Pages

Wednesday, November 10, 2010

Shot 17

"Eish!"
Redial...
"The number you had dial.."
"Arghh! Apa yang susah sangat nak jawab ni?"
Redial...
'The number you had dialed..'
Telefon bimbit dihempas ke katil. Sofea termangu seketika.
'Kenapalah dia nak fikir bukan-bukan...'
Diambil semula telefon bimbitnya. Dibelek-belek telefon itu. Dalam hati mengharap si dia akan menghantar sebarang mesej buatnya, meredakan keresahannya. Mengharap si dia akan menelefonnya semula dan berkata..

"Sofi!"
Lamunan Sofea terhenti seketika. Panggilan Faa menghapuskan segala yang difikirkan sebentar tadi. Faa duduk di katilnya.
"Amacam meeting tadi, okay?" Tanya Faa. Sofea tersenyum kelat. 'Faa, jangan tanya soalan yang tak best untuk aku jawab'
"Emm, korang macam mana tadi?"
"Kitorang? Okay je. Ramai gila weih! Tapi ada member kita macam tengah syok dengan AJK kelab."
"Siapa?"
"Haa..jengjengjeng!..Nana lah!"
"Haa???" Sofea terkejut seketika.
"Nana? Serius?"
"Ha'ah. Dia dari tadi tengok dekat senior kelab tu. Lepas tu, tersenyum. Faa suruh dia buat buat tanya pasal meeting next week. Dia tak nak."
"Hek? Apasal?"
"Dia kata 'Kita kena lah jual mahal sikit. Baru hot..'. Tu apa yang Nana cakaplah."
"Hek eleh...Time cenggini lak dia nak jual mahal."
Terdengar pintu di bahagian sebelah sana terbuka. Faa dan Sofea membulat matanya,terkejut.
"Siapa tu.." Bisik Faa. Sofea mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"~but if I had to, boy I think that you should know~all the love we made, can never be erase~~"
Terdengar suara Nana sedang menyanyi riang.
"Nana!" Terjerit kecil Faa. Mereka berdua kaget.
"Faa!" Nana terjerit memanggil Faa.
"HA?Pura-pura tidur! Cepat!" Sofea yang tidak mengerti apa-apa menurut kata-kata Faa. Mereka berdua pura-pura tidur.
"Faa!!! Mana kau, ha?!" Terdengar suara Nana terpekik memanggil Faa.
"Faa..kenapa dia panggil?"Tanya Sofea berbisik.
"Ssshhyy~"
"Faa..kenapa kita kena pura-pura tidur?" Tanya Sofea lagi dengan nada yang sama.
"Shhyyy~"
"FAAA!!! Eh, tidur ke?" Sofea dapat merasai kehadiran Nana mendekati mereka berdua. Jantung Sofea dan Faa berdegup laju. Bahu Faa dicucuk-cucuk. Faa menahan diri daripada tersenyum. Tangannya pula dicucuk oleh Nana. Masih menahan diri.
"Tidur betul ke? Apasal korang tidur berdua atas katil Sofi ni?" Kata Nana. Dia tidak berpuas hati. Ye, dia telah menjumpai sasaran seterusnya. Paha Sofea.
"Aaaaa!!!!" Terdengar jeritan Sofea apabila Nana mencuit paha Sofea.
"Gelilah!!!" Pekik Sofea lagi.
"Haa!!! Korang 'purak-purak' tido ye!!!" Kata Nana. Dilihat Faa masih meneruskan lakonannya.
"Hey, Faa! Banguuuuunn!!! Apa Faa buat dengan meja Nana haa??"
'Meja?' Sofea bermonolog.
"Banguuun! Faa!!!" Ditarik-tariknya tangan Faa supaya bangkit dari katil. Faa tersenyum kecil dengan mata yang masih tertutup.
"Kenapa Nana?"
"Kenapa? Tu tengok meja Nana. Apa yang si Faa ni dah buat"
Sofea lantas bingkas bangun dari katil lalu berjalan ke arah meja belajar Nana.





NANA IN LOVE WITH ABANG PIJAM

Hoh??? Meja Nana tertampal kertas bertulis ayat tersebut.
"Faa!!!!" Suara Nana memenuhi ruang bilik. Adoi~ Terdengar hilai tawa Faa.
"Ooo..ni kerja Faa ye! Berani Faa nak heboh-heboh satu kolej!"
"Hahaha! Relaks lah Nana. Gurau,gurau..Aaaa!!! Jangan cubit perut!"

Haihh..Faa ni. Diam diam berisi. Tak pasal pasal aku pun dia tarik sama. Pijam? Siapa pulak lah mamat ni?

