Pages

Tuesday, December 4, 2012

Shot 21

Hari-hari pelajar kolej itu seperti biasa. Ke kelas, ke kuliah, makan di kafe, beriadah di padang, di tasik, berbasikal sekeliling kolej. Begitu juga dengan empat gadis sekawan itu. Faa dengan caranya yang hanya berada di meja belajar apabila berada di dalam bilik. Nana sibuk dengan aktivitinya bersama rakan sekelas. Hanna juga begitu. Mungkin kerana dia berbangsa lain, dia selesa dengan kawan sebangsanya, tapi apabila berada di dalam bilik, dialah yang paling kecoh berkongsi cerita. Sofia?

"Sofi nak balik~" Rungut gadis itu pada Faa. Faa yang terbaring di atas katil sambil membelek-belek nota di tangannya, mengalihkan pandangan pada Sofia yang berada di katil tingkat atas. Walaupun terdapat dua katil 2 tingkat di bahagian mereka, tetapi mereka tidur berasingan. Faa beralih sedikit supaya pandangannya jelas melihat Sofia yang termangu di birai katil.

"Faa pun nak balik Johor juga. Rindulah dekat keluarga," rungut Faa pula. Dia meletakkan beberapa kepingan kertas nota mata pelajaran Ekonomi. Pena, pensil dan kalkulator di tolak ke hujung katil. Sofia menghayun-hayun kakinya di tepi birai katil.

"Nak balik, nak balik!" Rengek Sofia. Bibirnya sedikit muncung. Faa hanya tersenyum kecil melihat kelakuan teman sebiliknya itu.
'Mentang-mentanglah kau ni kecil, bolehlah buat perangai macam tu,' kata hati Faa.

"Dah dua bulan kita dekat sini. Terasa macam 'home-sick' lah pula," kata Faa sambil mengubah kedudukan dengan bersila di atas katil. Sofia menongkat dagu pada tiang penghadang pada katil.

"Sofi nak balik sebab... Minggu depan hari jadi ibu Sofi," kata Sofia pula dengan sedikit rendah nada suaranya. Rindu pada keluarga teramat dalam rasanya. Apatah lagi, Sofi tidak pernah tidak menyambut hari jadi ibunya. Ibulah segala-segalanya bagi Sofia. Walaupun semasa dia kecil, ibunya seringkali juga menghantarnya ke rumah seorang wanita untuk dijaga, tetapi Sofia tetap rapat dengan ibunya.

"Jadi, Sofi nak balik Selangor ke?" Soal Faa. Sofea mengangguk lemah.
"Harap-harap ada tiket untuk ke sana," keluh Sofia. Faa tertawa kecil.
"Mestilah ada tiket nak ke sana. Sofi pergi saja dekat kedai koperasi. Dekat situ kita boleh tempah tiket bas. Cuma dia caj sikitlah,"kata Faa. Sofia masih termenung. Faa kehairanan.
"Kenapa Sofi?" Soal Faa. Sofi menoleh pada Faa dengan mulut yang masih muncung.
"Haih~ Harap-harap juga tak ada apa-apa aktiviti hujung minggu ni," kata Sofia lagi.
"Aktiviti? Aktiviti apa?" Faa menyoal lagi.
"Tak ada, lah. Faa tahu-tahu je lah, semester pertama ni macam mana. Lagipun ni dah masuk bulan ketiga kita dekat sini. Makin banyak benda kita nak kena buat. Kerja melambak. Tambah pula dengan aktiviti kelab yang bikin panas je hati ni," jawab Sofia,panjang. Faa tersenyum. Dia mengerti dengan maksud Sofia mengenai kelabnya itu. Faa bangun dari katil, mengemas kertas-kertas yang bersepah di atas katilnya. Alat tulis juga diambil. Faa berdiri bersandar pada tiang katil, memandang ke arah Sofia.
"Sofi, kalau Sofi balik, nak ambil tiket bas hari apa?" Soal Faa. Sofi memandang ke arah dinding berhadapannya, berfikir sejenak.
"Sofi ingat nak ambil perjalanan bas hari Jumaat malam. Kelas habis pukul 4.30 petang. Mungkin sempat untuk Sofi naik teksi untuk ke stesen bas dekat bandar," jawab Sofi. Faa mengangguk tanda faham.
"Sofi kalau nak balik, elok tempah tiket cepat. Senang abang kedai koperasi tu nak tempahkan untuk Sofi."
"Faa balik Johor tak?" Soal Sofia. Faa tersenyum. Dia mengangguk.
"Faa tempah tiket juga?" Soal Sofia lagi. Faa menggeleng pula. Riak wajah Sofia berubah.
"Habis tu? Parents Faa jemput?"
"Aish! Tak lah. Jauh, kan dari Johor ke sini. Erm, ada orang jemput nanti," jawab Faa, tersipu-sipu malu. Sofia mengerti.
"Ooww, abang sayang dia jemput rupanya. Eh, dia datang dari Johor?"
"Eh, tak! Dia kan kerja di Perak. Tapi minggu ni dia ada kerja dekat Alor Setar. Jadi, dia nak jemput Faa lah lepas kelas hari Jumaat tu."
"Untung badan. Ada orang sanggup jemput Faa," kata Sofia. Faa hanya tersenyum.
"Tak ada,lah. Dah alang-alang dia dah dekat-dekat sini, tumpang dia,lah," kata Faa.
"Jauh perjalanan tu Faa. Sampai rumah tengah malam lah nampaknya, ye?" Soal Sofia lagi. Faa mengangguk.
"Tapi Faa tak balik rumah Faa. Faa balik kampung sebab parents Faa ada dekat situ. Kampung Faa dekat Muar." Sofia mengerti. Mereka berdua tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbit Sofia berbunyi. Sofia mencapai telefonnya.
143.
Itu yang tercatat pada skrin telefon bimbitnya. Sofia tersenyum. Dia memandang ke arah Faa. Faa mengerti lalu bergerak ke bahagian sebelah iaitu bahagian meja belajar. Sofia menjawab panggilan telefon itu.

