"Mana boleh macam ni!" Desus hatiku lalu aku berdiri, berjalan menuju ke arah wanita itu. Aku duduk di sebelah wanita itu.
" Mak cik.." Aku menggosok belakang badan wanita itu. Cuba untuk menenangkannya.
"Eh, tak boleh macam ni," kataku lagi. Aku meletakkan tanganku pada pahanya. Kemudian, tangannya ku pegang. Aku memeluk bahunya pula.
"Mak cik. Kami minta maaf kalau buat mak cik sedih," kataku. Tangisan masih lagi kedengaran.
"Tapi, mak cik. Cuba mak cik ceritakan pada kami. Cerita mak cik tu akan bagi pengajaran untuk kami. Sekurang-kurangnya, perkara yang tidak baik, tak akan diulangi oleh budak-budak zaman sekarang, macam kami," kataku padanya. Wanita itu memandangku.Tangisannya mula reda.
"Baiklah," kata wanita itu. Aku menyapu lembut air matanya yang mengalir di pipi. Dia mulai menyambung ceritanya dengan sedikit esakan, sisa tangisan.
"Abang.. Abang terlalu marah. Dia macam orang gila. Gila duit. Dipaksanya emak tandatangan surat penyerahan tanah pusaka. Emak tak tahu apa-apa. Dia tak tahu nak tandatangan. Abang pegang tangan emak, ambil cop jari emak dengan kasar. Emak menjerit, 'Sakit! Sakit tangan mak!'." Air mata mulai mengalir semula. Aku memegang tangannya. Kugosok lembut tangannya yang berkedut. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Lepas dapat tanah, mak cik dapat tau dia jualkan tanah tu pada orang asing dan gunakan duit buat pelaburan. Tapi, dia muflis. Mak cik dah dapat agak. Lepas je dia muflis, dia balik rumah. Habis duit emak diambilnya. Dia macam orang gila. Emak dan mak cik diterajangnya, paksa bagi duit padanya. Mak cik berkeras tak nak bagi dia duit. Tapi, dia jumpa duit yang mak cik simpan. Lepas dapat duit, dia nak terus pergi. Emak cuba halang dia... Emak halang dia keluar dari rumah... Emak halang sampai sujud, pegang kaki abang... Abang suruh emak lepaskan dia. Emak tetap tak nak lepas. Abang seret emak yang lumpuh tu sampai ke pintu rumah. Mak cik mintak abang jangan cederakan emak. Mak cik pegang lengan abang, tapi ditamparnya mak cik sampai mak cik jatuh, meniarap kat lantai. Mata berpinar masa tu. Tapi, mak cik dapat nampak, abang seret emak sampai tangga rumah. Emak tetap tak mahu lepaskan abang.. Akhirnya,.. Emak jatuh dari tangga rumah.. Kepalanya terhantuk sampai banyak darah keluar..." Wanita itu mulai menangis. Aku memeluk tubuhnya. Kuusap lengannya, cuba menenangkannya. Esakannya kuat kedengaran disebabkan suasana yang sepi. Para pelajar sebak melihatnya. Ada juga yang menangis melihat wanita itu.
"Emak meninggal.. Meninggal dekat situ juga.. Abang larikan diri..," kata wanita itu teresak-esak. Aku memejamkan mataku. Tak sanggup melihat kesedihannya. Aku dapat merasai kesedihannya apabila kupeluk tubuhnya. Terasa seperti kesedihannya mengalir ke dalam tubuhku.Selepas seketika, wanita itu beransur tenang. Dia meneruskan kata-katanya.
"Lepas emak dan bapak meninggal, mak cik tinggal dengan keluarga tok penghulu. Masa umur mak cik 18 tahun, mak cik berkahwin." Wanita itu tersenyum.
"Tapi, mak cik. Maaf kalau saya bertanya. Apa jadi dengan..," kata-kata Ain disekat oleh wanita itu.
"Abang mak cik?" Ain mengangguk, serba salah. Tapi, wanita itu tersenyum.
"Dia dipenjarakan." Ringkas saja jawapan wanita itu. Ada yang terkejut, ada yang berpuas hati. Aku? Masih tertanya-tanya.
"Penjara?" Tanyaku. Wanita itu memandangku.
"Erkk! Aku salah tanya ke?"
"Ye, penjara. Dia kena penjara sebab 2 kesalahan yang berbeza. Satu, macam yang mak cik jangka. Dia buat perniagaan haram. Tapi, kesalahan kedua dia, bukanlah kesalahan yang pertama kali dia lakukan." Aku kehairanan.
"Mak cik ada kata yang mak cik ada sorang adik,kan?" Kata wanita itu.Ramai pelajar yang berubah riak wajahnya. Terlupa pula aku pada adiknya. Tak diceritakan pula.
"Masa adik mak cik berumur setahun, emak serahkan adik mak cik pada orang lain sebab kesusahan keluarga. Bertahun-tahun adik dijaga orang lain. Kami tak dapat jejak keluarga angkatnya. Tapi satu hari, mak cik dapat juga jumpa adik mak cik."
