Pages

Sunday, February 10, 2013

Shot 22

Mata Sofia sekejap pada Aiman, sekejapa pada aiskrim di hadapan matanya. Wajah Sofia masih kelat. Sofia cuba untuk menahan marahnya. Kejadian di kedai bakeri itu masih lagi membuatkan hatinya panas.
"Aiskrim ni. Ambillah," kata Aiman sambil memandang ke tempat lain. Sofia memandang tepat ke wajah Aiman. Aiman mengerling ke arah Sofia yang membatu. 
"Nah, ambik!" Arah Aiman lagi. Sofia masih kaku. Pandangannya tajam melihat lelaki di hadapannya. Aiman mengeluh. Aiskrim yang sebelumnya berada dihadapan mata Sofia kini berkedudukan sedikit bawah.
"Akak bakeri tu kata dia tak boleh letak balik aiskrim ni ke peti. Nanti bos dia marah. Jadi, dia suruh aku bagi aiskrim ni dekat kau." Aiman menyeluk poket baju kemejanya.
"Nah, baki 50 sen. Aiskrim ni RM1.50 je." Aiman menghulurkan duit syiling 50 sen pada Sofia. Sofia memandang duit syiling yang berada di hujung jari  Aiman.
"Kau ambil je lah duit tu. Aiskrim tu sekali. Aku dah tak berselera nak makan," kata Sofia lemah. Sofia menyangkut begnya pada bahu.
"Eh, kejap! Kau nak pergi mana? Takkan aku nak makan aiskrim ni kot?"Aiman menahan Sofia dari pergi. Sofia masih tertunduk.
"Suka hati kau lah kau nak buat apa dengan aiskrim tu,"jawab Sofia. Aiman masih menahan Sofia dari melangkah pergi. Aiman berdiri di hadapannya.
"Ambil aiskrim ni. Jangan membazir." Sofia kaku.
"Ambillah cepat. Dah nak menitik cair aiskrim ni." Aiman masih berdiri di hadapan Sofia. 
"Aku kata aku tak nak, aku tak nak,lah! Yang kau nak paksa aku ni kenapa?" Kata Sofia dengan nada yang tinggi. 
COPP! 
Terasa dingin bibir Sofia. Sofia kaku. Bibirnya basah dan sejuk. Sofia mengetap bibirnya. Masih basah. Sofia memandang ke arah wajah Aiman. Aiman tersenyum.
"Haa... Diam pun. Sedap tak? Sedap, kan?" Kata Aiman.
"Bangang. Yang kau calitkan aiskrim tu dekat mulut aku kenapa???!!!" Marah Sofia. Sekitar bibirnya comot terkena aiskrim. Aiman sengaja berbuat begitu.
"Kau memang nak kena tampar dengan aku ke?!" Sofia cuba untuk menampar lengan Aiman, tapi Aiman mengelak. Sofia cuba menampar lengan kiri pula, namun gagal. Aiman hanya tertawa. Tidak bagi Sofia. Dengan pantas, Sofia memijak kaki Aiman. Terloncat Aiman kesakitan.
"Woi, siput! Apa main pijak kaki ni?!" 
"Siapa suruh kau cari pasal dengan aku?" Marah Sofia. Dia menyapu tepi bibirnya. Masih ada sisa aiskrim. Jarinya melekit. Dia mencari sesuatu untuk membersihkan bibirnya yang comot itu. Kelihatan Aiman sedang tertunduk mengomel seorang diri akibat kesakitan pada kaki. Mata Sofia tertumpu pada sesuatu di bahagian leher Aiman. Dia tersenyum sinis.
"Hoi!" Tali leher Aiman ditarik. Sofia menyapu bibirnya dengan tali leher milik Aiman. Aiman tergamam melihat tindakan pantas Sofia itu.Sofia selesai menyapu sisa aiskrim pada bibirnya dengan tali leher Aiman. Sofia memandang pada Aiman.Begitu juga dengan lelaki itu. Jarak yang sebesar tapak tangan itu, menjadikan mereka berdua bertatapan mata. Wajah Aiman berubah. Sofia pula tiba-tiba terasa sesak nafas pada dadanya. Sofia cuba menarik nafas dan tersenyum kecil. Sofia menjarakkan dirinya. Dia cuba untuk senyum.
"Thanks sebab pinjamkan tali leher kau! Hehehe!" Kata Sofia. Aiman tergamam. Dia berdiri tegak lalu melihat tali lehernya yang sudah kotor. Dia menoleh pada Sofia yang tersenyum.
"Puas hati aku!" Kata Sofia.
"Kurang ajar betul kau ni, siput!"
"Siapa yang mulakan dulu?"Soal Sofia.
"Kau memang cari pasal dengan ketua kau kan?"
"Siapa yang cari pasal dulu?"
"Kau ni..!" Kata-kata Aiman terhenti. Dia ternampak sekeping risalah yang lusuh di atas meja batu itu lalu mengambilnya. Di fikiran Sofia, Aiman seperti ingin memukulnya dengan risalah tersebut. Dengan pantas Sofia mengangkat tangannya untuk menghadang dari dipukul. Tapi, dia terasa tangannya dialihkan oleh risalah tersebut. Aiskrim itu di depan matanya. Sofia memandang ke arah Aiman.
"Tolonglah ambil. Aku tak sanggup nak buang aiskrim ni,"kata Aiman. Sofia memandang aiskrim tu pula. Entah kenapa tangannya bergerak lalu mengambil kon berisi aiskrim itu. Aiman menghembuskan nafas tanda lega.
"Kan senang kalau kau ambil awal-awal. Tak payah aku suapkan,"kata Aiman lagi. Sofia memandang Aiman.Hairan. Kenapa lelaki ini beriya nak kan dia ambil aiskrim ni?
"Kenapa?" Soal Sofia. Aiman tidak mengerti.
"Kenapa beriya sangat nak aku ambil aiskrim ni?" Soal Sofia sekali lagi. Aiman menoleh ke arah lain. Dia bercekak pinggang pula.
"Kau tahu tak membazir tu tak bagus?" Soal Aiman. Sofia mengangguk.
"Sebab tu lah!" Tambah Aiman lagi. Sofia mengecilkan matanya.
