Pages

Saturday, January 10, 2009

Shot 2

WWWEEEEEEWWWOOOOOO!!!WWWEEEWOOOO!!!
“Adoi!Bunyi dah dorang!” Sofea berkata dalam hati. Dia tetap meneruskan tidurnya.Tapi…
“Sofea! Lekaih bangun! Dah bunyi dah! Kang mengamuk pulak akak-akak tu,” Hanani cuba mengejutkan Sofea dari tidur. Sofea masih tidak bergerak.
“Weih,awat tak bangun lagi ni?” Hanani resah.
“Nana,jom gerak cepat!” Kata Farizah.
“Ni ha! Kawan Faa tak bangun-bangun ni,” Hanani masih cuba mengejutkan Sofea dari tidur.
WWWWEEEEEEEEWOOOOOOO!!!WWWWEEEEEEEWOOOOO!!!
“Bilik 101! Sila bergerak sekarang!” Arah seorang gadis yang merupakan ahli jawatankuasa bagi program orientasi.
“Sudah.Dah melalak dah! Sofea! Awat liat sangat ni nak bangun! Sofea!” Hanani mula panik.
“Biar Faa kejutkan dia,”kata Farizah sambil menghampiri katil Sofea.
“Macam mana?” Tanya Hanani. Farizah merapatkan bibirnya ke telinga Sofea.
“Weih,Faa nak buat ape tu?” Hanani kehairanan. Farizah memberi isyarat ‘Tunggu’ pada Hanani. Dengan nada suara yang perlahan,
“Piah..Piah..Bangun Piah..”
“Ibu..kejutkan Piah 10 minit lagi..”Kata Sofea yang masih mamai. Hanani dan Farizah tertawa kecil. Farizah berbisik lagi,
“Bangun Piah.. Ada orang datang nak meminang Piah..” Dengan pantas, Sofea bangun dari tidur. Dengan mata yang antara buka dan tidak, Sofea berkata,
“Hah?Meminang? Sape,bu?” Hanani dan Farizah tergelak besar.
“Ha!Ha!Ha!Ha!!”
“Bilik 101! Apa gelak-gelak lagi tu?! Kawan awak dah lama tunggu! Bilik atas tu! Jangan lupa tutup lampu! Bilik hujung!..” Gadis itu memberi arahan. Hanani dan Farizah cuba menahan gelak.
“Dah,dah! Jom blah!” Farizah berkata sambil menahan tawanya.
“Hihi..budak ni macam mana?” Tanya Hanani yang masih tertawa kecil. Farizah memegang lengan Sofea lalu berkata,
“Piah,meh ibu tunjukkan pada Piah. Dia ada kat luar tu,” katanya sambil menarik Sofea perlahan. Sofea menurutinya. Mereka berdua memapah Sofea ke arah kumpulan pelajar perempuan.
“Sini!Sini!” Jerit Hannah sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah mereka. Mereka memapah Sofea dan masuk beratur di sebelah Hannah. Hannah memandang Sofea dengan kehairanan.
“Kenapa dengan Sofea?” Tanya Hannah. Hanani dan Farizah tertawa kecil. Hannah bertambah hairan.
“Dia sakit ke? Ada makan ubat?” Tanya Hannah lagi. Tawa mereka makin bertambah.
“Budak ni memang dok sakit. Sakit angau,gatai nak menikah!” Kata Hanani.
“Nak bagi ubat apa,nya? Belum pape,dah overdose!”
“Ha!Ha!Ha!Ha!!” Ketawa mereka berdua. Hannah masih terpinga-pinga.
“Apa sudah jadi?” Tanya Hannah.
“Okay! Korang sume boleh gerak ke dataran sekarang! Jangan berpecah,faham!” Arah salah seorang AJK orientasi.
“Faham tak?!!” Jerit salah seorang lagi.
“Faham..!!” Jawab para pelajar tersebut.

