Pages

Sunday, November 9, 2014

Shot 23

Sofia kaku. Sudah setengah jam bas yang dinaikinya bergerak menghala ke tol lebuhraya. Lelaki di sebelahnya itu turut membatu. Difikirnya lelaki itu mungkin sudah lena dibuai mimpi. Telefon bimbitnya bergetar. Ada pesanan baru masuk ke peti masuk pesanan.

143: Bas dah gerak? Kenapa tak balas mesej?

'Mampus!' Sofia menepuk dahinya. Dia terlupa akan buah hatinya gara-gara memikirkan lelaki yang duduk disebelahnya. Sofia mula menaip.

Fit..Sorry..Tadi pak cik bas datang minta tiket bas..Terlupa pula nak balas..Bas dah gerak dah..

Sofia menghembuskan nafasnya. Dia berharap Fitri tidak berfikiran bukan-bukan.
"Sejuknya," kata Sofia. Dia menggosok-gosok lengan kanannya sambil melihat ke arah corong penghawa dingin di atas kepalanya. Sofia cuba menggapaikan tangannya untuk menutup penghawa dingin itu. Tak tercapai dek gadis itu. Dia cuba untuk menjongketkan badan. Hanya mampu menutup sedikit saja ruang corong penghawa dingin itu. Fikirnya, dia harus berdiri untuk sampai ke arah corong itu. Sofia memegang lengan kerusi itu lalu bangun secara perlahan-lahan. Dia berjaya untuk bangun dengan bergantung pada kepala kerusi hadapan. Gadis itu cuba untuk tidak memegang terlalu kuat kepala kerusi di hadapannya supaya tidak mengganggu penumpang di hadapannya. Baru saja dia mahu menutup penghawa dingin di atas kepalanya, telefon bimbitnya bergetar lagi. Sofia dengan segera mengambil telefon bimbitnya lalu membuka peti simpanan pesanan sambil berdiri.

143: Sofi ok tak? Duduk sebelah siapa?

Tatkala membaca mesej daripada Fitri, Sofia termangu seketika. Dia menoleh pada Aiman, lelaki yang duduk di sebelahnya. Dia tidak tahu hendak menjawab apa pada Fitri, lelaki yang menjadi pilihan hati sejak setahun yang lalu. Haruskah dia berkata benar atau berahsia? Tiba-tiba bas bergoyang akibat jalan raya yang tidak rata. Telefon bimbit di tangan Sofia terjatuh ke kerusinya tetapi terlalu hampir dengan paha Aiman. Sofia mengetap bibir. Lega hatinya. Jika telefon bimbitnya itu jatuh di atas pangkuan Aiman, nahas dia. Sofia cuba untuk mengambil telefon bimbitnya dengan menarik secara perlahan-lahan, menjauhkan telefon bimbitnya dari paha Aiman. Sekali lagi, bas bergoyang-goyang dan kali ini bergoyang dengan agak kuat.

"Oh!"

