Pages

Wednesday, August 29, 2012

Shot 20

'Huh?' Walau tengah hari, namun masih ada angin sepoi-sepoi bahasa yang elok merdu meniup pipi gadis itu. Gadis yang dari tadi berdiri di sebalik dinding. Melihat kelibat beberapa orang yang berkumpul di tengah ruang Foyer itu. Ada yang berdiri, ada yang duduk, ada juga yang mencangkung. Sudah hampir 10 minit si gadis bertudung  hijau muda, berbaju kurung biru laut berbunga hijau muda itu berdiri mengintai kelibat manusia di sana.
'Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak?'
"Haish!!! Kusutlah macam ni!..Yang aku nak kisah budak tu ada ke tak tu kenapa?..Sofea, dia dengan kau tak ada apa-apa, so, pergi je!".Sofea bermonolog. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Antara mahu dengan tidak langkahnya untuk bersama pelajar-pelajar di sana.
"Tapi..." Sofea mengintai semula.
"Hmmh.." Sofea mengeluh buat entah ke berapa kali.
"Agak-agaknya..dia ungkit pasal semalam tak?"

SEMALAM???

"Nak cerita tak?"
Sofea diam.
"Kalau tak nak cerita, aku tak kisah."
Sofea masih diam.
"Tapi, kalau tak nak cerita, tak payahlah nak bermuram durjana depan tasik ni," Aiman masih berbicara meskipun Sofea membatu.
'Dah macam batu nisan budak ni dah. Ontok je,' kata suara hati Aiman. Lelaki itu membuang pandangan pada tasik. Dilihatnya kelibat pelajar yang mendayung. Gelak tawa bersilih ganti dengan bayu angin.. Aiman tersenyum, mata mengecil.
"Kau tahu,"Aiman memulakan bicara-sekali lagi.
"Dulu tasik ni tak macam ni,"kata Aiman. Sofea memberi reaksi sedikit. Diubah posisinya.
"Maksud kau?" Tanya Sofea. Pertanyaan Sofea membuatkan hati Aiman sedikit tercuit. ' Bersuara pun batu ni'
"Apa kau rasa pasal tasik ni?"Aiman mengajukan soalan. Sofea memandang sekeliling tasik. Agak lama pandangannya meneliti tasik di hadapannya.
"Cantik,"jawab Sofea, ringkas. Aiman tertawa kecil.
"Kenapa?"Tanya Sofea kehairanan. 'Salah ke jawapan aku?'
"Itu je lah yang budak-budak baru jawab. Hari tu, aku tanya soalan yang sama pada kawan-kawan kau. Jawapan lebih kurang sama. Cantik, Tenang."
"Dah itu yang terlintas. Bila pandang tasik ni, perkataan 'Cantik','Indah','Menenangkan' yang terkeluar dari kepala ni," kata Sofea pula. Sofea menoleh pada Aiman yang masih memandang tasik. Senyuman kecil jelas di bibir lelaki itu.
"Sebelum ni, tasik ni tak macam sekarang."
"Sebelum ni, tasik ni tak wujud ke?" Tanya Sofea.
"Apa benda kau ni? Mestilah ada. Cuma.." Kata-kata Aiman terhenti. Diselangi dengan gelak tawa para pelajar lelaki yang bergurau di hujung jeti.Aiman menarik nafas sebelum mengatur bicara.
"Sebelum ni, tasik depan kau ni kotor, keruh, busuk dan segala benda negatiflah yang boleh dikaitkan dengan tasik ni. Tapi, lepas pengarah kolej ni bertukar, dia cadangkan supaya tasik ni dibaikpulihkan. Ada di antara para pelajar yang merasakan tasik ni susah nak dibersihkan. Tapi, atas semangat pengarah tu, dia berjaya memujuk dan meyakinkan budak-budak ni. Tapi, ada seorang budak ni, tak percaya yang benda ni boleh dijalankan. Mana taknya, bukan murah dan senang nak buat. Our fund for this institute is just not fit to add for another project like that. Tapi..." Aiman membaling batu kecil yang dikuisnya sambil berbicara tadi ke arah tasik. Sofea hanya memandang karenahnya.
"Selepas setahun, budak tu dapat rasa yang projek baikpulih tu hampir berjaya. Sampah-sarap berjaya dikeluarkan, air mata air berjaya disalurkan dan semuanya kelihatan  hampir berjaya. Masa budak tu dok perhati tasik tu, pengarah datang kepada dia, berdiri di sebelah sambil bertanya,'Awak rasa tasik ni akan jadi cantik tak?'. Budak tu tanpa fikir panjang, dia jawab apa yang terlintas di otak,'Cantik.' Perkataan tu yang keluar, padahal tasik tu tak siap 100 percent lagi." Aiman tersenyum lantas memandang Sofea yang membatu, mendengar ceritanya. Ditatap wajah gadis itu. Masing-masing seperti terpegun.
"Lepas tu?"Tanya Sofea, menghentikan pandangan pegun itu.
"Lepas tu?Hmm..tengoklah tasik tu!" Balas Aiman sambil menunjuk ke arah tasik. 'Cantik' Itulah yang terlintas di fikiran dua remaja itu. Remaja yang sepatutnya seorang tu dah boleh tukar kad pengenalan, dan seorang lagi dah wajib mengundi. ^_^
"Tak semua yang keruh tu akan keruh selama-lamanya...kecuali kalau kita tak berusaha." Kata-kata itu mengakhiri perbulalan mereka apabila dengan tiba-tiba Aiman berdiri lalu meninggalkan Sofea sendiri.
"Hmmmhhh~~Blah macam tu je mamat tu?" Keluh Sofea.
"Hoi!"Terdengar suara jeritan dari belakang gadis itu. Dia menoleh.'Aiman?'
"JANGAN MENGELUH DEKAT TASIK TU LAH! DIA TAK BERSALAH!" Jerit Aiman.
Wajah Sofea?Begini >>> -_-"

