Pages

Saturday, January 10, 2009

Shot 3

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Hannah membelek-belek jam tangannya. Hanani sibuk dengan MP3 nya. Tiba-tiba, Hanani tersedar sesuatu. Dia melihat kelibat seorang lelaki. Dia berasa seperti pernah melihat lelaki itu sebelum ini.
“Hannah..” Panggil Hanani.
“Hoh?” Jawab Hannah.
“Macam pernah Nana tengok laki tu,” kata Hanani. Hannah memandang ke arah lelaki itu.
“Oh,laki tu ke? Dia kan ketua AJKO. Yang tegur Sofia masa latihan kebakaran,” jawab Hannah dengan selamba.
“Yeke? Hmm.. Masa tu gelap sangat. Tak nampak sangat muka budak-budak. Hmm.. Eh,mana si Sofia? Faa?”
“Mereka ada dalam bilik lagi,”jawab Hannah.
“Bukan ke dorang ikut belakang kite tadi?”
“Tak.Dorang singgah koperasi. Tapi, Faa baru teringat yang dia tak bawa handphone.” Hanani mengangguk. Ramai pelajar yang mulai berkumpul,duduk di tanah dataran. Ada yang berkumpulan. Ada yang berdua, dan ada juga duduk berseorangan. Masing-masing memakai pakaian sukan kolej tersebut.
“Okay,semua berkumpul ikut blok masing-masing. Blok pertama bermula di sebelah kiri saya! Bergerak pantas!” Arah salah seorang AJKO perempuan.
“Ain!” Ain-AJKO perempuan itu menoleh pada arah suara itu. Dia memandang tepat pada ketuanya.
“Ye?”
“Sini kejap,”panggil lelaki itu. Ain berjalan ke arahnya.
“Dah check kat blok perempuan?” Tanya lelaki itu.
“Dah suruh orang pergi periksa. Kenapa?”
“Takde pape,” jawab lelaki itu tanpa memandang Ain. Dia memerhati sekeliling. Seperti mencari seseorang.
“Cari sape?” Tanya Ain. Lelaki itu sedikit terkejut lalu memandang Ain.
“Muka aku macam tengah cari orang ke?” Tanya lelaki itu. Ain mengangguk. Lelaki itu memandang sekeliling. Beberapa saat kemudian, dia memandang semula pada Ain
“ Controll dorang semua. Make sure semua budak dah ade kat sini. We have 5 minutes more,” arah lelaki itu. Ain mengangguk. Lelaki itu beredar. Mata Ain mengekori langkah lelaki itu.
“Ain!” Panggil rakan Ain, Syakira,salah seorang AJKO. Panggilannya tidak dihiraukan. Ain masih memandang ke arah lelaki itu yang sibuk menjalankan tugasnya sebagai ketua.
“Ain..!” Syakira memanggilnya sekali lagi. Ain kaku. Syakira menjadi hairan lalu menggaru lehernya yang tidak gatal.
“Apa kena budak ni? Nak kata tidur sambil berdiri,mata terbuka,siap sengih lagi,” Syakira bercakap seorang diri. Syakira memnggilnya sambil menepuk bahu Ain.
“Ain, bangun!” Ain memnoleh ke arah Syakira dengan gerakan yang pantas. Matanya membulat seperti sedikit terkejut lalu menarik nafas dalam-dalam.
“Kenapa.?” Tanya Ain dengan perasaan yang kurang gembira.
“Kau ni kenapa?” Tanya Syakira. Ain membelek kertas-kertas di tangannya. Syakira makin bingung.
“Hmm.. Microfon dah siap. Ada pengumuman tambahan.” Syakira menyerahkan sekeping kertas kecil pada Ain. Ain mengambilnya tanpa memandang ke arah Syakira. Dia membaca nota yang tercatat pada kertas tersebut lalu mengangguk. Syakira memandang ke arah Ain.
“Kau okay?” Tanya Syakira. Ain memandang Syakira.
“Okay.” Ain memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan yang penuh makna. Ditenungnya tajam,tanpa berkelip matanya. Syakira tirut sama memandang ke arah lelaki tersebut. Syakira mengerti lalu tersenyum kecil.
“Hmm..patutla. Calon lelaki terhangat kat depan mata,” kata Syakira lalu memandang Ain yang masih kaku. Syakira tersenyum. Tanpa berkata apa-apa, dia beredar meninggalkan Ain.Ain- si gadis berambut panjang,ikal mayang,bersusuk tubuh menarik dengan ketinggian sederhana dan berkulit cerah masih memandang jejaka idolanya.