"Sofi!!! Sofi pun berpakat dengan Faa ye??"
"Hoh? Mana ada! Faa! Jangan nak kaitkan dengan Sofi pula!
"Hahaha! Sofi yang tampal kertas tu.." Kata Faa.
"Ai? Bila masa pula? Nana, betul, tak tipu! Sofi tak buat pun." Sofea sedaya upaya meyakinkan Nana apabila Nana cuba menghampiri Sofea.
"Betul, Sofi baru balik dari meeting. Masa Sofi balik, Faa dah ada."
"Habis tu, Sofi buat apa tadi?" Tanya Nana.
"Sofi tadi..." Sofea terdiam seketika. Nana memandangnya.
"Haa! Sofi tolong Faa, kan?" Sofea masih terdiam.
"Sofi!" Nana cuba untuk menerkam Sofea tapi tidak berjaya apabila Sofea berlari anak ke arah katilnya. Dicapai telefon bimbitnya. Sofea terpaku. Nana dan Faa berasa hairan melihat Sofea.
"Sofi?" Faa cuba mendapatkan tindak balas Sofea yang masih kaku melihat telefon bimbitnya. Hanya jari jemari Sofea yang giat menekan-nekan butang telefon bimbitnya.
"Kenapa weih?" Tanya Nana pula, namun masih tiada jawapan dari Sofea.
Tiba tiba Sofea memandang ke arah rakan-rakannya yang kebingungan itu. Cuba untuk tersenyum.
"Tak ada apa-apa. Erm, Nana. Bukan Sofea yang buat tu. Faa yang buat."
Nana sedikit keliru. "Ha?Err, oow,okay.." Sofea tersenyum kecil. Dia mencapai tudung lalu disarungnya. Dicapai pula dompet dan kunci biliknya.
"Erm, nak pergi kafe kejap. Nak pesan apa-apa?" Tanya Sofea. Nana dan Faa memandang sesama sendiri.
"Err, tak ada kot."
"Ha'ah. Nak Nana teman tak?"
"Eh, tak apa. Nana baru balik, kan? Lagipun, Nana tak habis lagi dera Faa tu. Sofi pergi dulu ye. Daa~"
Sofea keluar dari bilik meninggalkan Nana dan Faa yang bingung.
"Dia ni selalu buat benda dengan secara tiba tiba, kan?"
"Lagi lagi kalau lepas tengok handphone dia tu,"kata Nana pula.
"Kenapa pula ek?"
"Entahlah Faa." Nana memandang ke arah Faa yang menggaru-garu dagunya. Matanya terbeliak.
"Haa!!! Faa yang buat eh?"
"Haa, buat apa?" Faa bingung.
"Tu! Tangan Faa ada kesan highlight pink! Macam dekat paper tu! Faa!!!" 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mango juice satu." Sofea membuat pesanan. Pandangan Sofea kosong, termenung sendiri. Tidak dihirau pelajar-pelajar lain yang kecoh membeli makanan petang.
"Dik?" Lamunan Sofea terhenti. Ditatapnya wajah pemuda di depannya.
"Air adik ni," kata peniaga muda tersebut. Sofea terkopoh-kopoh mengambil minumannya. Oh, tertumpah sedikit air itu. Peniaga tersebut memandang Sofea.
"Dik, relaks. Kejar apa?"
"Err..hmm.." Sofea menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia beredar setelah mengambil air jus mangganya itu. Duduk, menarik nafas lalu menikmati minumannya. Fikirannya bercelaru.
'Apa salah aku..? Sampai hati..' Renungannya kosong, fikiran memikirkan kekasihnya.

"Fit call, Sofi xjwb.knp?da jmpa yg br, lupe dkt fit?fit da byk brubah.dlu xksah pn psl hal kelab atau apa2 aktiviti.skrg,sjk jmpa org2 br,bkn men lg.trpulanglah dkt sofi.fit mls nk lyn da"

"Apa salah aku..?"
"Memang kau salah pun."
Hoh?
Suara lelaki di sebelah kanannya mengejutkan lamunan Sofea. Sofea menoleh ke kanan. TOIING! Matanya membulat.
"Kau?"
"Apa..Patut aku yang cakap macam tu.."
"Aiman, kau buat apa dekat meja ni?" Tanya Sofea. 
"Aii? Aku pulak. Kau tu buat apa dekat meja aku?"
'Aku?' Sofea kebingungan. Dilihat sebuah pinggan berisi sisa-sisa makanan di hadapan Aiman Miqdad. Ditoleh semula pada jejaka tersebut.
"What?"
"Err..kau..nasi.."
"Ye, ni meja aku. Ini...nasi ayam aku makan tadi. Tiba tiba tengah sedap aku mencekik, kau terkedek-kedek duduk sebelah ni..dengan air oren kau."
"Air mangga."
"Apa-apa lah. Kau ni dah kenapa? Dah rabun ke buta? Aku yang dekat sebelah ni pun tak nampak.Punyalah banyak meja dekat sini, dekat sebelah aku jugak kau nak duduk! Ni kalau orang nampak, macam mana? Kalau mak aku nampak...eh,eh..kau! Aku tak habis cakap.." Kata-kata Aiman terhenti tatkala melihat Sofea mengangkat gelas minuman lalu beredar mengikut laluan belakang Aiman. Kata-kata Aiman tidak dipedulikan.
"Ai?Aku bebel macam ni, dia boleh buat bodoh je?" Aiman memandang-mandang Sofea yang berjalan perlahan tanpa arah tujuan. Pelik dan hairan-perasaan itu jelas di wajah Aiman.
"Sofea!" Panggil Aiman, perlahan.
"Aish! Tak dengar pulak." Aiman menoleh ke kanan dan kiri. Melihat sekeliling.
"SOFEA ADRA ZE..." Jeritan Aiman terhenti apabila melihat pandangan tajam Sofea. Tapi di wajahnya kelihatan sayu dan letih.
'Kenapa kau ni, Sofea? Macam zombi dah aku tengok..' bisik Aiman. Aiman melambai ke arahnya, memanggil Sofea ke mari. Sofea masih kaku.
"Hmm..sini kejap." Panggil Aiman lagi. Kelihatan kerut di dahi Sofea. Sofea membuka langkah, perlahan-lahan ke arah Aiman.
'Eh, dia datang..Mahu pulak dia datang..' Bisik Aiman lagi. Kini, Sofea di hadapannya, dengan minuman di tangannya.
"Kau kenapa?" Sofea kaku.
"Kau hilang spectacle ke?" Tanya Aiman lagi. Sofea masih kaku.
"Erm,.kalau nak duduk sini, duduk je lah. Aku dah settle dah. Lagipun  aku.." Kata-kata Aiman terhenti tatkala melihat mata Sofea. Matanya. Sayu. Bergenang. Jantung Aiman seperti terhenti seketika. Tergamam melihat mata Sofea yang mula bergenang air mata.
"Aku.." Sofea memulakan bicara.
""..tak nak.." suara Sofea makin perlahan. Aiman cuba untuk mengamati kata-kata Sofea.
"..menangis.." Terkejut, itu perasaan Aiman. Ditatapnya wajah Sofea. Sebak, itu perasaan Sofea. Tangannya menggenggam kuat gelas minumannya. Aiman tak mampu untuk mengeluarkan kata-kata. Hanya mampu memandang Sofea.
"Aku...tak nak menangis.." Setitis air mata mulai mengalir di pipi Sofea. Hati Sofea amat pilu, sebak tak terkata. Dia bingung. Tak tahu kenapa dia boleh ungkapkan kata-kata seperti itu pada lelaki dihadapannya. Wajah yang sayu itu tiba-tiba berubah. Sedikit terkejut. Minuman Sofea dirampas. Dompet ditangannya ditarik, membuatkan dia terikut ke arah tarikan. Ye, lelaki itu menariknya keluar dari kafe. Dan dia hanya mengikut.