"Jumpanya di mana?" Tanya Aiman.
"Hmm.. Kesalahan abang mak cik yang kedua ialah melanggar orang dengan niat membunuh. Dia tak berpuas hati dengan seorang polis sebab menyerbu kawasan perniagaannya. Jadi, dia memandu keretanya, langgar polis tu yang sedang berjalan. Dan polis itu adalah adiknya, adik mak cik sendiri."
"Ya Allah!" Menjeritku dalam hati. Kelihatan riak wajahku yang terkejut. Tubuh Aiman mulai kebelakang, terkejut mendengar kata-kata wanita tua itu.
"Mak cik.. Dapat jumpa adik mak cik.. Maksudnya..?" Tanya Aiman,gagap. Wanita itu mengangguk.
"Mak cik dapat jumpa adik mak cik.. jenazahnya.. Mak cik sedih sebab tak dapat bercakap dengan adik mak cik. Abang mak cik.. Hmm..Insaf pun dah tak ada gunanya. Maut menunggu dia," kata wanita itu. Tiada sebarang riak wajah terpancar di wajahnya.
"Sebab sekarang dia tengah menderita sakit. Sakit misteri yang tak dapat diubati. Tapi, mak cik tahu. Itu adalah balasan dari Tuhan." Wanita itu berhenti berkata-kata. Dia melihat setiap wajah anak muda di hadapannya.
"Pernah suami mak cik ajak pergi jenguk dia di hospital. Masa mak cik pergi ke biliknya, ada 2 orang pegawai polis kat luar pintu. Bila mak cik masuk, mak cik hampi-hampir nak pengsan tengok keadaan abang. Seluruh badan dia berkudis, keluar nanah dan darah. Kadang-kadang, boleh terhidu bau busuk. Busuk sangat! Mulut dia senget. Mata terbeliak. Doktor tak tahu apa jenis penyakit yang dah serang dia," jelas wanita itu. Ramai yang terpaku mendengar kata-kata wanita itu. Wanita itu tertunduk, menyapu sisa air matanya. Aku hanya mampu melihat kelakuannya. Wanita itu memandang para pelajar semula.
"Mak cik harap, anak-anak semua dapat jadikan cerita mak cik ni sebagai pengajaran. Abang mak cik tu dah tua. Tapi, tua-tua pun, ligat buat dosa. Mak cik bukan nak buka pekung di dada, nak malukan siapa-siapa. Ingatlah, syurga di tapak kaki ibu. Yang baik, dibalas baik. Yang jahat, dibalas setimpal. Jangan derhaka kat mak ayah kamu. Ingat jasa dorang. Hadiahkan mereka dengan doa. Tak kira agama apa pun, berdoalah untuk mak ayah kamu."
Ada yang tertunduk, ada yang mengalir air matanya. Aku memandang wanita itu. Teringat aku pada ibuku serta ayahku. Air mata mengalir perlahan di pipiku. Tanpa disedari,sebuah tangan mengusap pipiku. Wanita itu tersenyum. Diusap air mataku. Aku pula yang tersenyum.
" Terima kasih atas cerita mak cik," kataku padanya. Dia mengangguk. Aku terpandang wajah Aiman yang sedang memandangku. Lama dia memandangku. Entah kenapa, pandanganku tak beralih, hanya memandangnya..
"Baiklah. Saya harap korang semua dapat jadikan cerita mak cik ni sebagai pengajaran. Bukan senang kita dapat dengar cerita macam ni. Jangan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan," pesan Aiman pada para pelajar. Aku sudah pun duduk bersama rakan-rakanku.
"Hmm.. Macam mana lah ayah dan ibu?" desus hatiku. Aku termenung memandang ke tanah.
"Kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada mak cik sebab sudi kongsi cerita yang bermakna pada kami. Terima kasih, mak cik," ucap Aiman.
"Mak cik rasa beruntung sangat dapat jumpa kamu semua ni." Aku mengangguk lalu tersenyum mendengar kata-kata wanita tersebut.
Terima kasih, mak cik!
Monday, February 2, 2009
Shot 9
" Nana, siapa pompuan tu? Macam kenal je," tanyaku pada rakanku yang berwajah bujur itu. Dia memandangku dengan kehairanan.
"Tak kenal ke?" Tanya dia padaku. Aku menggeleng lalu memandang ke arah gadis yang berambut ikal mayang itu.
" Dialah penolong ketua, Kak Ain," jawab Nana.
"Ooo..," kataku, respon pada jawapan Nana.
"Cantik rambut dia," ku sambung lagi kata-kataku.
"Ye, memang dia nak masak." Pandanganku beralih pada wanita tua itu.
"Hmm.. Emak mak cik masa tu hampir-hampir jadi tak betul. Emak mana tak rindukan anak. Masa tu, dia tengah merapu. Dia kata dia nak masak untuk abang mak cik. Katanya, abang nak balik, makan masakan emak. Padahal, berita abang tak pernah dengar. Sedih betul mak cik masa tu. Emak jadi lumpuh gara-gara nak masak untuk abang mak cik," kata wanita itu. Bibirnya yang kering, bergetar, menahan sebak. Lantas, dia menyembunyikan kesedihannya dengan senyuman kecil.