"Tapi kan aku dah bagi aiskrim ni dekat kau," kata Sofia. Aiman diam.
"Sebenarnya apa niat kau?" Soal Sofia. Aiman menghembuskan nafasnya. Dia beralih tempat, duduk di kerusi batu. Dia duduk bersandar. Begnya pula diletakkan di sebelahnya.
"Aku... Aku cuma rasa tak sedap hati," kata Aiman. Sofia berkerut. Aiman menoleh memandang Sofia. Dia tahu, gadis itu tak mengerti.
"Aku... Entah! Kau... Kau pergi macam tu je! Jadi, aku rasa macam ada yang tak kena," kata Aiman lagi. Dia duduk menunduk pula. Menongkatkan tangannya pada paha kaki. Sofia masih tak mengerti. Gadis itu masih berdiri kaku menunggu penjelasan lebih lanjut dari Aiman.
"Aku tak faham," kata Sofia dengan ringkas. Aiman mengeluh.
"Budak kecil macam kau takkan faham. Aku sendiri pun tak..." Kata-kata Aiman terhenti apabila melihat wajah Sofia yang muram. Seperti menahan kesedihan. Aiman duduk dengan posisi tegak. Terkejut dengan perubahan wajah Sofia. Nafas Sofia naik turun. Cuba untuk memendam rasanya. Sofia menutup matanya lalu menarik nafas dalam-dalam. Dia memandang ke arah Aiman.
"Ya, ketua. Saya budak kecil. Tak faham apa-apa. Tak boleh buat apa-apa. I get it. Tapi, Tuhan dah kurniakan otak dan hati pada saya, sama macam encik ketua. Jadi, jangan menilai saya dari luaran saja." Sofia mengakhiri perdebatan mereka berdua. Gadis itu berlalu pergi. Aiman masih duduk di kerusi berhadapan dengan perpustakaan. Dia termenung memikirkan dan cuba merumuskan kata-kata gadis itu tadi. Agak lama dia duduk berfikir. Selepas beberapa ketika, dia duduk bersandar. Dia mengerti sekarang. Aiman mengeluh panjang.
"Salah aku."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalammualaikum, ibu."
"Wa'alaikumsalam, Piah. Tengah buat apa tu?" Soal ibu kepada Sofia. Sofia mengalihkan tubuhnya mengiring ke kanan. Telefon bimbit dialih tempat ke telinga kiri.
"Baring-baring je, ibu. Ibu, Piah nak bagitahu ni. Jumaat ni Piah balik tua. Bas Jumaat malam. Sampai K.L dalam subuh macam tu," kata Sofia pada ibunya. Dia yang terbaring di atas katil, bertelekung kerana baru saja usai bersolat Isyak. Tidak sabar untuk menunggu, dia memberi laluan pada hatinya untuk melonjak teruja, memberitahu khabar berita yang menggembirakan ini. Sudah berbulan dia tidak pulang ke rumahnya. Rindu di hati tak dapat ditahan lagi.
"Piah nak balik? Cuti ke?" Soal ibunya.
"Tak,lah, ibu. Saja nak balik. Dah lama Piah tak jumpa ibu, abah dan adik."jawab Sofia.
"Habis, balik kolej hari apa?"
"Piah balik hari Ahad malam. Sampai sini dalam subuh juga," jawab Sofia lagi. Kali ini, dia dalam posisi duduk pula. Tersenyum-senyum dia menjawab segala persoalan ibunya.
"Eh, tak apa ke, Piah? Isnin tu tak ada kelas ke?" Soal ibunya kehairanan. Sofia tersenyum.
"Dah agak dah. Mesti ibu tanya macam tu. Kelas ada pagi Isnin tu. Tapi Paih kemungkinan sampai sini dalam pukul 5 pagi macam tu. Jadi, sempatlah. Lagipun, nanti dalam bas, Piah boleh je tidur. Jangan risau, lah," jelas Sofia pada ibunya. Dia tahu, ibunya pasti kerisauan apabila mendapat tahu dia akan tiba di sini pada awal pagi. Waktu diman manusia masih dibuai mimpi. Waktu dimana langit masih gelap lagi.
"Sampai pagi? Nanti Piah nak pergi kolej macam mana? Bahayalah Piah!"
"Ibu, jangan risau. Ramai budak-budak kolej ni balik ke K.L.. Jadi, tak lah takut sangat," jelas Sofia lagi. Dia tahu, penjelasannya itu hanya mampu mengurangkan sedikit saja kerisauan di hati wanita itu.
"Ibu jangan risau. Budak bilik Piah pun balik pada hari yang sama. Jadi, Piah boleh balik sekali dengan dia."
"Kawan Piah tu lelaki ke perempuan?" Soal ibunya.
"Ibu ni. Mestilah perempuan! Takkanlah budak bilik Piah ni lelaki pulak." Berkerut dahi Sofia mendengar soalan sebegitu daripada ibunya itu. Tertawa kecil dia sebentar.
"Ya tak ya juga. Haih, apa kena, lah dengan ibu ni," kata wanita itu. Tertawa Sofia mendengar keluhan ibunya.
"Ke... ibu nak Piah sebilik dengan lelaki?" Gurau Sofia. Niatnya untuk bergurau dengan ibunya.
"Boleh jugak! Piah pindahlah bilik lain, nak?" Terbuntang mata Sofia mendengar kata-kata ibunya itu.
"Ibu! Apa ibu ni? Macam tu pulak," kata Sofia dengan nada terkejut dan rajuk. Nampaknya dia yang terkena dengan ibunya. Kedengaran tawa ibunya di talian telefon.
"Hehe! Okay. Nanti ibu suruh abah belikan tiket ke sana ya? Hari Ahad malam, kan?"
"Ha'ah. Tolong ya?"
"Okay. Eh, ibu nak kena panaskan lauk ni. Nanti abah mengamuk kelaparan pulak. Abah tu kalau mengamuk sebabkan lapar, ibu ni jugak yang digigitnya!"
"Hahaha! Okaylah tu! Gigit manja. Hehehe!" Gurau Sofia. Tertawa anak-beranak itu.
"Macam-macamlah Piah ni. Okaylah. Ibu pergi dulu ya?"