"Assalammualaikum," Sofia memberi salam.
"Waalaikumsalam. Cik Sofi tengah buat apa tu?" Soal si pemanggil - Fitri.
"Tak ada apa. Tadi Sofi berbual dengan kawan bilik. Fit dah habis kelas ke?"
"Dah. Baru je. Ni ada dalam kelas lagi ni."
"Laa, kenapa tak balik rumah dulu baru telefon Sofi?"
"Kenapa nak tunggu balik rumah dulu? Telefon sekarang je,lah. Sofi yang kata masa kelas jangan mesej-mesej. Ni dah habis kelas, takkan tak boleh juga?" Kedengaran seperti sedikit rajuk oleh Fitri.
"Bukan macam tu. Kan senang kalau Fit balik rumah dulu, rehat-rehat. Lepas tu, barulah telefon Sofi. Dah lewat dah ni. Tempat belajar Fit dengan rumah sewa Fit kan jauh."
"Macam tak suka je Fit telefon? Sofi dekat mana sebenarnya ni? Tadi berbual dengan siapa?" Kedengaran sedikit keras nada Fitri. Sofia hairan.
"Fit, kenapa ni? Sofi dekat bilik Sofi,lah. Tadi berbual dengan Faa, kawan bilik Sofi. Fit, bukan Sofi tak suka, tapi Sofi kesiankan Fit. Pukul 6.30 petang baru habis kelas. Nak bergerak ke rumah sewa Fit ambil masa 20 minit. Sofi cuma kesiankan Fit. Fit penat, kan?"
"Kalau Sofi kesiankan Fit, kenapa Sofi layan Fit macam ni?"
"Layan Fit macam mana?" Sofia kehairanan.
"Fit rindu tau dekat Sofi. Fit tunggu waktu kelas ni habis, sebab Fit tak sabar nak telefon Sofi. Tapi Sofi macam ni pula." Sofia bertambah bingung. Apa kesalahan yang dia dah buat?
"Fit, Sofi hargai semua ni. Tapi Sofi cuma risaukan..."
TUTT~TUTT~TUTT~
Panggilan terputus.
Atau sebenarnya, dimatikan oleh Fitri. Sofia tergamam. Gadis itu melihat skrin telefon bimbitnya. Tiada lagi terpaparnya 143 pada skrin. Fitri telah menamatkan perbualan telefon. Sofia meletakkan telefonnya dia atas katil. Masih tergamam. Matanya tepat memandang dinding berhadapan dengannya. Kedua-dua belah kakinya masih berjuntai di birai katil. Sofia bertongkat tangan pada birai katil. Hairan. Bingung. Itu perasaan gadis itu. Fikirannya masih ligat berfikir. Apa salah dia kali ini?
********************************************************************************