"Sofea!" 
"Hoh??!" Sofea terkejut dari lamunan. Ain di hadapannya.
"Sofea, dah 12.40 ni. Jom, kita start meeting,"ajak Ain.
"Err,kejap! Sofi nak pergi toilet kejap."
"Oh,okay! Cepat sikit ye!" Ain berlalu pergi, duduk di meja Foyer, dikelilingi para pelajar lain. 'Fuhh!~' Sofea lega. Baru kakinya ingin melangkah, terdengar deringan telefon bimbit.
"Hello?..haa..Aiman! Where are you?...All of us dah ada dekat Foyer A..meetinglah...ha?..tak dapat datang?kenapa?..Cikgu apa?...Ohh..Okay..tak apa, senior lain ada..Okay..Bye.." Ain mengakhiri perbualannya.
'Dia tak datang?Budak lalang tu tak datang? Heehee~' Sofea berbisik.

Dua orang pelajar perempuan sibuk menilik wajah mereka. Mengusap rambut masing-masing supaya kelihatan lebih kemas. Salah seorang daripada mereka mengeluarkan pelembab bibir dari beg lalu menyapunya pada bibir. Gadis itu mengetap bibirnya, pada fikiran, ingin meratakan sapuan.

"Eh, wei! Jangan ketap bibir macam tu lepas sapu lipbalm."
"Ha? Kenapa?" Tanya gadis itu pada rakannya. Matanya masih tertumpu pada cermin tandas.
"Aku baca dekat majalah, kalau sapu, lebih baik jangan ketap macam tu. Nanti bercampur air liur, keringlah jadinya," jelas rakannya itu. Gadis itu menoleh pada rakannya dengan kehairanan.
"Kau ingat air liur aku mengalir keluar macam paip air ke? Kau ni.."
"Bukan. Kan bila kau ketap bibir, bibir kau sikit sebanyak masuk dalam mulut. Dalam mulut kan ada air liur. Airliur boleh keringkan bibir, tau?" Jelas lagi rakannya itu. Dia terfikir sejenak.
"Betul juga ye, kata kau. Majalah apa kau baca?"
"Majalah 'omputih'," jawab rakannya itu. Gadis itu mencebik.
"Entah ye ke tak kau ni. English pun tak betul,"perli gadis itu. Pelembab bibir disimpan kembali ke dalam beg.
"Cit! Agak kureng di situ ye!" Mereka berdua tertawa. Tiba-tiba gadis itu seperti teringat sesuatu.
"Oh, yes! Speaking of lip, have you heard about this guy? Senior batch? What's his name?" Gadis tu memetik-metik jarinya, cuba mengingati nama lelaki yang diperkatakan.
"Abang Aiman?" Teka rakannya itu. Gadis itu menoleh sambil tersenyum sinis.
"O' my sweety~ Abang Aiman? He is sooo 'Abang' , right? Hahahaha!" Tertawa gadis itu mendengar panggilan yang diberikan oleh rakannya itu terhadap Aiman. Rakan gadis itu tersimpul malu.
"Well, yeah, Aiman. Aku dengar mak dia masuk hospital tengah hari tadi,"kata gadis itu.
"Mak dia? Siapa?" Tanya rakannya itu. Gadis itu membuntangkan matanya.
"Seriously, babe? Tak ingat siapa mak dia?" Gadis itu kehairanan apabila melihat rakannya itu seperti kekeliruan. Rakan gadis itu cuba mengingat kembali.
"Oh, ye! Mak Aiman! Ingat! Ingat! Tapi..kenapa dengan mak dia?"
"I'm not really sure about that. But the point is, mak dia dekat hospital sekarang. And that means he is so not attending the meeting today," kata gadis itu.