Ada mata yang memandang gelagat Aiman dan Sofea. Aiman menarik keluar Sofea dengan menarik dompet yang dipegang kemas oleh Sofea. Ada yang kehairanan. Ada yang tersenyum kecil. Ada yang mula berkata. Dan ada sepasang mata memandang tajam pada mereka berdua. 

Friday, July 16, 2010

SHOT 16

"Jangan lupa tutup kipas nanti ye, Sofi!"
"Okay, Hanna..". Sofea sibuk membetulkan tudungnya. Terasa geram di hati tatkala tudung kuning cairnya tidak menjadi dengan elok.
"Aish,tudung ni! Masa ni lah nak buat hal!" Berkerut dahi Sofea. Ditiup-tiupnya dahinya bagi mendapatkan kemasan yang baik. Dipinnya hujung tudung pada kedua-dua bahunya.
"Bolehlah ni!" Segera dia mengambil beg dan mencapai sekeping roti yang ditinggalkan oleh Nana buatnya. Dia bergerak pantas ke pintu keluar lalu memakai kasut tinggi Nose miliknya dan menutup rapat pintu biliknya.
"Aiyo, kad matriks!" Kata Sofea sambil menepuk dahinya. Dengan pantas, dia membuka semula pintu dan berlari anak ke meja belajarnya. Dicapai kasar kad pengenalan pelajarnya dan terus berlari keluar.

"Kompleks B? Dekat mana ye?" Tanya Sofea pada dirinya. Matanya meliar mencari arah yang hendak dituju.
"Yang itu ke?Ke...yang sana?" Tergaru-garu Sofea dibuatnya.
"Alaa..! Call Faa, lah!" Dirapatkan begnya pada dada lalu mencari telefon bimbitnya.
"Faa! Kompleks B dekat mana?..Haa? Kiri mana?..Kejap,kejap. Sofi dekat sebelah office...Office sebelah kanan Sofi..Jalan terus?..Nampak cafe je!..Ohh! Okay, okay! Nampak dah! Thanks, Faa! Jumpa time lunch, okay!" Sofea mengakhiri perbualannya. Disimpan kembali telefon bimbit ke dalam begnya.
"Jam?" Sofea bermonolog. Ditatap jam tangan yang dijumpai di hadapan koperasi semalam.
"Hoh??? 8.30 dah! Mampus!" Sofea berlari anak ke arah Kompleks B. Salah seorang pekerja melihatnya dengan kehairanan, "Gila apa budak ni?"