Selepas Sofia mengakhiri perbualan dengan ibunya, dia tersenyum lebar. Terubat sedikit kerinduannya pada keluarga. Tak sabar menanti hari berangkatnya dia ke Kuala Lumpur. Tak sabar untuk menyambut hari jadi ibunya. Tak sabar untuk bersama dengan keluarga, makan malam bersama, bergurau-senda dengan adiknya, bercerita pelbagai kisah dengan ibunya. Haaah..hatinya sangat teruja.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sofia!!!"
Terduduk Sofia mendengar jeritan dari Faa. Matanya digosok-gosok untuk mendapat pandangan yang lebih jelas. Kelihatan Faa sedang berdiri di sebelah katilnya.
"Sofi tak pergi kelas ke?" Soal Faa. Sofia masih lagi separa sedar.
"Kelas?" Sofia melihat kelibat Faa yang berbaju kurung lengkap dengan tudung.
"Faa baru balik dari study group ke?" Soal Sofia. Faa ternganga mendengar soalan dari Sofia yang masih mamai.
"Sofi, dah pagi, lah! Sofi tertidur lepas solat Isyak semalam. Ingat tak? Tu, tengok tu. Bertelekung lagi," kata Faa. Sofia melihat pakaian yang dipakainya. Putih. Labuh. Diraba-raba kepalanya. Tangan dan kakinya diteliti.
"Telekung?" Bisik Sofia. Dia mual mendapatkan memorinya kembali.
"Ha!!! Kelas! Ya Allah!" Jerit Sofia lantas dia turun dari katil lalu mencapai tuala mandinya.
"Mati aku! Mati! Dahlah solat Subuh terbabas!" Kelam-kabut Sofia mencapai alatan mandiannya.
"Kenapa Faa tak kejut Sofi solat?" Soal Sofia pada Faa yang berdiri menjadi penonton melihat aksi pantas Sofia.
"Faa 'cuti' la. Faa pun bangun lewat tadi. Tak sangka Sofi tidur lagi dekat atas tu," jawab Faa. Sofia masih membebel menyalahkan diri-sendiri. Pintu bilik dibuka, selipar jamban dipakai.
"Eh, Sofi!" Panggil Faa. Langkah Sofi terhenti.
"Apa?" Soal Sofia dengan nada sedikit keras.
"Kalau ya pun, tanggallah dulu telekung tu. Takkan nak bawak masuk jamban pulak."
Sofia melihat telekung yang dipakainya.
"Ya, Allah! Apa kena dah dengan aku ni?!" Marah Sofia lagi pada dirinya. Faa hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pukul 9.45 pagi. Sofia dan rakan-rakan kelasnya berada di bilik tutor. Semua fokus mendengar ajaran dari pensyarah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
"Ops, sorry guys! I think I have to let you go early today. I've got a meeting at 10.15. So, is it okay?" Soal Madam Rohana pada para pelajarnya.
"Okay!" Jawab pelajar di dalam kelas tutor itu. Madam Rohana hanya tersenyum.
"Yeah, I know. Awak semua tak nak lama-lama dengan saya, kan?" Gurau Madam Rohana. Para pelajar hanya tersipu malu.
"Mana ada, madam. Kitorang faham madam perlu melaksanakan tugas sebagai seorang pensyarah yang berkaliber," kata ketua tutor, Nabil. Madam Rohana hanya tertawa kecil.
"So, as you understand my job as a lecturer, I hope, all of you understand your responsible as a student which is..."
"Do our tutor work!" Separuh dari pelajar di dalam kelas itu menyambung kata-kata Madam Rohana. Mereka semua tertawa.
"Okaylah. See you next week. Assalammulaikum, everyone!"
"Wa'alaikumsalam, madam." Setelah para pelajar menjawab salam, Madam Rohana melangkah keluar dari bilik kelas meninggalkan para pelajar. Nabil bangun dan melangkah ke hadapan kelas.
"Okay, okay korang! Dengar kejap, aku nak cakap!" Jerit Nabil bagi memastikan semua rakannya mendengar apa yang ingin dia sampaikan. Para pelajar diam dan melihat ke arahnya.
"Sekarang jam menunjukkan 9.50 pagi. Ada 1 jam 10 minit untuk ke pukul 11 pagi. Korang ingat,kan aku ada pesan pukul 11 pagi adalah waktu terakhir aku kumpul semua kertas kerja yang puan minta semalam, kan? Jadi, ada sesiapa nak hantar sekarang?" Soal Nabil.
Sofia yang sedang mengemas buku dan alatan tulisnya terkedu.
"Kertas kerja?" Membutang mata Sofia apabila teringatkan dia terlupa akan hal itu. Kerta kerja Matematik yang diminta pensyarahnya semalam itu sepatutnya dihantar pada hari ini sebelum jam 12 tengah hari. Apa yang membuat dia gusar ialah...
"Mampus. Aku tak siap separuh lagi!" Bisik Sofia. Dia menoleh pada Nabil. Kelihatan beberapa rakannya menyerahkan kertas kerja mereka pada Nabil.
"Yang lain mana?" Soal Nabil pada rakan-rakannya.
"Alamak, Bil! Aku bagi kau nanti boleh? Sebelum pukul 11 pagi aku hantar dekat kau. Aku tak siap habis lagi. Sikit je lagi," kata salah seorang rakannya. Nabil mengeluh kecil.
"Haih~ Yelah, yelah. Nanti cari aku dekat kafe. Aku nak pelahap makan pagi. Lapar sangat dah ni. Perut pun dah nyanyi lagu Keroncong untuk Ana, dah. Ingat! Sebelum 11 pagi. Lepas 11 pagi, ekau poie lah hantar sendiri." Nabil melangkah ke mejanya lalu mencapai beg galasnya. Dia melangkah ke luar pintu. Sofia mengurut-urut dahinya.
"Macam mana ni? Macam mana ni? Macam mana ni?" Soal Sofia pada dirinya. Dia menggenggam begnya. Separuh dari kerja Matematik untuk tutorial minggu lepas masih tidak siap. Dan dia pasti dia tidak mampu menyiapkan keja itu dalam masa 1 jam.
"Aku ni dah, lah tak pandai sangat bab 3 ni. Aduh, macam mana ni?" Kata Sofia lagi.
"Sofia!"
"Woi!" Terkejut dibuatnya apabila Nabil tiba-tiba muncul dari tepi tingkap, betul-betul di sebelah meja Sofia.
"Kau ni, Nabil! Terkejut aku!" Marah Sofia. Dadanya diusap-usap bagi meredakan degupan jantungnya yang berdegup laju akibat terkejut.
"Kau dah hantar kerja?" Soal Nabil sambil tersenyum lebar. Sofia mengeluh.
"Belum. Nanti aku hantarlah."
"Haa, bagus, bagus. Nanti nak hantar, cari aku dekat..."
"Kafe. Ya, aku tahu. Nanti aku cari kau dekat sana," kata Sofia, memintas kata-kata Nabil. Nabil tersenyum lalu berlalu pergi.
"Baik aku buat sekarang. Daripada aku membebel seorang dekat sini." Sofi mengeluarkan kertas bersaiz A4. Dikeluarkan pula buku tutorial Matematik dari sebuah fail berkunci. Gadis itu memulakan kerjanya.