Di waktu perhimpunan pelajar-pelajar baru di dataran..
“Terima kasih kepada Puan Noraini atas ceramahnya mengenai keselamatan dan bantuan kesihatan di kolej ini. Diharapkan ceramahnya tadi dapat memberikan kefahaman kepada anda semua,” kata Ain selaku pengerusi majlis. Ain menarik nafas dalam-dalam. Dia membelek kertas di tangannya.
“ Baiklah. Aktiviti ceramah berakhir di sini. Saya serahkan majlis kita pada ketua ahli jawatankuasa orientasi pelajar baru, Aiman Miqdad. Silakan.” Ain memandang ke arah ketuanya, Aiman. Aiman berjalan ke arah Ain. Aiman berdiri tegak di hadapan Ain. Ain memandang wajah Aiman dengan senyuman. Aiman tersenyum kecil. Dia menghukurkan tangan kanannya. Ain masih kaku.
“Ain,” panggil Aiman.
“Ye,” jawab Ain dengan lembut. Senyuman Aiman sedikit melebar. Kelihatan lesung pipitnya di kedua-dua belah pipinya. Perasaan Ain bertambah senang melihat senyuman Aiman.
“Ain. Macam mana nak bagi taklimat kalau kau tak nak bagi microfon tu,” kata Aiman. Ain sedikit terkejut. Dia memandang tangan Aiman lalu memandang ke tangannya yang memegang alat pembesar suara.
“Eh! Hehehe! Sorry. Tak perasan,” kata Ain lalu menyerahkan alat tersebut. Aiman menerimanya lalu berjalan ke tengah pentas. Dia berdiri di hadapan pelajar-pelajar baru.
“Assalammualaikum dan salam sejahtera,” Aiman memulakan ucapan dengan memberi ucap salam.
Sofea dan Hanani leka dengan mendengar lagu melalui MP3 Hanani. Farizah sibuk dengan telefon bimbitnya,menghantar mesej pesanan ringkas manakala Hannah memandang ke hadapan,memandang Aiman yang ingin memberikan taklimat.
“Eh,Sofea! Budak tu la,” kata Hannah. Sofea masih leka mendengar manakala Hanani memandang ke arah Aiman. Hanani tersenyum pada Hannah.
“Sofea.!” Hanani menyiku lembut lenan Sofea. Sofea sedikit terkejut lalu memandang Hanani.
“Tu! Budak depan sana tu,” kata Hanani sambil menunjuk ke arah Aiman. Sofea memerhati dengan teliti. Dia cuba untuk mengenali lelaki itu.
“Siapa?!” Tanya Sofea dengan nada suara yang sedikit kuat, tidak menyedari nada suaranya kuat akibat mendengar lagu melalui fon telinga. Hannah dan Hanani memberi isyarat ‘diam’ pada Sofea. Sofea menutup mulutnya. Mereka ketawa kecil. Sofea menoleh pada Aiman. Diperhati Aiman dengan rasa hairan.
“Siapa tu?” Sofea menoleh pada Hanani.
“Kenapa dengan dia?” Tanya Sofea lagi.
“Tu lah orang yang tegur kamu semalam,” jawab Hannah.
“Tegur Sofea mengigau,” tambah Hanani.
“ Piah tak setuju,bu!” Hanani melakonkan semula kelakuan Sofea sewaktu dia mengigau semasa latihan kecemasan. Hannah dan Hanani tertawa kecil. Sofea cuba mengingat semula.
“Tak berapa ingatlah rupa dia. Lagipun waktu tu gelap,”kata Sofea. Dia menoleh semula pada Aiman.
“Dia ke yang tegur Sofea semalam?” Tanya Sofea.

