Pages

Saturday, January 10, 2009

Shot 1

Cuaca agak panas pada hari itu membuatkan ramai yang berteduh di dewan makan. Kelihatan ada yang mengibas kepanasan, ada yang cuba menyejukkan diri dengan segelas air dan ada yang hampir terlena dek kepanasan. Kelihatan begitu ramai orang di dewan makan yang agak besar luasnya. Ada yang berpakaian kemeja lengkap dengan kasut kulit. Ada yang manis berbaju kurung. Yang pasti, mereka hadir dengan matlamat yang baru. Ingin mempelajari rahsia di muka bumi dengan cemerlang. Ada yang kelihatan resah, letih, layu, dan teruja.
Seorang gadis berusia 18 tahun berjalan ke arah sebuah meja dengan membawa 2 gelas air. Dengan gerakan yang perlahan,gadis itu meletakkan gelas-gelas tersebut ke atas meja.
"Air limau ais je yang murah. Ibu kongsi dengan Piah, ayah kongsi dengan Din,"kata gadis itu. Dia hulurkan segelas air kepada bapanya yang berusia dalam lingkungan 50an. Dia mulai duduk di sebelah seorang wanita yang tetap cantik walaupun usianya hampir mencecah 50an.
"Ibu minum dulu."
"Lepas ni Piah kena pergi mana?" Bapanya bersuara.
"Piah kena pergi dewan. Diorang kata ada taklimat. Bosan betul. Tengah panas macam ni,sure ada yang tidur," kata gadis itu. Ibu gadis itu menghulurkan kembali segelas air padanya sambil berkata,
" Biasalah ada taklimat. Budak baru masuk kolej. Hmm,lepas ni ada program tu tak?.Apa namanya tu.? Alah,program untuk budak baru masuk,panggil apa?" Kata ibunya sambil cuba mengingat sesuatu.
" Orientasi," jawabnya,pendek.
" Ha,orientasi! Itu yang ibu nak sebut. Berapa lama Piah kena orientasi?" Ibunya bertanya sambil memandang gadis itu yang sedang minum.
"Hmm,seminggu kot. Bosanlah. Mesti kena ragging habis-habisan. Kena dengar taklimat berjam-jam. Tidur lambat," kata gadis itu dengan perasaan tidak puas hati. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskan hela. Adiknya memandang. Si gadis tersedar sesuatu.
"Ops,sorry! Tak sengaja mengeluh.Hehehe!"
"Ha,ha! Tak baik mengeluh.Nanti setan suka," kata budak lelaki itu. Gadis itu hanya tersenyum. Tiba-tiba kedengaran satu suara dari corong pembesar suara.
"Assalammualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada pelajar-pelajar baru. Anda diminta untuk bersiap sedia untuk sesi taklimat di dewan Pavillion pada jam 2.30 petang. Para pelajar diminta untuk persiapkan diri di bilik masing-masing dan berkumpul di dewan. Anda juga dikehendaki untuk membawa bersama-sama buku peraturan kolej.Sekian,terima kasih," kata penyampai perempuan. Bapa gadis itu menoleh ke arahnya.
"Dah dapat kunci bilik?" Tanya bapanya. Gadis itu mengangguk.
"Jomlah. Apalagi?" Kata bapanya lalu bangun dari tempat duduk. Mereka mula berangkat ke sebuah bangunan.

Mereka berempat berdiri di hadapan pintu sebuah bilik di bangunan asrama perempuan. Kelihatan wajah gadis itu agak muram tapi cuba menyembunyikan dengan mengukirkan senyuman apabila bapanya memanggilnya.
"Piah,kitaorang pergi dulu. Jangan lambat pergi dewan tau," pesan bapanya. Dia bersalaman dengan bapanya serta ibunya.
"Jaga diri. Jangan lupa makan. Pandai-pandai bawak diri. Jangan asyik tidur je. Belajar tau!" Kata ibunya pula. Dia mencium pipi wanita yang dia sayangi itu. Di hati gadis itu,terasa satu perasaan yang amat berat. Terlalu pilu hatinya apabila mendengar pesanan ibunya. Dia menoleh ke arah adiknya yang berusia 10 tahun itu. Kelihatan adiknya seperti mahu menitiskan air mata tapi ditahannya. Dalam hati gadis itu berkata,
"Jangan sedih, Din. Tahan air mata tu." Gadis itu bersalaman dengan adiknya lalu mencium pipinya.
" Kenapa ni, Din? Nak menangis ke?" Tanya gadis itu dengan nada bergurau.
"Mana ada!" Kata budak itu dengan senyuman yang dibuat-buat. Masing-masing cuba menyembunyikan perassan.