Tangan kiri Sofia berpaut pada tepi tingkap. Tangan kanan Sofia pula pada kepala kerusinya, hampir dengan kepala kerusi milik Aiman. Dia cuba menahan sedaya upaya. Dia terlalu hampir dengan lelaki itu sehinggakan dia terpaksa menahan nafas gara-gara khuatir Aiman akan tersedar. Dia cuba untuk mengalihkan badannya. Namun, kakinya berlanggar dengan kaki Aiman menyebabkan lelaki itu terjaga. Mata Aiman merenung mata Sofia yang terbuntang itu. Berkerut dahi Aiman melihat posisi gadis itu yang terlalu dekat dengan dirinya.
 "Apa yang kau cuba lakukan ni, cik Sofia Adra?" Soal Aiman dengan perlahan. Sofia hanya mampu menelan air liurnya. Aiman tersenyum sinis.
"Kau nak cium aku ke?" Soalan daripada Aiman itu ternyata membuat Sofia terkejut. Belum sempat Sofia mahu menengking Aiman, lelaki itu menakup mulut Sofia dengan tangannya beralaskan baju panas yang dipakainya itu.
"Ssshhyy... Kau nak semua orang tahu yang kau cuba nak cabul aku ke?" Kata Aiman. Makin besar mata Sofia membuntang lalu mengalihkan wajahnya untuk melepaskan diri daripada tangan Aiman.
"Kau..!" Kata-kata Sofia terhenti apabila dia sedar yang dia tidak sepatutnya membuat bising dikala para penumpang lain sedang tidur lena. Sofia melihat sekelilingnya. Nasib dia baik;penumpang di belakang dan di sebelahnya sedang tidur, dan posisinya itu tak ramai boleh melihat kerana ketinggiannya yang rendah. Gadis itu memandang lelaki di hadapannya.
"Kau ingat aku ni apa?" Kata Sofia dengan nada perlahan. Aiman hanya tersenyum.
"Salah ke dengan apa yang aku fikir? Dengan posisi kau yang meragukan ni,"jawab Aiman dengan nada sinis. Hati Sofia bertambah geram. Dia cuba untuk bangun dari posisi memalukan itu tapi...
"Erm, aku nak bangun... Tapi... Boleh tak kau tolak aku sikit?" Pinta Sofia pada Aiman. Hal ini gara-gara posisinya itu sangat goyah untuk bangun dengan sendiri. Tubuh badannya terlalu melentur. Aiman hanya berdiam diri. Dia berniat untuk mempermainkan gadis di hadapannya.
"Hoi, tolonglah!" Pinta Sofia lagi. Kedua-dua tangannya mulai menggigil. Aiman masih berdiam diri.
"Aiman!" Sofia seperti tidak mampu lagi untuk menampung badannya dengan hanya bergantung pada tangannya. Tangan kiri pada tingkap itu sedikit demi sedikit menggelongsor ke bawah.
" Say 'Please'," kata Aiman. Sofia seperti ingin memarahinya namun dalam keadaan seperti ini,fikirnya, lebih baik dia mengalah.
"Please, Aiman Miqdad," kata Sofia dengan nada menahan kemarahan. Aiman tersenyum. Dia mencapai botol air di sebelahnya lalu menolak Sofia dengan botol itu. Perlahan-lahan Sofia cuba untuk bangun. Sejurus saja dia mendapati dirinya sudah stabil, dengan pantas dia duduk di tempat duduknya. Dia menjarakkan dirinya dari Aiman dengan meletakkan beg silangnya di tengah-tengah tempat duduk sebagai penghadang. Sofia mengalihkan badannya ke arah bertentangan supaya tidak melihat kelibat Aiman.
'Telefon'. Sofia menoleh semula untuk mencari telefon bimbitnya yang terjatuh tadi.
"Tepi sikit," pinta Sofia dengan sedikit keras nadanya. Aiman mengalihkan paha kirinya lantas telefon bimbitnya kelihatan. Dia mengambil dan menggenggam alat komunikasi itu.
"Panas?" Telefon bimbitnya itu terasa agak panas. Dia melihat paha Aiman dan kemudian menoleh memandang Aiman.
"Paha berhaba!" Kata Sofia dengan nada perli. Terangkat kening Aiman mendengar kata-kata Sofia. Belum sempat dia ingin memberi serangan balas, Sofia sudah mengalihkan badannya menghala ke arah lain. Melihat gadis itu berkelakuan seperti itu membuatkan Aiman berasa sedikit geram. Aiman merapatkan dirinya sedikit pada gadis itu.
"Terima kasih Aiman sebab tolong saya bangun tadi!" Kata Aiman dengan suara yang perlahan tetapi sinis pada Sofia. Sofia membatu. Aiman menghelakan nafasnya. Fikirnya, buang masa saja untuk bertekak dengan gadis di sebelahnya. Aiman beralih ke arah tingkap lalu memejamkan matanya. Sofia pula cuba menahan bibirnya dari tersenyum. Puas hatinya dapat membuat Aiman panas hati dengannya. Sofia menaip sesuatu.

Jangan risau.. Sofi okay..Fit, Sofi nak tidurlah..Mengantuk dah.. Nanti dah sampai Sofi mesej Fit ye.. Selamat malam..

Sofia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya. Membetulkan sedikit posisi kerusinya ke belakang untuk lebih keselesaan lalu matanya dipejam.

Aiman terjaga dari lena selepas 2 jam. Dia melihat ke luar tingkap. Lama dia bermenung. Tiada bintang di langit malam. 