"Owh... So?" Tanya rakan gadis itu.
"As he is not in the meeting, I am soooooo not attending it too. No Aiman, no loves in the air, no fun at all!" Jelas gadis itu sambil tertawa kecil.
"Ponteng?" Tanya rakannya pula. Gadis itu memandang ke arah rakannya. Dipegang bahu rakannya itu.
"Bukan ponteng. Tapi tanda kita kasihankan Aiman. Kita tak boleh bermesyuarat sedangkan Aiman sedang dalam kesusahan, kan?" Kata-kata gadis itu membuatkan rakannya menganga sebentar.
"Oh, you are so sweet..," kata rakannya itu.
"Thank you," jawab gadis itu.
"...and sour! Aku tahu kau tak nak pergi sebab Aiman tak ada, kan? Kau masuk kelab ni pun sebab Aiman ada, kan? Jadi, bila Ain kata hari ni ada perjumpaan, kau pun beriya nak datang sebab Aiman ada, kan? Tapi mak dia sakit, Aiman tak datang, jadi kau pun nak pontenglah, kan? This is soooooo all about Aiman, kan??" Kata rakan gadis itu. Gadis itu tersenyum.
"Babe, campus life without a handsome and cool guy is like studying in a dark room. No lights!" Kata gadis itu.
"And Aiman is your light?" Tanya rakan gadis itu, kehairanan.
"Exactly! Ting!" Gadis itu bersetuju dengan tekaan rakannya itu. Rakan gadis itu hanya menggelengkan kepala. Selepas mereka berdua mencapai beg masing-masing, mereka berlalu keluar dari tandas itu. Selepas beberapa ketika, terdengar bunyi pam air dari salah sebuah bilik air. Pintu terbuka. Sofea melangkah keluar dari bilik air itu. Dia berjalan ke arah sinki lalu membasuh tangannya. Matanya beralih ke arah cermin muka.
'Mak Aiman masuk hospital?' Sofea menyoal dirinya. Fikirannya mula mengimbas kembali perbualan telefon dari Ain di foyer tadi.
"Hello?..haa..Aiman! Where are you?...All of us dah ada dekat Foyer A..meetinglah...ha?..tak dapat datang?kenapa?..Cikgu apa?...Ohh..Okay..tak apa, senior lain ada..Okay..Bye.."
Sofea kehairanan. Adakah cikgu yang dimaksudkan itu adalah ibu kepada Aiman? Hospital? Sakit apa? Sofea tertunduk semula. Perbualan dua orang gadis yang didengari sebentar tadi bermain di fikirannya. Mak Aiman, hospital, sakit. Perkataan-perkataan itu bermain di mindanya.
"Ah, kenapa aku nak peningkan kepala? Buat serabut je fikir pasal 'lalang sawah' tu!" Sofea mencapai begnya. Sebelum berlalu pergi, dia mengemaskan lipatan tudungnya terlebih dahulu. Dia tersenyum.
'And Aiman is your light?' Kata-kata salah seorang gadis tadi membuatkannya tertawa.
"Light? Elok sangatlah si panjang tu jadi lampu. Tiang lampu jalan!" Sofea tersenyum lebar. Dia melangkah keluar dari tandas. Sebaik sahaja melangkah keluar, telefonnya berbunyi menandakn satu mesej simpanan ringkas telah masuk. Sofea mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek begnya. Peti masuk dibuka.