"Esok kumpul, kan semua kertas kerja tutorial minggu lepas, letak dekat meja saya. Class rep., awak kumpul, hantar dekat meja saya sebelum pukul 12 tengah hari. Seminit lambat, kirim salam je,lah ye?" Kata pensyarah Matematik kelas itu. Kelas Sofia. Sofia tergesa-gesa mengemas alat tulis dan bukunya. Dimasukkan semua itu ke dalam begnya. Selepas menjawab salam dari pensyarah itu, Sofia bergegas keluar dari bilik kelas. Baru saja dia melangkah keluar, kedengaran orang memanggil namanya. Sofia menoleh ke dalam kelas.
"Weih! Esok hantar kerja pukul 11 pagi tau!" Arah ketua tutor. Sofia hairan.
"Eh, bukan puan kata pukul 12 ke?"Soal Sofia.
"Itu arahan puan untuk aku. Arahan aku untuk korang, hantar pukul 11. Senang aku nak hantar kerja sebelum pukul 12. Nanti tak pasal-pasal, kerja kita kena masuk tong sampah,"kata ketua tutor Sofia. Sofia mencebik.
"Yelah, yelah. Baiklah, ketua Nabil!" Sofia sempat memerli Nabil, ketuanya. Nabil hanya tersenyum. Sofia bergegas ke arah kedai koperasi. Kelihatan ramai pelajar di situ. Sofia cuba juga untuk meyelit ke dalam kedai yang sesak dengan pelajar. Dia beratur di bahagian kaunter pembayaran. Semasa dia sedang beratur, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Tetepi dia tak dapat untuk mengambil telefonnya di dalam beg gara-gara keadaan kedai yang sangat sesak. Fikrinya, selepas selesai dia menempah tiket, dia akan membacanya. Sampai saja di hadapan kaunter, terdapat dua orang pekerja. Seorang menjalankan kerja sebagai juruwang, manakala seorang lagi pembantunya. Kedua-duanya lelaki.
"Ye, dik?" Soal pembantu kedai itu.
"Saya nak tempah tiket bas ke Kuala Lumpur," jawab Sofia. Dia terpaksa mengulangi kata-katanya kerana suasana yang agak hingar itu.
"Oh, adik nak tempah tiket hari apa? Nak naik bas apa?"
"Erm, saya nak tempah tiket hari Jumaat malam. Dalam pukul 9 atau 10 malam. Sebab kelas saya habis pukul 4.30 petang. Jadi, saya takut saya kelam kabut. Pasal bas saya tak kisah."
Selepas dia mengisi borang tempahan dan membuat bayaran, Sofia dengan segera keluar dari kedai yang sesak itu. Sofia mengipas wajahnya dengan tangannya.
"Panasnya," keluh Sofia. Sofia beralih ke kedai bakeri berdekatan dengan kedai koperasi itu. Langkahnya laju menuju ke peti aiskrim. Sofia tersenyum kegembiraan. Aiskrim kegemarannya ada di situ.
"Kak, aiskrim chocolate mint satu scoop!" Kata Sofia pada pembantu kedai. Sofia mencapai dompet kecilnya lalu mengeluarkan 2 keping duit kertas not RM1.
"Aiskrim chocolate mint siap!" Pembantu kedai wanita itu melaung. Sofia memandang ke arah aiskrim dalam biskut kon itu. Baru saja dia mahu mencapai aiskrim tersebut, sebuah tangan mencapainya dulu. Sofia tergamam lalu menoleh ke arah pemilik tangan itu. Mata Sofia membutang melihat kelibat di hadapannya.
"Kau?!"
Aiman Miqdad di hadapannya. Lelaki itu dengan wajah selambanya memandang ke arah Sofia.
"Ya, aku. Kenapa?" Soal Aiman. Baru saja dia mahu menjilat aiskrim berwarna hijau dengan tompokan coklat itu, Sofia menutup mulut Aiman dengan wang kertas not RM1 itu. Aiman pula tergamam. Aiman menolak duit yang menutupi mulutnya.
"Kau ni kenapa?" Marah Aiman.
"Itu aku punya!" Balas Sofia pula.
"Apa pulak? Ni aku punya. Kalau kau nak, pergilah beli!"
"Ni, ni!" Sofia menunjuk duitnya pada Aiman. "Memang aku nak beli. Jadi, itu aku punya!"
"Ni, ni!" Aiman menunjukkan aiskrimnya. Dengan pantas dia menjilat aiskrim itu. Mulut Sofia terlopong. Aiman masih lagi menikmati aiskrim itu.
"Kau..."Sofia geram sehingga tak mampu berkata apa-apa lagi. Aiman hanya tersenyum sinis.
"Kau makan aiskrim aku?!" Tengking Sofia.
"Woi, cik Sofia siput sawah. Aku order dulu sebelum kau. Jadi, aku lah yang dapat dulu. Oleh itu, aiskrim ini, aku yang punya. Bukan milik siput sawah,"kata Aiman dengan nada perli.
'Hoh? Siput sawah dia kata???'
"Hoi, lalang sawah! Tengok ni!" Sofia meletakkan duitnya pada meja kaunter lalu menoleh pada Aiman.
"Aku bayar dulu, jadi ini aku punya! Dasar lalang sawah!" Marah Sofia pula. Aiman memandang dengan pandangan yang tajam. Begitu jua dengan Sofia. Tapi, selepas beberapa saat, Aiman tersenyum. Sofia hairan.
"Apa pasal kau senyum?" Soal Sofia.
"Memang sesuai dengan nama siput sawah dengan kau. Lembab," jawab Aiman. Bertambah panas hati Sofia. Jari telunjuk Sofia dituju pada mata Aiman.
"Kau ni.... Memang cari nahas dengan aku!" Kali ini Sofia betul-betul marah. Ditambah lagi melihat Aiman enak menikmati aiskrim itu.
"Itu aku punya!" Jerit Sofia. Dia cuba untuk merampas aiskrim itu dari tangan Aiman.
"Hoi, siput! Gila ke apa?!" Sofia cuba lagi untuk merampas aiskrim itu tapi tak berjaya kerana Aiman yang tinggi, ditambah lagi dia mengangkat tangannya, menyukarkan Sofia untuk mencapainya.
"Hahaha! Dahlah lembab, pendek pula tu!" Perli Aiman. Sofia terdiam. Dia kaku. Berdiri kaku. Aiman hairan dengan kelakuan Sofia yang berdiam diri, tidak lagi melompat-lompat. Sofia masih lagi diam.
"Dah, dik. Ni adik punya aiskrim. Tak payah gaduh-gaduh macam budak kecil."Pembantu wanita itu menyerahkan aiskrim itu pada Sofia. Sofia masih tertunduk.
"Adik, nah lah! Ambil aiskrim ni. Tadi berebut sangat," kata pembantu wanita itu lagi.
"Tak apa,lah,kak.  Tak jadi." Sofia melangkah keluar dari kedai itu. Pandangan Aiman mengekori pemergian Sofia. Pembantu kedai itu juga bingung.
"Laa... Tadi kecoh nak aiskrim," kata pembantu wanita itu. Pandangannya tertumpu pada duit kertas di atas meja kaunter itu. "Dua ringgit? Alamak, duit baki tak bagi lagi," samabung wanita itu lagi. Wanita itu hanya menggelengkan kepala. "Aiskrim ni akak nak bagi siapa ni?"