"Good morning. First of all, I would like to say thank you so much to all of you for giving a good cooperation by attending to our first meeting even though it begins at early in the morning.Hehehe! And I also want to welcome you into this ' Arts of photography Club'. Hope you guys will have a good and fun experience while joining this club. Welcome and congratulations!" Kata Steven Chong, pengerusi Kelab Seni Fotografi. 31 pelajar yang menghadiri ke perjumpaan tersebut bertepuk tangan tanda terima kasih atas penerimaan mereka ke kelab tersebut. Ada yang begitu bersemangat, ada yang kelihatan lemah (kena lelonglah tu!).
"Okay, sebelum kita mulakan majlis perjumpaan kita ni, ada tak yang kawan-kawan dia tak datang lagi?" Semua memandang ke arah sekeliling.
"Anyone? Your friends?" Semua mendiamkan diri.
"Okay, jangan lupa isikan nama dan I.D number dekat paper kuning tu ye. Who hold that paper right now?" Tanya Steven. Salah seorang pelajar lelaki mengangkat tangan tanda dia lah yang memegang kertas tersebut.
"Okay, nanti pass dekat semua ye. One more thing...yeah..before I forget..." Steven mengedarkan beberapa helai kertas A4 pada salah seorang pelajar.
"Pass it up. Each of you will receive a piece of those paper. This is the list of our..I mean, part of our activity for this two months. Any changes, we will inform you. So, make sure all of you be alert on any notification on the notice board." Steven beredar ke meja dan mengambil kertas senarai aktiviti.
"Okay, jom kita overview semua list yang ada ni. Macam biasa, perjumpaan akan diadakan setiap hari Khamis, jam 4 petang. So, kalau buat pagi pun korang boleh attend, petang mestilah boleh,kan?"
BONNGG!!!
Semua memandang ke arah pintu depan kelas.
"Err..Sorry..." Kata Sofea dengan sedikit tercungap. Steven memandang ke arahnya, kaku. Dengan perasaan segan silu, Sofea melangkah masuk ke dalam kelas. Matanya meliar mencari tempat kosong.
"Err..dekat mana saya boleh duduk ye?" Tanya Sofea dengan sopan pada Steven. Steven memandang tepat padanya.
"Come here..." Arah Steven pada Sofea.
'Mati aku...' Sofea mendekati Steven.
"Are you joining our group?" Tanya Steven.
"Yes, I am."
"What's your name?"
"Err..Sofea."
"Do you have any experience in photography?"
"I've no idea. Just taking pictures using my phone."
"Modeling?"
"Ha?"
"Did you do any modeling?"
"I'm afraid I'm not really good in modeling...I'm not photogenic enough, I guess," jawab Sofea. Steven memandang tepat ke arah Sofea. Sofea berasa kurang selesa dengan pandangan Steven terhadapnya.
"Err...I'm sorry..I..err.." Tergagap gagap Sofea hendak berkata. Dia cuba cari ayat yang sesuai untuk diberi alasan.
"You may sit now," pelawa Steven. Sofea terkedu dan kehairanan.
'Dia tak marah aku?'. Sofea tercari-cari tempat duduk yang ada.
"Is there any seat for her?" Tanya Steven pada pelajar lain. Tak siapa yang menjawab. Selepas seketika,
"Dekat belakang ni ada kosong." Terdengar suara dari belakang kelas. Beberapa pelajar memandang ke arah suara tersebut.
"At the back, dear," kata Steven pada Sofea. Sofea yang sedikit kekok dengan panggilan 'dear' itu hanya menurut perintah. Langkahnya diperhatikan beberapa pasang mata. Pipinya terasa hangat akibat rasa malu diperhatikan ramai orang.
'Mana tempat yang dia kata, tu?'. Sofea masih tercari-cari.
"Oii..!" Sofea memandang ke arah suara tersebut.
TOOOIIINNGG!
"Duduk sini."
'Kenapa aku kena nampak muka dia hari ni..?'
"Aiman, kau nak duduk mana nanti?" Tanya Steven. Aiman menoleh ke Steven dan memandang semula Sofea yang tidak jauh darinya.
"Aku diri sini je,lah,"jawab Aiman pada Steven. Dia beredar sedikit lalu menyandar pada pintu kelas. Aiman mulai berpeluk tubuh. Tidak dihiraukan Sofea yang kaku melihatnya.
"Sofea, you may sit now," pelawa Steven. Sofea patuhi arahan Steven sekali lagi.
"Okay, where were we just now?..Owh,yes! The activities, right?Erm, is there any left for Sofea? The list's paper?"
____________________________________________________________________
"Okay, don't forget! Next week, kita jumpa di depan cafe pukul 4 petang, okay? Pakai t-shirt and tracksuit. Anything else? Finas? Jiayi?" Tanya Steven pada ahli jawatankuasa yang lain. Semua menggelengkan kepala dengan senyuman kecil.
"Takda pape lagi kan?"
"Ah Chong! Jap, ada pengumuman sikit," kata Aiman. Steven memberi laluan padanya. Aiman memandang para pelajar yang ada di dalam kelas tersebut.
"Erm, just a simple announcement. Please write down your fullname and your student's matrix number on this paper. The last person, please send it to me. Okay?" Aiman menyerahkan sekeping kertas yang tertulis ' Nama' dan ' Matrix No.'
"Matrix number and your FULLNAME,okay?" Ulang Aiman dengan nada suara seperti memberi peringatan buat Sofea. Sofea mengeluh kecil di tempat duduknya. Malas untuk melayan perassan geramnya, Sofea mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu.
Salam..bz ke?
Dipandang pelajar-pelajar yang berebut untuk menulis nama mereka. Sofea sedikit muram. Dia mulai duduk mendagu melayan pandangan matanya yang asyik melihat telatah pelajar-pelajar yang lain. Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar (vibrate la tu; penulis). Dibacanya pesanan ringkas yang diterima.
143: Salam..xdela..xwat pape pn..da abz prjmpaan?cmne?
Sofea: Br je abiz..tgh tggu nk tulis nma..meeting ni?Hmm..entahla..mybe sbb first meeting kot,so agk bosan sikit..
143: Oww,xpela..br lg kan? ada kwn x dlm kelab tu?
Sofea: Xde..mostly dkt sini boys la..pelik gk..
143: Laki?rmai ke..?
Sofea: Erm, bole than ramai..chinese boys la yg rmai..
143:Owh..lega ayang bca..
Sofea: Ha? knp?
143: Hehe..xde pape..
Sofea: pikir ape la tu..knp?tkut sofi kna ngorat ke?
143: Hehe..mestilah..nnti laen plak yg dorang cpture..
Sofea: Apa..ingat chinese boy x mnat sofi ke? kt sni ada sorg chinese boy yg cute n hnsem tau!
143: Haii..br join da jmpa org br?
Sofea: org br?
143: Laki yg Sofi kta ensem tu r....ptotla x msg2 ngn org dkt sini..
Sofea: Laa..apa ni..org juz ckp dia cute je kan..lgpun Sofi kan ada meeting..nnti kna tegor dgn AJK plk..
143: hmm..da mkn blom?
Sofea: blom..ada kt kelas lg..
143: wtpe kt sna? kta da abiz..
"Awak!" Terpejut Sofea mendengar panggilan dari seseorang. Seorang gadis kelihatan ingin menyerahkan sekeping kertas padanya. Sofea masih kaku sambil memegang telefon bimbitnya.
"Ni..tulis nama penuh..,"kata gadis itu. Sofea mengambil kertas tersebut. Dipandangnya sepintas lalu isi kandung yang tercatat pada kata kertas itu.
"Nanti hantar dekat abang Aiman, ye!" Pesan gadis itu lagi.
'Abang Aiman? Wajib ke panggil dia abang? Daargh..'

NAMA PENUH

Ditatapnya perkataan itu satu demi satu...
Kenangan lalu menyentapnya semula...
"Sofea! Kau ni anak omputih campur arab ke apa?"
"Sofea! Kenapa bapak kau tak rupa mat saleh pun.."
"Sofea Adra!Adra tu ape? Anak Dara ke?Hahaha!"
"Sofea!"
"Sofea!"
"Sofea!"

Sofea termenung lagi. Sayu, tak bermaya. Terpapar kepiluan di wajahnya. Satu persatu kenangan di sekolah diimbas kembali. Dari kecil hingga kini, namanya menjadi satu perkara yang menghairankan dan sering diperhebohkan. Tak kurang juga yang mempersenda dan memperkotak katikkan namanya.
"Dah tulis belum?" Pertanyaan Aiman mematikan menungnya. Tak dipandang langsung wajah Aiman walhal kelibat Aiman hanya beberapa inci dari tempat duduknya.
"Belum tulis? Kau nak bakar paper ni guna mata kau ke? Cepat sikit, aku ada hal lagi,"arah Aiman. Sofea masih mendiamkan diri, menatap kertas tersebut.
"Kau dengar tak aku cakap ni?" Tanya Aiman lagi. Masih kaku, tiada tindakbalas. Aiman tidak berpuas hati.
"Uw-ma-ngai! Dah terbakar siot paper tu bila kau pandang! Hebat gila kau ni!" Saja Aiman memerlinya, bagi membuatkan Sofea memberi tindakbalas. Sofea hanya mengeluh kecil. Dia mengalah. Tangannya mula menjalankan tugas. Satu persatu huruf terpapar pada kertas tersebut.
SOFEA ADRA ZENIA DANISH YUSUF DANISH 08101080