"Aduh, sakitnya kepala otak aku!" Keluh Sofia. Dia duduk menegak membetulkan tulang belakangnya. Dia membuat senaman ringan bagi mengurangkan lenguh pada pinggang dan bahunya. Sofia sedikit terkejut melihat keadaan bilik kelas itu yang lengang. Hanya dia seorang di dalam bilik kelas itu tanpa dia sedari.
"Bila masa budak-budak ni keluar?" Sofia melihat jam di dinding. Ternganga Sofia melihat jarum jam.
"Ya Allah! Dah pukul 11.10? Habislah aku!" Sofia terjerit kecil. Kedua-dua belah tangannya di kepala.
"Apa aku nak buat ni? Nabil mesti dah bagi semua kertas kerja budak-budak ni dekat puan. Aduh!" Keluh Sofia. Diperiksanya pula buku tutorial Matematik itu. Masih ada 8 soalan lagi belum berjaya diselesaikan. Sofia mengeluh lagi. Terasa diri ditewaskan oleh masa dan kealpaan diri.
"Apa kena dengan aku ni? Macam mana benda penting macam ni aku boleh lupa?" Bertubi-tubi soalan diajukan pada dirinya. Matanya menatap soalan-soalan Matematik di atas meja. Fikirannya buntu. 8 soalan itu bukanlah banyak mana, tapi keupayaanya untuk menjawab 8 soalan itu agak rendah. Berkali-kali dia cuba selesaikan tapi gagal. Sofia makin tertekan. Dirinya bagai diasak oleh masa, mentaliti dan ilmu di dadanya. Dia cuba untuk menenangkan fikirannya. Cuba melenyapkan segala perkara negatif yang mengganggu perjalanannya menelesaikan kerjanya.
GRRRUUURRRR!
Mata Sofia terbuka. Terkedip-kedip matanya melihat Nabil di hadapannya membelek-belek kertas kerja Sofia.
"Dah siap?" Soal Nabil. Sofia menggelengkan kepalanya.
"Bila nak siap?" Soal Nabil lagi. Sofia hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu. Nabil hanya tersenyum.
"Ada masalah ke?" Soal Nabil. Sofia mengangguk perlahan. Nabil tertawa kecil. Ditolehkan kepalanya melihat jam di dinding. Dia menoleh semula pada Sofia.
"Ada masa lagi. Mana yang kau tersangkut nak buat?" Nabil menawarkan dirinya untuk membantu Sofia. Sofia seperti tidak percaya. Ketua tutornya ingin membantunya.
"Betul ke ni?" Soal Sofia. Nabil tersenyum mendengar pertanyaan Sofia. Pen di tangan Sofia diambilnya. Kalkulator milik Sofia dicapainya lalu memulakan pengiraan.
"Soalan ni mula-mula kau kena kembangkan dulu. Lepas tu, kau susun. Yang X kau pindah ke kiri," jelas Nabil. Sofia tersenyum.