'Nak hujan ke?' Aiman bermonolog. Selang beberapa minit, titisan air dari langit kelihatan di tingkap bas. Sedikit demi sedikit, ia mula mengaburi pemandangan luar. Titisan air hujan seperti berlumba-lumba menggelongsor pada tingkap. Mata Aiman tertumpu pada dua titis air hujan dan mula mengagak titis air hujan mana yang bakal 'menang' dalam perlumbaan yang direka oleh fikirannya yang kebosanan. Kedua-dua titis air tersebut tidak sampai ke 'garisan panamat' seperti yang ditetapkan oleh fikiran Aiman. Meremang bulu roma tangan kiri Aiman akibat kesejukan. Dia menoleh melihat ka corong penghawa dingin di atas kepalanya. Hanya corong penghawa dingin sebelah Sofia sahaja yang terbuka. Matanya menjeling melihat kelibat Sofia. Dia menoleh ke arah gadis bertubuh kecil itu. Kelihatan gadis itu merengkot kesejukan. Sofia memeluk erat beg silangnya. Aiman menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya pada tingkap, memilih dua titis air hujan.
'Kalau kau menang, aku buat,' kata Aiman dalam hatinya. Dua titis air dijadikan pertaruhan dan jika salah satu darinya sampai ke garisan penamat yang ditetapkan Aiman dalam masa 60 saat, dia mengaku kalah. Dia menyalakan telefon bimbitnya lalu menentapkan masa selama 60 saat. Masa bermula. Pada mulanya, pergerakan dua titis air agak berjalan laju. Tetapi akibat bas mulai bergerak perlahan kerana berhenti di kawasan beratur ke tol, pergerakan dua titis air tersebut antara bergerak dengan tidak. 60 saat berlalu, tiada pemenang. Aiman menarik nafas dalam-dalam. Dia bersandar pada kerusi lalu menutup matanya.

Sofia terjaga dari tidur lenanya. Kelihatan seperti beberapa bangunan di sekitar luar bas. Pergerakan bas juga mulai perlahan. 
'Dah sampai ke?' Sofia cuba mengintai ke luar melalui tingkap penumpang sebelah kirinya. Masih gelap kerana masih awal pagi. Dia menoleh ke arah kanannya. Aiman sedang leka melihat ke luar tingkap. Lelaki itu kelihatan letih pada matanya. Sofia tidak mempedulikannya. Dia cuba untuk membuat regangan badan. Dia kaku seketika.
'Sweater siapa ni?' Soal fikirannya. Sehelai baju panas berwarna kelabu menyelimuti tubuhnya. Dia berkerut. Puas dia fikir, adakah dia ada membawa baju panas bersama?
'Oh!' Getus hati gadis itu lantas menoleh pada Aiman. Sofia hanya memandang Aiman tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba lampu terpasang menerangi suasana di dalam bas. Terhenti lamunan Aiman lalu menoleh pada Sofia. Mereka berdua berpandangan. Kedua-duanya kaku. Bas berhenti bergerak.

"Pudu Sentral! Pudu Sentral!" Jerit konduktor bas yang dinaikinya. Sofia menoleh ke arah lelaki konduktor bas yang bermisai itu. Kelihatan beberapa penumpang bangun untuk mengambil bagasi masing-masing di tempat letak barang di atas kepala mereka. Sofia menoleh semula pada Aiman. Lelaki itu sedang mengemas barang-barangnya. Sofia hanya memandang kelakuan Aiman. Selesai mengemas, Aiman memandang Sofia yang dalam kekeliruan.
"Hmmh, kau tak nak bangun ke?" Soal Aiman. Sofia sedikit terkejut. Menggelabah gadis itu mengambil beg silang dan beg pakaiannya yang diletakkan pada bawah kerusi. Dia keluar dari bas tersebut,namun sempat dia menoleh ke arah corong penghawa dingin di atas kepalanya. Tertutup rapi. Sofia keluar dari isi perut bas lalu berdiri di kaki lima. Dia cuba untuk mencari akal fikirannya kembali. Dia melihat baju panas berwarna kelabu yang dipegangnya. 
"Eh, sweater dia." Sofia mencari kelibat lelaki yang duduk di sebelahnya sepanjang perjalanan 6 jam tadi. Keadaan agak gelap, menyukarkan pencariannya. 
Tiba-tiba ada tangan yang merampas baju panas itu dari belakang. Sofia terkejut lalu menoleh ke belakang. 
"Aiman.." Aiman sedang berdiri di belakangnya. Lelaki itu mengikat lengan baju panas itu pada dadanya dan berlalu pergi. 
"Aiman..!" Sofia menjerit memanggil Aiman. Langkah lelaki itu terhenti lalu hanya memandang Sofia dari ekor mata.
"Terima kasih..! Sebab... Bagi aku tidur nyenyak, tak kesejukan," kata Sofia, sedikit teragak-agak. Ya, Sofia pasti, lelaki itu yang menyumbangkan baju panasnya untuk menyelimuti dirinya dan menutup corong penghawa dingin. Aiman tidak mempedulikan kata-katanya lalu berlalu pergi. Sofia hanya mamp mengeluh. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor.
"Ibu! Piah dah sampai. Ibu dekat mana?"

