"Sofi! Cantik betul gambar ni!" Kata Hanna sambil tertawa. Aku makin berasa hairan lalu bergerak ke arah mereka.
"Tengok jap," pintaku. Hanna menyerahkan telefon bimbitnya padaku.
TOIIINNG!!!
"Aik?! Macam mana dia.." Kata-kataku terhenti tatkala ketua kumpulanku berdiri di sebelahku.
"Hmm..Boleh tahan gambar ni," kata Aiman dengan nada sinis. Dia memandangku dengan senyuman paling jahat padaku. Jahatlah dia! Bila masa dia ada dekat belakang aku entah. Dia buat bentuk tanduk kat kepala aku guna jari tangannya!
"Jahat kau, Aiman!" Marahku dalam hati. Hanna, Nana dan Faa tertawa kecil melihat kami berdua.
" Bila masa kau ada kat belakang aku?" Tanyaku pada Aiman.
" Mana ada," jawabnya selamba. Amboi, senangnya jawab! Huuuhh!
"Habis tu,dalam gambar ni, sape?" Tanyaku lagi.
"Laa.. Akulah."
"Bila masa kau berdiri kat belakang aku??" Tanyaku dengan nada yang sedikit tegas.
"Mana ada," jawabnya dengan nada yang tenang.
"Gambar ni dah terang-terang tunjuk yang kau kat belakang aku!" Budak ni! Tak boleh jadi!
"Cik..erm.. Sape nama kau?" Tanya dia padaku. Aku mendiamkan diri dengan wajah yang sedikit tegang.
"Sofia," Nana menjawab pertanyaan Aiman.
"Ooo..Sofia. Sofia Jane ke?" Perlinya. Aku masih berwajah tegang. Geramnya!
"Cik Sofia. Kau yang berdiri depan aku. Bukan aku yang berdiri dekat belakang kau," katanya.
"Hoh?" Wajahku bertukar kehairanan. Aiman menunjukkan sebatang kayu beserta bendera merah terikat pada kayu tersebut yang tercucuk dalm tanah. Aku memandang semula pada Aiman, meminta penjelasannya.
"Aku memang dah lama berdiri kat situ. Tiba-tiba korang datang, kecoh-kecoh nak tangkap gambar kat sini. Nasib baik aku dah siap cucuk kayu tu. Kalau tak, tergantung kerja aku. Kayu tu sebagai penanda untuk group lain esok nanti," jelas Aiman.
"Habis tu, kenapa kau tak blah je dari situ?" Tanyaku lagi.
"Salah ke aku masuk skali?" Tanyanya selamba. Eh, budak ni!
"You ni Hanna,kan?" Tanyanya pada Hanna. Hanna yang sedikit terpinga-pinga, hanya mampu mengangguk.
"I tak boleh tangkap gambar sekali ke?" Tanyanya dengan nada yang lembut. Sopan pulak budak ni dengan Hanna.
"Err..erm..well..,"tergagap-gagap Hanna cuba untuk menjawab. Pandangannya sekejap padaku,sekejap pada Aiman. Oh, Hanna!
"Tak salah,kan? Jom tangkap gambar dengan I, Hanna!" Ajakan Aiman tidak dapat ditolak lagi. Hanna terpaksa menurutinya apabila beg Hanna ditarik.
"Tak malunya budak ni," desus hatiku. Hanna bergambar dengan Aiman. Kelihatan Aiman seperti mesra dengan Hanna membuatkan Hanna, si gadis berambut perang itu sedikit pun tidak kekok.
"Ajaklah kawan you yang dua orang lagi tu bergambar dengan kita," kata Aiman sambil menunjukkan ke arah Faa dan Nana.
"Faa! Nana! Mari sini tangkap gambar bersama!" Jerit Hanna. Faa dan Nana berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum. Mereka bergerak laju ke arah Hanna.
"Kau,sini!" Arah Aiman kepadaku. Aku sedikit kaget. Apa lagi yang dia nak ni?
"Kau ni scarecrow ke? Sini kau!" Ewah,ewah mamat panjang ni! Mengarah-arah orang pulak. Aku merapatinya dengan lemah. Wajahnya langsung tidak kupandang. Kepalaku hanya menunduk memandang ke arah tanah merah. Dapatku lihat kesan tayar kecil pada tanah tersebut. Mungkin sebuah motosikal pernah melalui kawasan itu.
"Kau pandang apa kat bawah tu?"Kata Aiman. Kata-katanya mengejutkan lamunanku. Lantas, ku menoleh laju padanya. Dia memandang sambil mengangkat kening kirinya. Aku pula lantas mengerutkan dahiku. Dia tersenyum.
"Kenapa?" Tanyaku padanya. Dia tersenyum lagi. Eh,budak lalang ni!
"Ambik gambar," katanya.
"Hoh? Biar betul dia nak ambik gambar dengan aku," desus hatiku. Dia nak ambil gambar dengan aku? Budak panjang ni nak ambil gambar dengan aku? Ketua kumpulan nak ambik gambar aku? (Adoi! Ye,Sofia! Berapa kali nak ulang Cik Sofia-penulis)
"Err..Okay!" Kataku,ringkas. Baru saja ku mahu melangkah setapak, Aiman menahan pergerakkanku. Aku kehairanan.
"Nak pergi mana tu? Ni kameranya." Aiman menyerahkan telefon bimbit kepunyaan Hanna. Wajah yang penuh kehairanan terpancar di wajahku.
"Tolong ye!" Kata Aiman lalu berlalu ke arah rakan-rakanku. Aku berdiri kaku. Aiman dan rakan-rakanku sudah bersiap sedia. Tapi, aku masih kaku.
"Laa,cik kak! Cepatlah tangkap gambar kitorang!" Laa!!! Aku kena jadi cameraman dorang rupanya! Malunya! Aku, dengan penuh rasa segan dan malu tahap master, menjalankan tugas sebagai jurukamera. Aiman tersenyum sinis.
"Dia tau ke aku tengah ke-malu-an ni?" bisikku.
No comments:
Post a Comment
Pembaca bagus