"Nabil, tak apa ke ni? Macam dah lambat je," soal Sofia pada Nabil. Jam menunjukkan waktu 11.50 pagi. Nabil membantu Sofia menyatukan semua kertas kerjanya lalu diketipnya.
"Sempat kalau..," kata-kata Nabil terhenti. Dia memandang ke arah Sofia. Sofia memandang ke arah Nabil. Begnya sudah disangkut pada bahunya. Nabil tersenyum. Sofia kehairanan.
"Kalau apa, Nabil?" Soal Sofia pada Nabil.
"Kalau..," kata-kata Nabil terhenti di situ. Sofia ternanti-nanti sambungan kata-kata lelaki itu.
"Kalau kita lari!" Nabil menarik beg milik Sofia, mendorong gadis itu untuk menurut langkah ketua tutornya.
"Aaa! Nabil!" Jerit Sofia. Langkah Sofia pada mulanya tidak teratur. Namun, apabila dia melihat ketua tutornya berlari anak, dia mula mengikut rentak.
"Kenapa kena lari?" Soal Sofia termengah-mengah.
"Kena, lah! Jauh tau bilik puan tu," jawab Nabil sambil berlari anak, mengajak Sofia berlari bersama.
"Tepi! Tepi! Ada kecemasan!" Jerit Nabil pada pelajar-pelajar yang menghalang jalan. Pelajar-pelajar sedikit terkejut melihat mereka seperti tergesa-gesa. Ada yang tertawa, tak kurang juga yang mencebik.
"Nabil, janganlah lari laju sangat! Aku pakai kain ni!" Jerit Sofia. Kain baju kurungnya itu adakalanya hampir membuat dia tersadung.
"Angkatlah kain kau tu. Tak pun tanggal je!" Gurau Nabil. Terkejut Sofia mendengar kata-kata dari Nabil lalu dipukulnya lengan Nabil dengan failnya. Nabil hanya tertawa.
"Cepat, Sofia! Kau kan jaguh lari-lari ni!"
"Aku jaguh bila pakai seluar je!" Kata Sofia. Tiba-tiba Nabil berhenti berlari.  Sofia turut menghentikan langkahnya. Kedua-duanya termengah-mengah.
"Kenapa, Nabil?" Soal Sofia.
"Lambatlah kau lari,"jawab Nabil. Sofia bermuncung.
"Kau tak nampak ke aku pakai baju kurung ni?" Soal Sofia.
"Aku dah bagi idea tadi, kau tak nak ikut."
"Idea apa?"
"Tu..," Nabil bermuncung menunjuk ke arah kain Sofia. Sofia memandang ke bawah lalu memerhatikan sandal yang dipakainya. Dia memandang semula ke arah Nabil.
"Buka selipar ke?" Soal Sofia termengah-mengah.
"Bukan. Tanggal je kain kau tu! Hahaha!"
"Kurang asam punya budak! Pervert!" Jerit Sofia. Nabil mula berlari. Sofia mengejarnya dari belakang.