Ditinggalkan kertas tersebut di atas meja berdekatan dengannya. Beg dicapai dan ingin melangkah meninggalkan Aiman.
"Kau ni kenapa?" Tanya Aiman. Langkah Sofea terhenti. Suasana sepi seketika. Hanya mereka berdua saja dalam kelas tersebut.
"Apa masalah kau ni?"
"Kau tu apa masalah?!" Balas Sofea. Dia cuba untuk menahan perasaan tertekannya. Nafas ditarik dengan cermat supaya tak kelihatan perasaan sebenarnya. Aiman sedikit terkejut tapi tenang semula.
"Aku tak ada masalah pun. Kau tu yang macam ada masalah,"kata Aiman. Sofea mengetap giginya, menahan rasa marah. Matanya tertutup seketika bagi mendapatkan ketenangan dan meredakan sedikit perasaan marahnya. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan.
"Aku tak ada masalah." Kata-kata Sofea terhenti apabila Aiman bergerak mendapatkan kertas senarai nama tesebut. Matanya tertumpu pada nama Sofea. Dia tersenyum kecil.
"Betul ke nama kau panjang macam.."
"Ada apa-apa masalah ke dengan nama aku??"Kata-kata Aiman dipotong oleh Sofea.
"Aku tak kata apa-apa pun."
"Dah tu??"
"Kau ni kenapa?" Tanya Aiman kehairanan.
"Kau sebenarnya nak perli nama aku juga kan? Ye! Itu memang nama aku!"
Telefon bimbit Sofea bergetar. Terpapar 143 pada skrin. Tanpa mempedulikan Aiman, dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello..."
"Hello..Awak tengah buat apa tu?"
"Sofi still dalam kelas.." Jawab Sofea lemah. Aiman berdiri kaku melihat Sofea.
"Kelas lagi? Buat apa?"
"Hmm..ada hal sikit.."
"Sunyi je dengar. Hal apa?"
"Fitri, kenapa ni..?" Tanya Sofea dengan lemah. Masalah di depan tak selesai, tambah pula satu lagi.
"Fit hantar mesej sampai 5 kali, Sofi tak reply pun. Busy sangat ke? Nak juga tahu apa halnya.."
Sofea hanya mampu terdiam. Pandangannya kosong.
"Sofi! Dengar tak Fit cakap ni?"
"Fit.. Sofi call balik nanti." Hanya itu saja yang mampu terungkap oleh Sofea. Terasa seperti seluruh tubuh badannya mulai lemah tak bermaya.
"Kenapa?Eh, awak ni kenapa tak nak bagitau saya apa awak buat sampai tak jawab mesej?"
Sofea mendiamkan diri. Pandangannya beralih pada Aiman yang berdiri memandang ke lantai. Menyedari dirinya diperhatikan, Aiman segera mengangkat kepala lantas membalas pandangan Sofea yang kaku dan lemah.
"Awak dengan lelaki yang awak puji tu ye?" Lantaran terdengar kata-kata temannya itu, Sofea memberi reaksi terkejut.
"Fitri! Apa Fit cakap ni?"
"Kalau tak, awak dengan siapa?" Tak mampu Sofea memberikan jawapan kepada pertanyaan temannya itu. Dia mengeluh lagi.
"I'll call you back,Fitri..Please..It's not the right time."
"Tak payah."
Panggilan tamat. Sofea kaku. Termenung dia tanpa disedari. Aiman masih melihat gelagat Sofea yang berdiri lemah di hadapannya. Selepas seketika, Sofea melangkah, meninggalkan Aiman seorang di dalam kelas.
Langkah Sofea menghala ke tempat tinggalnya.
"Sofea!" Sofea menoleh ke arah panggilan tersebut. Kelibat Aiman yang berlari anak menuju ke arahnya. Wajah muram diberikan pada Aiman.
"Err..semalam..kau ada jumpa jam tak?" Tanya Aiman. Sofea berkerut,hairan.
"Ada jumpa tak jam tangan dekat koperasi tak?" Tanya Aiman lagi. Sofea mula teringat akan jam yang dijumpainya semalam. Dicarinya jam tersebut di dalam beg.
"Kau punya?" Tanya Sofea dengan suara lemah. Dia menunjukkan jam tangan yang dijumpainya semalam. Aiman mengangguk. Kini, jam tangan tersebut beralih ke tangan Aiman lantas dipakainya.
"Kau jumpa ni dekat mana?" Tanya Aiman. Sofea tidak mempedulikan pertanyaan Aiman alu beredar. Namun, langkahnya sekali lagi terhenti dengan panggilan Aiman.
"Sofea.."
"Apa lagi..?" Sedikit tekanan pada suara Sofea. Geram, letih dan penuh dengan masalah-itulah perasaannya waktu itu.
"Aku dah tulis nama and dah bagi jam kau, kan? Aku nak cepat,"kata Sofea. Aiman hanya terdiam. Sofea menarik nafas dan menghelanya perlahan-lahan.
"Sorry, I've got to go." Sofea berlalu pergi setelah mengakhiri kata-katanya.



Monday, July 12, 2010

Shot 15

SENARAI NAMA PELAJAR BAGI KELAB DAN SUKAN

NAMA PELAJAR


NO. ID PELAJAR

KELAB/SUKAN

ADIBAH BT JOHAR


08101028

KELAB REKREASI

AZIZ MAHFUZ B. MOHD.KASSIM


08101159

KELAB FUTSAL

AZMIR FAHMAN B. RUSTAM


08101149

KELAB TENNIS

AZRIN MAISARA BT. TAHIR


08101033

KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN

CHOO WEI JUN


08101046

KELAB TENNIS


"Herk??"
"Kenapa Sofi?" Tanya Faa pada Sofea. Sofea sedikit terkedu. Faa memandang ke arah tumpuan Sofea. Ternyata dia faham.
"Siot je tajuk notis ni." Kata Faa.