“Okay. Macam yang korang semua tau,hari ni kita ada aktiviti jungle trackking. Ehem.. Tapi sebenarnya bukan jungle tracking sangat pun. Kita just nak merentas kawasan perkampungan yang terletak dekat dengan kawasan pertanian. Korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Dalam setiap kumpulan besar tu akan terdapat 5 buah kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil akan mempunyai 10 orang ahli permpuan dan 10 orang ahli lelaki. Tapi, kemungkinan ada kumpulan yang hanya mempunyai 8 orang ahli lelaki memandangkan kaum Adam tak ramai,” kata Aiman.
“Wooo!!” Sahut beberapa pelajar lelaki.
“ Bukannya apa, bukan kaum lelaki tak pandai, cuma kaum lelaki makin berkurangan di muka bumi ni,” gurau Aiman.
“Wooo!!” Sahut pula beberapa pelajar perempuan termasuk 4 gadis- Sofea, Hannah, Hanani dan Farizah.
“Okay! Okay! Bawak bertenang!” Kata Aiman,cuba untuk mengawal keadaan.
“ Okay! Dengar betul-betul. Korang akan mula dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Diminta Ajko jalankan tugas sekarang,” arah Aiman.

“Kita 1 group! Yey!” Jerit Sofea. Mereka berempat berada dalam 1 kumpulan yang sama iaitu kumpulan A5. Hanani, Hannah dan Sofea kelihatan begitu teruja. Sofea memandang ke arah Farizah.
“Faa! Kenapa ni? Macam tak seronok je,”tanya Sofea. Faa menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.
“Takda pape. Faa macam malas je nak ikut tracking ni,” kata Farizah,lemah.
“Laa, awatnya pulak?” Tanya Hanani.
“Faa tak suka sangat aktiviti macam ni,” jawab Faa.
“Hmm.. Nak tak nak kena ikut jugak Faa. Kalau tak wajib, ramailah yang tak nak ikut sekali,” jawab Sofea.
“Takda papelah,Faa. Kita cuma jalan-jalan je,” tambah Hannah.
“Tu yang boring tu,” jawab Faa. Mereka bertiga berasa hairan.
“Lainlah kalau ada aktitvti macam kena merentas kolam buaya ke,” gurau Farizah. Mereka bertiga berpandangan dan memandang semula ke arah Farizah dengan reaksi wajah hairan. Farizah tersenyum.
“Apa daa?!!” Jerit mereka bertiga sambil menepuk lembut tubuh Farizah.
“Okay! Okay! Dah habis mesuarat tingkap, cik adik?” Kata Aiman. Sofea menoleh pada Aiman. Senyumannya makin pudar tatkala memandang Aiman. Dia menarik rakan-rakannya itu ke tempat lain.
“Asyik-asyik Sofi je kena,” kata Sofea dengan rasa tidak berpuas hati.
“Hmm..nak buat macam mana. Sofi kan dah popular,” gurau Hanani. Gurauannya ditambah oleh Hannah.
“ Ya lor! Sofea kan..,”
“Sleeping beauty!” Kata Hanani,Hannah dan Farizah,bergurau dengan Sofea. Mereka bertiga ketawa. “Siapa ‘sleeping beauty’?” Tanya Aiman dengan nada suara yang kuat. Mereka bertiga terdiam. Sofea tergamam, memandang ke arah Aiman yang berdiri di hadapan,memandang tepat ke anak mata Sofea. Sofea kecut perut,menelan air liur tanpa disedari.

No comments:

Post a Comment

Pembaca bagus