"See! Kalau aku tak usik kau, memang kau berlari dengan ayunya, kan?" Kata Nabil. Mereka berdua berjaya sampai ke bilik pensyarah mereka dan menghantar kertas kerja Sofia di pada pensyarahnya. Nasib Sofia baik kerana dia masih sempat menghantarnya sebelum waktu ditetapkan. Mereka berdua berjalan bersama untuk keluar dari bangunan Blok Pensyarah 1.
"Hei, memang susah tau nak lari dengan baju kurung! Kau apa tau?" Jawab Sofia. Nabil hanya tertawa.
"Nabil pervert," usik Sofia. Nabil tertawa lagi. Mereka berdua ketawa.
"Apa-apa pun, Nabil, terima kasih sebab tolong aku," kata Sofia. Tawa Nabil terhenti tapi senyuman masih terukir.
"Tak ada hal, lah! Perkara kecil je. Kita kan satu kelas. Aku pulak ketua tutor. Mestilah aku kena tolong anak kapal aku, kan?" Kata Nabil. Sofia tersenyum.
"Kita dah dua bulan belajar dekat sini. Tapi aku jarang tengok kau berborak dengan budak kelas lagi-lagi dengan budak lelaki. Kenapa ya?" Soal Nabil. Senyuman Sofia sedikit pudar. Dia tertunduk. Tali begnya diusap-usap.
"Kau ada masalah sosial ke?" Soal Nabil. Sofia tersenyum kecil. Tapi masih tawar. Nabil masih tidak berpuas hati. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh gadis itu.
"Kau...lesbian ke?"
"Nabil! Kau ni...,"rajuk sedikit gadis itu. Nabil hanya tersenyum.
"Guraulah. Gurau pun tak boleh," pujuk Nabil. Langkah mereka berjaya membawa mereka keluar dari bangunan Blok Pensyarah 1.
"Okaylah. Aku pergi dulu ya? Terima kasih untuk hal tadi, Nabil," kata Sofia bagi melarikan diri daripada menjawab pertanya ketua tutornya. Nabil tersenyum. Dia mengerti. Gadis itu masih belum bersedia untuk menjawab pertanyaannya.
"Okay.Jumpa next class, ye? Jangan lupa pula," pesan Nabil. Sofia tersenyum lalu melambaikan tangannya. Nabil membalas lambaian gadis itu. Sofia berlalu pergi. Nabil masih berdiri di tepi bangunan, memerhatikan langkah gadis itu. Nabil menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
"Apa yang kau fikirkan, wahai Nabil?" Nabil bermonolog.
"Dah tentulah kerana teman lelakinya itu, punca Sofia Adra Zenia Danish tak bersosial," Nabil bermonolog lagi sambil melihat kelibat gadis itu semakin hilang dari pandangan matanya.