143:
Salam. Dekat mana?

Sofea tersenyum. Dia sudah pun berbaik dengan kekasihnya semalam. Sebuah kata maaf dari si dia dan kata janji telah membuatkan hati gadis itu terubat.

Reply to 143:
Dekat foyer area. Ada perjumpaan kelab. Dah makan?

Sofea tersenyum. Telefon bimbit disimpan semula ke dalam beg. 

"Seronok nampak."
Terdengar suara seorang lelaki di sebelahnya. Sofea menoleh. Matanya membutang. Mulutnya ternganga.
"Kau?!" Jerit Sofea sambil menuding jari ke arah lelaki itu.
"Dah berbaik balik ke?" Soal Aiman yang bersandar pada dinding. Sofea masih terkejut.
"Kau, kau bukan dekat.."
"Hospital? Hehe.." Aiman tersenyum sinis. Pandangannya tertumpu pada lantai. Sofea bertambah hairan.
'Bukan tadi budak perempuan tu kata..' Sofea bermonolog.
"Seronok?" Soal Aiman. Sofea menoleh pada Aiman.
"Seronok mengumpat aku dalam jamban tadi?" Soal Aiman lagi. Sofea makin terkejut. 'Takkan dia dengar kot??'
"Err,.Bila masa aku mengumpat kau!" Kata Sofea bersungguh-sungguh. Dia mengetap bibirnya.
"Jangan ketap bibir," kata Aiman. Berkerut dahi Sofea. Aiman menunjuk bibirnya dengan jari telunjuk.
"Nanti bibir kering,"sambung Aiman lagi. Kata-katanya itu diakhiri dengan tawa kecil. Sofea dengan pantas menekup bibirnya. Pandangannya melilau, cuba mengerti tentang keadaan sekelilingnya. Dia masih tidak faham, mengapa Aiman ada di sini.
'Bibir kering?' Kata hati Sofea. 'Eh, tu bukan dialog budak-budak tadi ke? Ha? Dia dengar??'
"Kenapa tak pergi foyer lagi?" Soal Aiman. Sofea kaget. 'Alamak!'
"Err, nak pergi lah ni!" Dengan pantas dia berjalan ke belakan Aiman untuk ke foyer.
"Dia minta maaf dengan kau ke?"
Soalan Aiman itu membuatkan langkah Sofea terhenti.Sofea kaku. Dia mengerti soalan itu. Sofea menoleh ke belakang. Apa yang dia tidak faham ialah...
"Macam mana kau tahu?" Soal Sofea pada Aiman. Aiman memandang pada Sofea lalu tersenyum sinis.