“Sebenarnya,tadi tu adalah siren kecemasan. Kitorang sengaja buat pada waktu ni sebab nak korang alert selalu. Kita tak tau bila kemalangan atau malapetaka akan jadi,kan?” Kata seorang AJK orientasi-lelaki. Sofea dan teman sebiliknya duduk di atas tanah dataran dengan reaksi wajah yang kebosanan. Reaksi itu dapat dilihat dengan ketara pada wajah Sofea. Sofea berasa amat mengantuk sehingga mampu terlena di bahu Farizah. Keadaan setiap pelajar amat serabut. Yang perempuan,ada yang berpakaian baju tidur bergambar watak kartun ‘Hello Kitty’, ada yang hanya sempat mencapai tuala untuk menutup kepala, dan ada yang berkain batik. Manakala pelajar lelaki pula, pakaian paling teruk sekali adalah berseluar pendek dan t-shirt putih (yang sebenarnya baju dalam!).
GEDEBUK!!!
Sofea terlentok elok di atas tanah dataran tersebut,dek terlalu mengantuk!
“Sofea! Adoi,awat dengan hang ni?” Kata Hanani dengan perasaan terkejut. Farizah hanya mampu menahan ketawanya. Hannah pula,terpinga-pinga. Sofea yang masih mamai,terkejut dengan apa yang berlaku pada dirinya. Entah mengapa,mungkin kerana terlalu mamai, Sofea berdiri tegak sambil berkata,
“Piah tak setuju,bu!” Dia memeluk tubuh. Matanya masih separuh buka. Semua orang di situ memandang ke arahnya. Hanani menepuk dahinya.
“Apa yang awak tak setuju?” Kata ketua ahli jawatankuasa orientasi. Lelaki itu memandang tepat ke arahnya dengan berpeluk tubuh. Sofea membuka matanya lalu memandang sekitarnya. Dia perhati secara rambang manusia-manusia yang ada di situ. Sofea masih terpinga-pinga lantas memandang Hanani. Hanani memberi isyarat tangan seperti ingin mengatakan, ‘Apa kena dengan Sofea ni?’.
“Ada masalah ke yang di sana?” Kata ketua tersebut. Sofea memandang ke arahnya dengan mulut yang sedikit ternganga.
“Hah? Err.. Takde pape!” Sofea mulai ingin duduk perlahan-lahan, tapi..
“Awak bangun sekejap,” lelaki itu bersuara dengan nada yang sedikit tegas. Sofea kecut hati. Badannya sekejap sejuk, sekejap panas. Apa perasaannya? Malu! Segan! Banyak mata memandang ke arahnya.
“Awak tak setuju dengan apa?” Tanya lelaki itu.
“Takde pape,”jawab Sofea,perlahan.
“Apa dia?!” Tanya lelaki itu lagi. Sofea sedikit terkejut. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia terdiam.
“Saya tanya awak tak setuju dengan apa?” Lelaki itu bergerak sedikit. Sofea kecut perut.
“Mati aku!” Kata Sofea dalam hatinya yang makin kecut apabila suasana menjadi amat sepi,semua tumpuan ke arahnya.
“ Saya..mengigau tadi..” Jawab Sofea,perlahan. Lantas,..
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!
Semua yang ada di situ ketawa besar,lagi-lagi bagi pelajar lelaki. Ketua AJKO itu turut tertawa. Sofea hanya mampu menundukkan wajah.
“Dah! Dah! Jangan ketawa kuat sangat waktu-waktu macam ni,” kata ketua itu. Dia memandang Sofea dengan pandangan dari hujung mata.
“Ngigau apa cik adik? Tak setuju nak kawin ke?” Katanya dengan nada memerli. Sofea berasa malu tapi mampu tersenyum kecil-tahan malu beb!
“Dah! Awak boleh duduk. Lain kali, dengar ape orang kat depan ni cakap. Tak pasal-pasal kantoi.” Perli lelaki itu lagi. Sofea duduk perlahan-lahan. Dia memandang ke arah Farizah lalu menyembunyikan wajahnya di belakang Farizah sambil berkata,
“Malunye! Rasa macam nak sorok muka ni kat bumper Faa!”
Farizah, Hanani dan Hannah tertawa.

No comments:

Post a Comment

Pembaca bagus