Kenapa dia?'
Sambil berjalan mengekori para pelajar lain,aku merungut sendiri. Nana,Faa dan Hana berjalan bertiga di hadapanku. Aku tidak mempedulikan mereka yang sedang seronok berbual dan bergelak ketawa.
"Hahahaha!!!" Ya Tuhan,si Nana ni dah kenapa gelak besar macam tu. Seronok sangat pulak tengok siput babi.
"Sofi! Tengoklah siput ni! Comel tak?"
Nana ni sihat ke tak? Siput dikatakan comel?
"Nana! Janganlah kacau siput tu," kata Hana sambil menarik-narik lengan Nana. Faa hanya mampu berdiri kaku dengan riak wajah kegelian.
'Mulut dah senget benget si Faa ni.Geli sangat kot,' aku berkata sendiri. Selepas beberapa minit Nana cuba mengganggu haiwan bercengkerang tu, haiwan tu terselamat dari bedilan Nana. Siapa yang menyelamatkan siput tu? Super Hana!
" Yang kat belakang tu,cepat sikit jalan! Jangan terhegeh-hegeh macam pompuan!"
Siot punye jantan. Dah sah-sah aku ni perempuan.Sejati!
"Ops,perempuan rupanya kat belakang tu!"
What???!
Kurang asam si lalang ni!
"Jangan jalan macam siput ye yang dibelakang tu. Takot saya tak kenal mana satu siput, mana satu orang pulak," tambah Aiman. Siput?
Dia samakan aku dengan siput ni?!
Ceyh! Ingat aku dapat cam dia ke? Dia pun dah sama macam lalang kat kampung ni. Mengacau je! Geramnya!! Err, tappi.. Comel gak siput ni.. Maknanya..Aku ni comellah kan? Hikk!
"Sofi kenapa kamu senyum sorang-sorang ni?" Tanya Hana. Kulihat wajahnya yang kehairanan.
"Macam siput senyum pulak!" Gurau Nana. Kami sama-sama tertawa. Hahahahah!
"Err tapi.. siput boleh senyum ke?" Tanya Hana dengan sifat lurusnya. ( Lurus bendul namanya!)
"Yang dibelakang! Cepat jalan!" Arah Aiman.
Alah, budak panjang ni! Aku dan rakan-rakan serta ahli kumpulan yang lain meneruskan perjalanan.
ok.aku baru khatam shot 5.
ReplyDeletemekasih bebanyak..=)
ReplyDelete