SENARAI NAMA PELAJAR (LELONG)

"MALUNYA FAA!!!" Jerit Sofea. Ditutup mukanya dengan buku nota berwarna merah menyala.
"Faa....apa ni. Siap papar nombor bilik lagi..." Sofea mengadu.
"Err..nombor matriks lah Sofi."
"Owh,silap...Tapi still memalukan!!! Tengok ni! Tengok ni! Lelong! L-E-L-O-N-G. Lelong! Aaaaa!!! Tak nak makan dekat kafe lagi!"
"Apa kena mengena kafe dengan benda alah ni, Sofi?" Tanya Faa dengan muka yang agak 'blur'.
"Nanti budak-budak mesti mengumpat pasal Sofi. 'Haa, tu lah budak yang kena lelong tu.' Ya Allah! Faa!!!"
"Oi! Oi! Relax, boleh tak? Ramai kot yang kena macam Sofi. Takkan dorang perasan punya."
"Dorang mesti perasan lah!" Kata Sofea dengan tegas.
"Kenapa pulak?" Tanya Faa pula. Sofea cuba menarik Faa mendekati papan notis tersebut.
"Cuba Faa tengok nombor 37 tu."
Faa mulai mencari nombor tersebut.
"Mana..???" Mata Faa masih meliar mencari nombor tersebut pada notis 'Senarai Nama Pelajar (Lelong)'. Tumpuan mata Faa mulai terhenti tepat pada nombor 37. Diarahkan pandangan matanya ke kanan. Dia tidak berpuas hati. Diulang semula bacaannya. Terkaku seketika. Dahinya mula berkerut.
"Nama siapa tu?" Tanya Faa pada Sofea, perlahan. Sofea sedikit gugup untuk menjawab. Faa mengalih pandangannya pada Sofea. Matanya memberi isyarat 'Siapa?'.
"Hehehe.."Sofea tersengih. Pandangan mata Faa mulai tajam. Riak wajah seperti 'Nama Sofi?' tergambar pada wajah Faa.
"Hehehe..." Sengihan Sofea makin lemah. Dia tertunduk.
"Serius???" Tanya Faa, terkejut.
"Hehehe..."
"Nama dekat nombor 37 tu?" Makin membuak perasaan ingin tahu Faa.
"Hehehe..." Ye, Sofea masih tersengih. Faa mengalih pandangannya pada nama tersebut.
"Sofi ni..." Faa memandang semula Sofia.
"...SIAPA?" Faa menyanbung pertanyaannya.
"Hehehe..."

---------------------------------------------------------------------------------------------
Hanna berdiri di hadapan Sofea. Lagaknya seperti model gambar. Nana pula melakonkan watak sebagai jurugambar.
"Angkat tangan sikit, cik!" Kata Nana. Hanna menggaya dengan gaya lain.
"Senyum sikit, cik". Hanna tersenyum.
"Buat muka sombong sikit, cik!" Arah Nana pada Hanna. Seperti biasa, Hanna melakonkan wataknya sebagai model.
"Tonggek sikit, cik!" Hanna melentikkan tubuhnya.
"HAHAHAHAHA!" Mereka berdua tertawa.
"Korang ni, kangkung betul. Perli ye!" Rajuk Sofea. Mereka berdua berhenti ketawa tapi masih ada sisa-sisa tawanya. Mereka berdua duduk di meja belajar masing-masing.
"Cool, babe. Kitorang cuma menghayati kerja baru Sofi je,"kata Nana.
"Cool what, kelab macam tu. Hanna suka tengok. Sangat cool."
"Itu kalau orang professional. Kalau orang macam Sofi?" lemah saja kata-kata Sofia. Dia mulai mengeluh.
"Kenapa dengan orang macam Sofi?" Tanya Faa yang datang dari katil. Dia duduk di sebelah Sofia.
"Ye,lah. Sofi mana reti bab-bab benda ni. Nanti entah apa yang Sofi tangkap." Keluh Sofea.
"Sofi kan bukan calang-calang orangnya. Tengok nama pun dah tahu." Kata Faa lalu meneguk sedikit air mineral. Semua mata tertumpu pada Faa, namun dengan pandangan berbeza. Nana dan Hanna memandang dengan penuh kehairanan. Namun tidak Sofi, pandangan gelisah diberikan. Faa yang menyedari dia diperhatikan meletakkan gelas berisi separuh air mineral.
"Kenapa pandang Faa macam tu?" Tanya Faa.
"Kenapa dengan Sofi?" Tanya Hanna.
"Aih? Tanyalah dia!" Kata Faa, menyerahkan persoalan mereka berdua pada Sofia. Hanna dan Nana memandang Sofia. Sofia kaku dan kemudian mulai gelisah seperti ingin melarikan diri.
"Sofi, awatnya? Apa yang lain kat hang?" Tanya Nana. Sofia makin gelisah.
"Tak tahu! Tanyalah Faa,"kata Sofia.
"Laa..Apa kena hangpa nih?"
"Yaloh! Mahu secret pula. Tak seronoklah begini," rajuk Hanna. Faa tertawa kecil.
"Korang tahu nama Sofi apa?" Tanya Faa seperti berteka teki. Mereka saling berpandangan.
"Sofia lah, kan?" Jawab Hanna.
"Nama penuh?" Tanay Faa lagi. Hanna dan Nana terdiam. Mereka berfikir sebentar
"Ha'ah la! Nama kita tak tahu nama penuh Sofea,ek?" Tanya Nana. Sofea makin gelisah. Sofia mulai menjauhkan diri sedikit.
"Hari pertama masuk sini, kita tak tanyakah?" Tanya Hanna pula.
"Kita ada tanya, tapi kakak AJKO potong line, panggil beratur luar. Ingat tak?" Kata Faa.
"Ha'ah la! Baru ingat. Peliklah. Kita pun tak pernah nak tanya,kan?" Kata Nana pula.
"Bukan nama dia Sofea saja,ke? Selalu dia tulis macam itu,"kata Hanna.
"Sebab nama dia sangat panjang." Kata Faa.
"Apa nama dia?" Hanna dan Nana bertanya serentak.
"Tanyalah Sofi,"jawab Faa.
"Sofi!!!" Mereka memandang ke arah meja Sofea. Tiada kelibat dia.
"Aik??? Mana dia sudah pergi?" Tanya Hanna kehairanan.
"Dia dah blah da..." kata Faa dengan selamba.
"Sofi!!!!" Jerit Hanna dan Nana.


