" Nana, siapa pompuan tu? Macam kenal je," tanyaku pada rakanku yang berwajah bujur itu. Dia memandangku dengan kehairanan.
"Tak kenal ke?" Tanya dia padaku. Aku menggeleng lalu memandang ke arah gadis yang berambut ikal mayang itu.
" Dialah penolong ketua, Kak Ain," jawab Nana.
"Ooo..," kataku, respon pada jawapan Nana.
"Cantik rambut dia," ku sambung lagi kata-kataku.
"Ye, memang dia nak masak." Pandanganku beralih pada wanita tua itu.
"Hmm.. Emak mak cik masa tu hampir-hampir jadi tak betul. Emak mana tak rindukan anak. Masa tu, dia tengah merapu. Dia kata dia nak masak untuk abang mak cik. Katanya, abang nak balik, makan masakan emak. Padahal, berita abang tak pernah dengar. Sedih betul mak cik masa tu. Emak jadi lumpuh gara-gara nak masak untuk abang mak cik," kata wanita itu. Bibirnya yang kering, bergetar, menahan sebak. Lantas, dia menyembunyikan kesedihannya dengan senyuman kecil.
"Apa dah jadi dengan abang mak cik?" Tanya Ain yang duduk bersebelahan dengan Aiman.
"Aik? Tadi duduk kat bawah. Bila masa dia duduk kat sebelah budak panjang tu?," tanyaku dalam hati. Aku memandang semula pada wanita itu. Kelihatan dia termenung sayu. Selepas itu, dia tersenyum pula.
" Abang sekarang 'sibuk' menerima balasan atas perbuatannya. Kalau ikutkan hati, mak cik tak nak mengaku dia abang mak cik. Sakit hati mak cik ni! Tuhan saja yang tahu derita mak cik!" Dada wanita itu naik turun menahan marah dan pilu. Dia cuba menenangkan dirinya.
"Bapak mak cik meninggal sebab sakit jantung. Semuanya sebab abang, anak harapan keluarga tu! Bapak masa tu baru balik dari bendang. Mak cik sibuk pakaikan emak baju. Tiba-tiba mak cik terdengar suara dari luar. Jadi, mak cik pergi jenguk keluar. Tok penghulu dan anaknya datang. Anak penghulu tu belajar di tempat yang sama dengan abang. Mereka datang bawak berita pasal abang. Bapak gembira sangat bila dapat tahu yang mereka ada berita abang. Mak cik masih ingat lagi betapa tak sabarnya bapak nak mendengar berita tu. Tapi,sayang..," kata-kata wanita itu terhenti,menahan sebak. Sekejap dia menunduk, sekejap dia memandang ke arah kami. Suasana sedikit sayu. Wanita itu tabahkan hati untuk meneruskan ceritanya.
"Anak-beranak tu serba salah nak ceritakan. Tapi, sebab bapak paksa jugak, dorang ceritakan. Rupa-rupanya, abang mak cik dah lama dibuang kolej sebab kesalahan tatatertib. Bapak.. Bapak betul-betul terkejut. Lain yang diharap, lain yang jadi. Berita tu betul-betul mengejutkan bapak hingga..." Air mata mengalir perlahan di pipi wanita itu.
"Bapak meninggal lepas tu. Paling sedih bila upacara pengebumian. Anak sulung yang sepatutnya bertanggungjawab semasa upacara tu, tak muncul-muncul. Bapak dikebumikan tanpa kehadiran abang." Sayu suara wanita itu menyebabkan ada juga pelajar yang mengalir air matanya. Sebak dadaku melihat wanita itu.
" Lepas seminggu, abang balik. Emak gembira betul masa tu. Mak cik ingat, ada perkara baik yang akan dia bawak. Rupanya, tidak. Abang mak cik balik semata-mata nak tuntut tanah arwah bapak. Keji sungguh dia tu. Dahlah kubur bapak tak dijenguk. Alih-alih, dia balik nak tuntut tanah pusaka. Emak bantah. Dia tak nak bagi pada abang. Emak kata, tanah tu sajalah yang ditinggalkan bapak. Dan masa tu,lah.." Wanita itu tidak dapat menahan kesedihannya lagi. Air mata makin laju mengalir di pipi. Pelajar-pelajar kaku melihat wanita yang sedang menangis itu. Aku kehairanan melihat para pelajar. Berkerut dahiku.
"Mana boleh macam ni!" Desus hatiku lalu aku berdiri, berjalan menuju ke arah wanita itu.
No comments:
Post a Comment
Pembaca bagus