“Siapa ‘sleeping beauty’?” Tanya Aiman dengan nada suara yang kuat. Mereka bertiga terdiam. Sofea tergamam, memandang ke arah Aiman yang berdiri di hadapan,memandang tepat ke anak mata Sofea. Sofea kecut perut,menelan air liur tanpa disedari.
“Hehe! Takda sape,” jawab Hanani,tersengih-sengih. Aiman masih memandang Sofea dengan pandangan mata yang tajam. Sofea cuba mengalihkan pandangan matanya dari Aiman. Aiman mengalihkan pandangannya.
“Okay! Dengar arahan saya betul-betul. Nanti jangan ada yang terhegeh-hegeh tanya AJKO, ‘Saya group mana?’, ‘Saya kena ikut sape?’. Dengar betul-betul. Hari ni, hanya group A saja yang akan mengikuti aktiviti ni!” Sejurus saja Aiman berkata, beberapa orang pelajar dari kumpulan B bersorak gembira.
“Dah! Dah! Jangan happy sangat,” kata Aiman. Aiman terpandang Sofea yang asyik memandang ke arah pelajar yang bersorak tadi. Sofea kelihatan sedikt bingung.
“Okay!” Aiman menyambung.
“Group A1 dan A2, ikut abang ni,” Aiman menunujuk ke arah seorang lelaki yang sedikit berisi tubuhnya.
“Nama abang ni, Hailmi. Penolongnya, akak montel ni,” gurau Aiman sambil menunjuk ke arah seorang gadis yang juga berisi sedikit tubuhnya.
“Hey! Mulut cover sikit, okay!” Kata gadis itu.
“Nama dia Kak Bi a.k.a Chubby!” Gurau Aiman lagi.
“Man!” Gadis itu menampar lengan Aiman. Aiman tertawa. Pelajar lain tertawa termasuklah Hannah, Hanani dan Farizah. Tapi tidak Sofea. Namun, dia tetap tersenyum manis. Sambil Aiman ketawa, dia terpandang ke arah Sofea yang sedang tersenyum. Sofea sedikit kaku. Senyumannya pudar dengan cepat. Dia sekali lagi mengalihkan pandangan ke tanah. Aiman menyambung semula kata-katanya.
“Emm,nama akak ni Siti Hajar Rabiatul.Panggil dia Kak Bi. Emm, for the A3 and A4 group, you guys will be conducted by this bro. Bro Dinesh!” Seorang AJKO berbangsa India tampil ke hadapan sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti ingin berkata, ‘I’m the man, yoh!’
“Manakala penolongnya, Miss Choo Yin Ying or you guys can call her Sis Yin Ying,” kata-kata Aiman disampuk oleh seorang gadis cina bertubuh kecil, berkaca mata dan berambut panjang lurus.
“Aiya! No need to add sis,ma! Just call me Why,” kata Choo Yin Ying. Semua pelajar berasa hairan dan terdengar suara salah seorang pelajar lelaki.
“Panggil nama apa?”
“Panggil saya ‘Y’. Senang sikit,” jawab Yin Ying. Semua pelajar mengerti.
“Okay, whatever my dear,” kata Aiman. Yin Ying tersipu-sipu malu.
“You ni..,” kata Yin Ying sambil mengacah seperti ingin memukulnya.
“Untuk group A5, nanti saya bagitau sape korang kena ikut. Sekarang, group A yang dah tau sape ketua dia, boleh bergerak ikut arahan ketua masing-masing. Bagi kumpulan B, korang diminta bergerak ke dewan Pavillion. Group A5, tunggu je kat sini. Gerak sekarang!” Arah Aiman. Pelajar-pelajar bergerak mengikut hala tuju masing-masing. Suasana menjadi sedikit bising dan kelam-kabut. Sofea dan rakan-rakan lain terpinga-pinga.
“Sofi! Sofi rasa ketua kita sape?” Tanya Hanani. Sofea hanya mengangkat bahunya.Di wajahnya terpapar rasa ingin tahu.
“Entah-entah, dia tu kot yang jadi ketua kita. Yang kat belakang pokok kelapa tu,” kata Farizah sambil menunjuk ke arah seorang wanita berusia yang sedang mengangkat sampah untuk dibuang. Mereka berempat memandang ke arah wanita tersebut. Hannah, Hanani dan Sofea kehairanan lalu memandang Farizah.
“Itu mak cik cleaner!” Kata mereka bertiga,serentak. Farizah hanya mampu tertawa.
“Adoi, Faa ni! Tak habis-habis dummy kita,”kata Hanani. Sofea memandang wanita tersebut semula. Dengan nada yang perlahan, Sofea bersuara,
“Tapi,okay jugak kalau mak cik tu jadi ketua kita.” Hannah dan Hanani memandang Sofea.
“Sorang lagi!” Kata mereka berdua hampir serentak.Sofea tertawa bersama Farizah. Mereka terus-menerus meneka siapa yang bakal menjdi ketua mereka.
“A5! Tolong berkumpul di hadapan saya,” arah Ain. Ahli kumpulan A5 memulakan gerakan. Mereka duduk berkumpul di hadapan Ain.
“Bagi perhatian! Korang nak tau sape ketua korang kan?” Tanya Ain lalu semua pelajar memberi jawapan yang sama,
“Ya!”
“Kalau korang nak tau, ketua korang akan datang kejap lagi. Tapi, penolong dia ada kat sini,” kata Ain. Semua pelajar tertanya. Ain tersenyum kecil.
“Hehehe! Akulah penolong ketua korang!” Pelajar-pelajar tertawa kecil. Tidak kurang ada yang berkata, ‘Hek eleh! Buat suspen je!’.
“Jangan marah..” Kata Ain. Tiba-tiba dia terpandang ke arah sesorang di belakang lalu tersenyum lebar.
“Ketua korang dah sampai,”kata Ain. Sofea memandang sekeliling. Kelihatan tiada sesiapa yang dikatakan menjadi ketua kumpulan aktivitinya. Semua pelajar memandang ke arah belakang Sofea termasuklah rakan sebiliknya. Sofea berasa hairan lalu berkata pada diri sendiri,
“Aku ke?..Takkan aku kot.” Sofea bertambah hairan.Terdengar bunyi tapak kasut di belakangnya. Tiba-tiba Sofea berasa seram sejuk.
“Faa. Apasal Sofi tiba-tiba rasa seram ni,” tanya Sofea pada Farizah. Farizah yang masih memandang ke arah belakang Sofea mencuit-cuit paha Sofea supaya memandang ke belakangnya.
“Sebab akulah ketua kau.” Sofea terkejut mendengar suara lelaki dari belakang lalu dia menoleh ke belakang dengan pantas. Sofea berasa begitu terkejut. Tubuhnya kaku, matanya membesar seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengar sebentar tadi. “ Akulah ketua untuk group A5. Nama aku, Aiman Miqdad.” Sofea kaku.
No comments:
Post a Comment
Pembaca bagus