"Bye!" Sofia melambai-lambai tangannya pada Faa yang berada di dalam kereta bersama teman lelakinya.
"Thanks tau sebab tolong hantarkan!" Kata Sofia.
"Tak ada hal. Jaga diri!" Kata Faa pada Sofia. Sofia mengangguk. Sofia melangkah pergi ke platform bas yang bakal dinaikinya. Tepat pada masanya. Baru sahaja Sofia ingin melabuhkan punggungnya pada kerusi, bas yang bakal dinaikinya tiba. Sofia mengeluarkan tiket bas dari dompetnya. Dia beratur untuk menaiki bas itu.
"7A. 7A," Sofia berkata sendiri. Harapannya, moga tempat duduknya bukan bersebelahan dengan tingkap. Jika tidak, dia akan mengalami masalah pening dan sukar tidur. Matanya tertumpu pada nombor di tempat letak bagasi.
"7A!" Sofia mleangkah menghampiri tempat duduknya. Kelihatan seseorang sudah berada di sebelah tingkap. Sofia tersenyum. Ini bermakna dia dapat duduk di tempat yang diingini.
"Tapi ada orang lah pula dekat sebelah,"Sofia bermonolog.
"Biarlah. Asalkan tak duduk sebelah tingkap." Sofia menghampiri tempat duduknya. Dia meletakkan begnya di bawah kerusi lalu duduk. Sofia mengeluarkan telefon bimbitnya.