20 minit Sofia menunggu ibu dan ayahnya menjemput dirinya di Pudu Sentral ini. Akhirnya, kelibat ibunya yang berpakaian seperti baju tidur, melambai-lambai padanya. Sofia mengangkat beg dan berjalan ke arah ibunya.
"Ibu!!!" Sofia bersalaman dan mencium tangan ibunya. Ibunya membawa dia masuk ke kereta. 
"Piah datang dengan siapa?" Soal ibu Sofia. Sofia berkerut.
"Ha? Datang dengan siapa siapa? Piah seorang lah, ibu," jawab Sofia kehairanan.
"Eh, habis tu, siapa?" Ibu Sofia menunjuk pada tempat Sofia menunggu tadi. 
"Mana ibu? Tak ada siapa pun?" Soal Sofia yang tidak nampak sesiapa pun di kawasan tersebut. 
"Eh, tadi ibu macam nampak ada lelaki bersandar dekat dinding tu."
"Ish, ibu ni. Mana ada sesiapa. Entah-entah..."
"Ha! Mula nak mengarut buat cerita bukan-bukan," marah ibu Sofia. Sofia hanya tertawa kecil.
"Piah nak kata, entah-entah itu malaikat yang Allah suruh jaga Piah kot. Sebab Piah dari tadi baca ayat Kursi, minta perlindungan." Cubaan untuk menenangkan ibunya yang sedikit penakut. Ayah Sofia memulakan perjalan untuk pulang ke rumah. Sempat lagi ibu Sofia mencari kelibat lelaki yang dilihatnya tadi. Kelihatan seorang lelaki yang dilihatnya tadi sedang menunggu di tempat pondok teksi. 

Dari jauh, Aiman Miqdad memerhatikan Sofia Adra Zenia Danish. Memastikan keselamatan gadis itu. Terlalu bahaya untuk ditinggalkan gadis itu seorang diri. Gadis itu berlari ke arah seorang wanita berusia, bersalaman. Gembira sungguh gadis itu tatkala melihat kedua ibu bapanya menjemput dia pulang. Wanita berusia itu memandang ke arahnya. Dia harus beredar. Langkahnya membawa dirinya ke arah pondok teksi. Dia duduk dan menunggu kelibat kenderaan teksi untuk dinaiki. Tangannya menongkat tubuhnya. Dia termenung seketika lalu tersenyum kecil.
"Sama-sama."

"Ha?! Belajar luar negara?" Jerit Sofia apabila mendengar kata-kata ayahnya.
"Abah, biar betul? Abah nak Piah pergi belajar luar? Kenapa?" Soal Sofia yang sama sekali tidak bersetuju.
"Haih? Tak ingat ke dulu Piah ada daftar dekat ekspo dulu? Ha, ni dorang dah terima nak tawarkan harga terendah untuk Piah belajar ke luar negara. Kenapa sekarang nak tolak pula?" Soal ayanhya pula.
"Belajar luar tu belajar dekat mana, abah?" Soal Sofia lagi. Hatinya sangat tidak tenang mendengar perkhabaran ini. Ayahnya hanya mendiamkan diri. Sofia tidak berpuas hati. 
"Abah, dekat mana? Indonesia ke?" Sofia masih menantikan jawapan dari mulut ayahnya yang leka mengunyah makanan. 
"U.K," jawab adiknya. 
"Pergi belajar dekat Leeds, U.K."
"Ha???!"

No comments:

Post a Comment

Pembaca bagus