Air mata mengalir di pipi gadis itu. Duduk keseorangan di katil dua tingkat. Hatinya terasa ingin mengejar kembali keluarganya. Tapi,apa dayanya. Dia perlu tabah. Dia perlu berdikari. Dia perlu kejar matlamatnya.
“Hai!” Sapa seorang gadis seusia dengannya. Dia hampir terkejut lalu mengesat air matanya. Dia memandang ke arah gadis yang agak tinggi serta manis orangnya,terpinga-pinga.
“Kenapa ni?” Tanya gadis manis itu.
“Eh,tak ada pape!Hehehe! Sorry.Emm,dok bilik ni ke?”
“A’ah.Err,katil ni ada orang tak?”
“Takda agaknya.” Gadis tinggi itu tersenyum lalu meletakkan bagasinya dia atas katil.
“Duduk jelah,kan? Erm,nama siapa?”
“ Sofea.”
“Saya..” Kata-kata gadis itu terhenti tatkala seorang wanita yang kelihatan seperti ibunya memanggilnya dari luar pintu.
“Izah! Umi pergi dulu ye? Nanti lambat sampai Johor” Gadis itu menghampiri ibunya lalu bersalaman dengannya. Sofea memandang ke arah anak-beranak itu. Teringat pada keluarganya. Pilu hatinya. Terasa berat di suatu pelusuk hatinya.
“Umi bawak keta elok-elok,ye? Sampai rumah, mesej Izah tau!” Kata gadis itu. Sofea melihat mereka dangan sepenuh perhatian. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan dia rasa kehairanan lalu berkata seorang diri,
“Sape kat blakang dia tu?” Berkerut dahi Sofea.
“Hensem,kan?” Terdengar suara dari sebalik almarinya. Sofea terkejut dan kaku melihat seorang gadis bertubuh sederhana berdiri memandang ke arah seorang lelaki di luar bilik mereka.
“Hah?” Tanya Sofea. Gadis bertubuh sederhana memandang ke arahnya sambil tersenyum.
“Hensem gak,kan laki tu? Hehehe!” Gadis itu mendekati Sofea.
“Saya dok kat katil sebelah sana” Kata gadis itu. Sofe kehairanan.
“Ada katil lagi ke sebelah sana?” Tanya Sofea. Gadis itu mengangguk.
“Mai lah tengok katil saya. Sama je. Tapi mai lah kenal-kenal dengan bedmate saya. Roomate kita,” kata gadis itu,mempelawa Sofea dengan penuh ramah. Sofea mengekori gadis itu ke katilnya. Kelihatan seorang gadis berambut perang sedang mengemas barang-barangnya.
“Mai dok kat katil saya. Kita borak-borak sat.” Sofea hanya menuruti pelawaannya. Gadis berambut perang itu menoleh lalu tersenyum. Dia menghentikan kerjanya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sofea. Sofea menyambut tangannya.
“Hai,saya Hannah!”
“Sofea.” Dia tersenyum.
“Eh,lupa! Saya Hanani.Panggil je Nana.Asal Kedah,” Kata Hanani dengan ramah.
“Sofea dari mana?” Tanya Hanani.
“Dari Selangor,” jawabnya dengan kaku.
“Ooo..Hana! Hana dari mana?” Tanya Hanani.
“Saya sebenarnya dari Sarawak tapi sekarang tinggal di K.L,” jawabnya sambil menepuk tilam katilnya lalu duduk.
“Mana sorang lagi?” Tanya Hannah pada Sofea. Sofea masih kaku. Kekok untuk berkata-kata.
“ Sat! Biar Nana pergi tengok,” kata Hanani lalu beredar. Sofea kaku. Terasa terlalu kekok.
“Nak cakap pe ni?” Sofea bermonolog sendiri.
“Sofea datang dengan apa?” Tanya Hannah.
“Fuhh! Nasib baik dia start dulu,” Sofea bermonolog lagi.
“Datang dengan kereta. Family hantar. Hana?”
“ Sama,lah. Tapi saya datang dengan mak je.” Suasana kembali sepi. Hannah melipat bajunya untuk dimasukkan ke dalam almari.
“Adoi,apa aku nak buat ni?” Kata hati Sofea. Sejurus selepas itu, Hanani datang bersama gadis tinggi lampai itu lalu mereka duduk di katil.
“Haa..ni roomate kita lagi sorang.Siapa nama tadi ye?”
“Farizah. Panggil je Faa,” jawab Farizah.
“Faa?” Sofea kehairanan.
“A’ah.Hehehe! Mak panggil Faa, Izah. Tapi kawan-kawan Faa kat Johor panggil Faa.”
“Nama glamour lah ni?” Gurau Hanani. Masing-masing tertawa.
“Samalah kiter.Kat rumah orang panggil Nani. Tak bestlah. Sebab kat taman Nana, ada sorang makcik tu,orang panggil Mak Nani.”
“Ooo..kamu takut diorang sama kan kamu dengan mak cik tu!” Gurau Hannah.
“Nasib baik tak kena panggil Mek Non!” Tambah Farizah. Makin kuat tawa mereka.
“Sofea pun ada nama lain gak. Lagi macam orang lama.” Kata Sofea.
“Apa dia?” Tanya Hanani.
“Piah!” Jawab Sofea dengan ringkas.
“Adoih! Nama dah cantik,macam nama Sofea Jane. Skali kena panggil Piah!” Tawa Hanani. Sofea tersenyum.
“Jangan marah ye Sofea. Lawak je.” Kata Hanani lagi.
“Tak de menda lah.”
“Nama penuh Sofea sape?” Tanya Farizah.
“Nama penuh?”

No comments:

Post a Comment

Pembaca bagus