Ibu, Piah dah naik bas. Esok pagi Piah sampai.

Pesanan itu dihantar pada nombor telefon ibunya. Dia membuka ruang pesanan yang baru.

Sofi dah naik bas..

Pesanan itu dihantar pada Fitri. Seminit selepas itu, mesej baru masuk.

143: Duduk dengan siapa? Siapa dekat sebelah?
Sofia: Ada orang dekat sebelah. Tapi tak nampak muka dia. Dia pakai baju berHood.
143: Kalau lelaki, tukar tempat duduk tau..

"Tukar tempat duduk?" Soal Sofia pada diri sendiri. Dia menoleh sekeliling isi perut bas itu. Semua tempat duduk sudah penuh.

Sofi: Bas penuh dah..
143: Minta tukar dengan orang lain..
Sofi: Kenapa?
143: Mana boleh duduk sebelah lelaki yang kita tak kenal!

Sofia sedikit kesal. Dia melihat orang disebelahnya. 
"Lelaki lah sebelah aku ni," Sofia berkata sendiri. Dia cuba mengintai wajah di sebalik topi baju itu.
"Tiket, dik." Sofia sedikit terkejut mendengar suara yang datang dari sebelahnya. Kelihatan seorang lelaki beruniform lambang nama bas yang dinaikinya berdiri di sebelahnya. Sofia menyerahkan tiketnya pada lelaki berusia lingkungan 40-an itu. Setelah lelaki itu meneliti dan menanda sesuata pada kertasnya, dia menyerahkan semula tiket itu pada Sofia.
"Dik, tiket,: pinta lelaki itu pada orang di sebelah Sofia. Tiada sebarang respon. Lelaki itu meminta sekali lagi, masih tiada respon. Sedar dengan keadaan itu, Sofia cuba untuk menegur kelibat di yang duduk membatu di sebelahnya.
"Encik. Encik," panggil Sofia. Masih membatu. Sofia mencucuk tiketnya pada lengan orang di sebelahnya itu. Lelaki itu menoleh lalu menanggalkan topi bajunya dan earphone. Membutang mata Sofia melihat lelaki di sebelahnya. Lelaki itu juga memandangnya. Lelaki itu menoleh pula pada lelaki di sebelah Sofia. Dia menyeluk poket bajunya lalu mengeluarkan sekeping tiket. Tiket itu diserahkan pada lelaki di sebelah Sofia. Mata Sofia masih melekat memandang ke arah lelaki berjaket hitam itu. 
"Terima kasih," kata lelaki pambantu bas itu lalu menyerahkan semula tiket pada lelaki itu. Lelaki itu menyimpan semula tiket itu ke dalam poket lalu duduk bersandar pada kerusi. Topi baju dipakainya lalu berpeluk tubuh. Sofia masih lagi menatap lelaki yang duduk di sebelahnya.
"Aiman?" Kata Sofia. Lelaki itu menoleh padanya.
"Ya, aku," jawab Aiman.

No comments:

Post a Comment

Pembaca bagus