Sofia duduk di kerusi di hadapan perpustakaan. Memandang ke arah kafe di seberang jalan. Waktu sekarang, sepatutnya dia menikmati hidangan tengah hari. Tapi, dia masih belum lapar. Hilang seleranya.
"Hahaha! Dahlah lembab, pendek pula tu!"
Kata-kata itu terngiang di telinganya. Pendek. Perkataan yang dia tak suka. Banyak perkara yang tak dapat dia buat gara-gara ketinggiannya. Banyak tohmahan negatif diterima dari orang kerana ketinggiannya. Sofia termenung.
"Maaf. Awak tak diterima untuk menjadi pengawas sekolah. Awak bagus. Akademik, kelakuan, semuanya bagus. Tapi, awak ni kecil, rendah. Saya takut awak tak dapat jaga pelajar-pelajar nanti."
Itu kata-kata yang dia terima semasa dia ingin menjadi salah seorang pengawas di sekolahnya. Bukan itu saja. Banyak lagi. Mereka mendiskriminasi orang yang berketinggian rendah. Sofia mengeluh. Dia tidak suka berfikiran sebegitu. Tapi, apabila Aiman berkata sebegitu,entah kenapa, dia seperti tersentap dengan kata-kata Aiman.
"Ah, pedulikanlah! Kenapa aku nak ambil peduli dengan orang macam dia. Tak sepatutnya aku nak terasa dengan kata-kata orang macam dia!" Kata Sofia. Cuba untuk memperoleh semangat, menenangkan hati sendiri. 'Elok aku pergi beli air mangga je!' Sofia bermonolog. Dia bingkas bangun. Baru saja dia hendak memulakan langkah, dia seperti merasa kehadiran seseorang. Dia menoleh ke belakang. Terkejut. Sebatang biskut kon aiskrim di hadapan matanya. Aiskrim chocolate mint. Fokus Sofia pada si pemegang aiskrim itu. Wajah Sofia berubah kelat. Aiman di hadapannya. Bersama dengan aiskrim tu.

1 comment:

  1. done flw..jmput ke blog sy n flw skali :)
    http://mimque.blogspot.com

    ReplyDelete

Pembaca bagus