"Fuuh, selamat aku!" Sofea bermonolog. Dia berhenti di hadapan kedai koperasi lalu duduk di bangku. Dikipas-kipaskan wajahnya. Dihirup udara malam bagi menghilangkan rasa letihnya melarikan diri. Terdiam sebentar dia. Termenung. Memikirkan bagaimana nasibnya bila pulang ke bilik semula.
"Mampus aku." Sofea termenung memandang tepat ke lantai. Pasti di'belasah' habis-habisan bila dia pulang ke bilik, fikirnya. Mahu tidur di bilik orang lain kah? Tapi sampai bila? Mahu mendiamkan dirikah? Tapi sampai bila? Mesti mereka akan tahu juga.
"Sofea Adra Zenia Danish binti Yusuf Danish!"
GULP!!!
Sofia kaku.
"Kau nak aku ulang ke nama kau?" Terdengar suara jantan di belakang. Sofea masih kaku.
"Sofea Adra Zenia Danish binti Yusuf Danish!" Suara lelaki tersebut sedikit meninggi. Sofea mula gelisah.
"Ooo...tak nak pusing ye. Nak aku jerit lagi kuat ke?" Sofea mula menelan air liur, gerun.
"Sofea Adra Zenia.."
"Okay, okay! Dah lah!" Kata Sofea, mengalah.
"Kau nak apa, Aiman Miqdad?!" Marah Sofea.
"Aii? Marah ke? Takkan sebab aku sebut nama penuh kau, kau nak marah?" Aiman mulai mendekati Sofea. Dia menyandarkan diri pada sebuah tiang, tidak jauh dari tempat duduk Sofea.
"Perlu ke jerit kuat-kuat?"
"Dah aku panggil,kau buat tak dengar."
"Aku dengar. Aku tak pekak."
"Tahu pun. Habis tu kenapa tak sahut?"
"Harus ke?" Jawab Sofea, geram. Entah kenapa dia berasa geram dengan AJKO nya.
"Kenapa kau nak marah? Aku salah sebut nama kau ke?" Sofea terdiam. Malas nak menjawab pertanyaan Aiman.
"So, tahniah," ucap Aiman sambil melihat pada jam tangannya. Terpapar riak wajah kehairanan pada Sofea. Aiman faham dengan riak wajah itu.
"Sebab masuk Kelab Fotografi," kata Aiman lagi.
"Hmm...Mana kau tau?" Tanya Sofea,lemah.
"Aku kan ketua AJKO." Katanya dengan lagak poyo sambil membelek jam tangannya.
"Ketua konon..." Bisik Sofea.
"Kenapa? Tak suka aku jadi ketua kau?" Aiman tersenyum sinis.
"Kalau kau tak suka, baguslah," sambung Aiman lagi. Sofea keliru.
"Maksud kau?"
"Eloklah tak suka aku. Aku malas nak ada admire ramai sangat."
POYO SEYH! Dia ingat dia ni siapa?
"Aku rasa baik kau pergi tidur dekat bilik kau,lah. Kau dah start dreaming kat sini," balas Sofea, baran jek.
"It's my turn untuk jaga malam ni. Should say thanks to me," kata Aiman pula. Sofea bangun dari tempat duduk. Apabila dia mahu memulakan langkahnya, Aiman berkata lagi,
"You shouldn't be here at this time. Bahaya. Pergi bilik kau.Dah pukul..."
"I know!" Sofea memotong kata-kata Aiman. Aiman memandang tepat pada Sofea. Sofea hanya menjeling.
"Sofi!!!" Sofea menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
"Apa you buat dekat sini?" Tanya Hanna. Nana hanya memandang Aiman.
"Balik lah..." Sambung Hanna lagi. Aiman membawa diri ke arah kafe. Tinggal Hanna, Nana dan Sofea di hadapan koperasi tersebut.
"Kenapa Sofi? Dia marah hang ke?" Tanya Nana.
"Ha?Itu AJKO marah Sofi ke?" Tanya Hanna pula. Sofea hanya tersenyum kecil dan menggelengkan kepalanya.
"Jom, balik!" Ajak Sofea. Baru mahu melangkah, Sofea ternampak sebuah jam tangan di bangku tadi.
"Jam siapa ni?" Bisik Sofea.
"Sofi! Jomlah balik!"
"Ha?Owh,ok!" Jam tangan tadi disimpan ke dalam kocek seluar tracknya.
"Miss Sofea Adra Ze..Ze apa ya?" Kata Hanna.
"Zenia Danish..." Jawab Nana.
"Sangat panjanglah nam kawan kita,ni!" Perli Hanna.
"Faa lah ni yang bagitau korang,kan?"
"Mestilah, Cik Sofea Adra Zenia Danish!Hahahaha!" Sofea tertunduk.

Wednesday, June 2, 2010

Shot 14

"Kau dapat daftar tak semalam?"
"Gila lah kau! Stay up semata-mata kelab rekreasi!"
"Nasib baik dapat daftar weih!"
"Macam siot je budak semalam tu! Aku beratur lama kot! Sedap body dia je potong line aku! Dah lah ramai gila dekat lab semalam!"

Sofia jadi geram, bingung dan risau mendengar perbualan para pelajar sekelilingnya sepanjang perjalanannnya ke dewan Pavillion.
"Mampus aku macam ni..." Sofea bermonolog. Pandangannya hanya pada langkah kakinya yang kian kaku. Diangkat kepalanya, mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggil namanya.
"Sofi!" Hanna dan Nana memanggil sambil melambai-lambai bagi menarik perhatian Sofia. Dia mengeluh. Diteruskan langkah ke arah rakan-rakannya itu. Nana mengajak duduk di sebelah Faa yang sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Kenapa lambat?"Tanya Nana pada Sofia.
"Pergi toilet kejap tadi," jawab Sofia dengan lemah.
"Kamu okay ke?" Tanya Hanna yang sedikit risau melihat Sofia. Sofia mengangguk sambil tersenyum kecil.

Dobb!Dobb!Dobb!

Terdengar bunyi mikrofon diketuk, membuat ramai pelajar terdiam seketika.
"Ehem.! Diminta semua pelajar untuk bertenang dan duduk di tempat masing-masing. Perhimpunan akan bermula sebentar lagi. Harap anda dapat memberikan kerjasama.Terima kasih," kata AJKO bertugas.

Titt!Titt! Titt!Titt!

Sofia membaca mesej yang diterima.
143: Dkt hall ke?
Sofia: A'ah..Knp?
143: pape hal bgtau fit ok?
Sofia: Ok..=)

"Diminta semua pelajar menetapkan mod senyap pada telefon bimbit atau matikannya.Terima kasih".
"Sibuk betullah budak ni! Macam mana pulak aku nak bunuh handset nih!" Sofia mengomel sendiri. Hatinya panas dan geram. Dia sedikit kesal apabila dia menghadapi masalah dalam hal kelab dan sukan. Akibatnya, segala hal disekelilingnya membuatkan dia jadi marah.

"Sofi..." Sofia memandang ke arah Faa yang memanggilnya. Faa baru selesai menukarkan mod pada telefon bimbitnya. Faa memandang ke arah Sofia.
"Relax..." Kata Faa. Sofia sedikt kaku mendengar kata-kata Faa.
"Katakanlah Sofi kena lelong.."
"Memang Sofi akan kena lelong pun..."
"Hmm..kalau Sofi tak suka dengan kelab yang Sofi akan terima, then tak payah aktif sangat. Just buat apa yang disuruh je."
"Tapi markah dikira juga kan?"
"Ye.." Faa menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg kecil.
"Tapi kita dipaksa kan?" Kata Faa.
"Maksud Faa?" Tanya Sofia, sedikit keliru dengan kata-kata Faa.
"Dulu Faa pun macam Sofi jugak. Faa tak suka aktif dalam hal-hal kelab dan sukan ni masa sekolah dulu. Tapi, sebabkan Faa minat pada sorang mamat ni, Faa masuk kelab bola jaring masa dekat sekolah dulu. Padahal, semua orang tahu, Faa memang Ratu Pemalas untuk ada dekat padang, lagi-lagi time PJK"
"So?" Tanya Sofia.
"Tapi, sebabkan Faa sukakan mamat tu, Faa masuk je lah kelab tu. Sebab mamat tu incharge kelab tu. Faa jadikan dia pendorong Faa. Sampailah Faa dapat jadi wakil peringkat kebangsaan."
Faa memandang Sofia. Sofia sedikit kaku. Cuba untuk memahami apa yang cuba dikatakan oleh Faa.
"Sofi sayang siapa?"
"Ha??Err..parent Sofi?"
"Poyo je jawapan.Hmm...Sofi tahu kan ko-ko dikira dalam pemarkahan study kita?"
"Tahu..."
"Sofi nak ke disebabkan Sofi tak nak masuk kelab, Sofi dapat markah kurang? Sofi nak ke parent Sofi kecewa?" Sofia sedikit terkejut mendengar kata-kata Faa.
"Sofi...Parent Sofi sanggup hantar Sofi jauh-jauh. Takkan Sofi tak boleh nak bagi sikit effort untuk markah ko-ko?"
"Hmmh..Bukan tak boleh. Tapi Sofi rasa Sofi dipaksa. Siapa yang dapat buat kerja dengan rasa dipaksa macam ni?"
"Sofi rasa parent Sofi ada rasa macam terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk hantar Sofi tak?" Sofia terdiam. Dia mulai mengeluh.
"Sofi tak ada pilihan lain. Kenapa Sofi nak fikirkan yang Sofi akan hadapi masalah bila dilelong nanti, sedangkan Sofi boleh fikir yang Sofia boleh survive? Do it for your parent. Then, you'll feel much better. Tak lama pun Sofi kelab ni."
Sofia termenung. Difikirkan setiap kata-kata yang keluar dari mulut Faa.
Dia memandang ke arah Faa.
"Kepala otak Faa ni kadang-kadang boleh pakai jugak ekh..Ingatkan tahu dummy orang je,"Kata Sofia.
"Bengonglah Sofi ni. Ingat Faa ni zalim sangat ke?"
"Hehehe! Siapa kau sebenarnya??? Dimana kau sorokkan Faa si PenDummy?Lepaskan dia!" Gurau Sofia sambil memegang erat tangan Faa.
"Bengong Sofi..!" Gurau Faa.
"Kau bukan Faa. Kau Dr. FAAdzilah Kamsah kan!!!"
Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!
"Faa...Thanks, babe."
"No hal,lah Sofi. Malas nak tengok member moody macam ni."
"Faa... Sofi ada lagu untuk Faa."
"Lagu? Lagu ape?" Tanya Faa kehairanan.
"Do..Re..Mi..Faaaaaaaaa...So..La..TIDO..!!!" Nyanyi Sofia sambil menggayakan gaya tidur pada akhir nyanyian.
"Sofi!!!" Ditampar paha Sofia. Mereka hanya tertawa.
"Eh? Siapa mamat tu, Faa?"
Telefon bimbit Faa bergetar.
"Hehehe! Panjang umur dia, Sofi."
Ceyh! Dah jadi balak dia rupanya mamat tu!!!

"Sofi, nanti jumpa dekat depan koperasi ye?" Pesan Hanna.
"Korang jangan nakal-nakal tau masa Sofi tak ada." Pesan Sofia.
"Kalau nak terkucil, pergi toilet cepat-cepat tau," gurau Faa.
"Faa pun. Jangan lupa kunci pintu bilik air bila dekat toilet nanti," balas Sofia.
"Okay, jangan risau," kata Faa. Mereka melakonkan watak sedih di hadapan Hanna dan Nana yang bingung melihat telatah mereka berdua.
"Diaorang ni betul ke tak?" Tanya Nana pada Hanna.
"Kami cuma nak pergi kelas sebelah je,kan?" Tanya Hanna.
"Hanna, bukan 'kami', tapi 'kita'," kata Nana membetulkan ayat Hanna.
"Owh, salah ye?"
"Ye,salah."
"Okay. Kita cuma nak pergi kelas sebelah je,kan?"
"Betul tu, Hanna. Tapi kenapa depa sedih sampai lagu ni?"
Hanna dan Nana melihat Sofia dan Faa yang berpegangan tangan dengan riak wajah yang kesedihan.
"Faa......."
"Sofi....."
"Jangan pisahkan...~"
"Aku dan dia...!~"
"Biarkan kami...~"
"Tetap bersama~"
"Yo!Waddup!Waddup! Hanna in da house!" Masuk Hanna dalam melodrama Sofia dan Faa dengan gaya seorang rappers.
~~~~~~
"Hangpa ni dah kenapa........?" Nana makin bingung melihat rakan-rakannya.