"Apa dah jadi dengan abang mak cik?" Tanya Ain yang duduk bersebelahan dengan Aiman.
"Aik? Tadi duduk kat bawah. Bila masa dia duduk kat sebelah budak panjang tu?," tanyaku dalam hati. Aku memandang semula pada wanita itu. Kelihatan dia termenung sayu. Selepas itu, dia tersenyum pula.
" Abang sekarang 'sibuk' menerima balasan atas perbuatannya. Kalau ikutkan hati, mak cik tak nak mengaku dia abang mak cik. Sakit hati mak cik ni! Tuhan saja yang tahu derita mak cik!" Dada wanita itu naik turun menahan marah dan pilu. Dia cuba menenangkan dirinya.
"Bapak mak cik meninggal sebab sakit jantung. Semuanya sebab abang, anak harapan keluarga tu! Bapak masa tu baru balik dari bendang. Mak cik sibuk pakaikan emak baju. Tiba-tiba mak cik terdengar suara dari luar. Jadi, mak cik pergi jenguk keluar. Tok penghulu dan anaknya datang. Anak penghulu tu belajar di tempat yang sama dengan abang. Mereka datang bawak berita pasal abang. Bapak gembira sangat bila dapat tahu yang mereka ada berita abang. Mak cik masih ingat lagi betapa tak sabarnya bapak nak mendengar berita tu. Tapi,sayang..," kata-kata wanita itu terhenti,menahan sebak. Sekejap dia menunduk, sekejap dia memandang ke arah kami. Suasana sedikit sayu. Wanita itu tabahkan hati untuk meneruskan ceritanya.
"Anak-beranak tu serba salah nak ceritakan. Tapi, sebab bapak paksa jugak, dorang ceritakan. Rupa-rupanya, abang mak cik dah lama dibuang kolej sebab kesalahan tatatertib. Bapak.. Bapak betul-betul terkejut. Lain yang diharap, lain yang jadi. Berita tu betul-betul mengejutkan bapak hingga..." Air mata mengalir perlahan di pipi wanita itu.
"Bapak meninggal lepas tu. Paling sedih bila upacara pengebumian. Anak sulung yang sepatutnya bertanggungjawab semasa upacara tu, tak muncul-muncul. Bapak dikebumikan tanpa kehadiran abang." Sayu suara wanita itu menyebabkan ada juga pelajar yang mengalir air matanya. Sebak dadaku melihat wanita itu.
" Lepas seminggu, abang balik. Emak gembira betul masa tu. Mak cik ingat, ada perkara baik yang akan dia bawak. Rupanya, tidak. Abang mak cik balik semata-mata nak tuntut tanah arwah bapak. Keji sungguh dia tu. Dahlah kubur bapak tak dijenguk. Alih-alih, dia balik nak tuntut tanah pusaka. Emak bantah. Dia tak nak bagi pada abang. Emak kata, tanah tu sajalah yang ditinggalkan bapak. Dan masa tu,lah.." Wanita itu tidak dapat menahan kesedihannya lagi. Air mata makin laju mengalir di pipi. Pelajar-pelajar kaku melihat wanita yang sedang menangis itu. Aku kehairanan melihat para pelajar. Berkerut dahiku.
"Mana boleh macam ni!" Desus hatiku lalu aku berdiri, berjalan menuju ke arah wanita itu.

Shot 8
"Bapak mak cik setuju?" Tanya Aiman. Wanita itu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Ya Allah! Beli jugak kereta?" Terdengar suara dari kalangan pelajar. Wanit itu tersenyum lagi.
"Pelaburan masa depan,kan?" Kata wanita itu. Dia tersenyum lagi.
"Lepas mintak kereta, dia terus senyap. Abang tak balik. Satu hari, mak sakit tenat. Mak cik minta tok penghulu bagitau abang mak cik, suruh dia balik. Tapi, sedih betul. Abang tak dapat balik sebab banyak kerja. Hmm.. entah apa kerjanya. Emak makin tenat. Asyik baring je. Bapak pun dah mula sakit-sakit badan." Kata-katanya terhenti apabila Aiman bersuara.
"Lepas mak cik berhenti sekolah, mak cik buat apa?" Wanit itu tersenyum.
"Mak cik buat banyak kerja. Kerja basuh kain, basuh pinggan.Kerja bawak air, tolong di sawah tok penghulu."
"Sawah tok penghulu?" Tanyaku- serentak juga dengan Aiman. Adoi!
"Hehehe! Beriya kamu berdua nak tau cerita mak cik,ye?" Aku tersipu-sipu. Aiman hanya menjeling padaku. Eleh, malu jugaklah tu!
"Bapak kan ego. Dia kata dia boleh buat sorang-sorang.Hmm.. Tok penghulu memang baik orangnya. Walaupun dia lebih muda dari bapak, tapi dia memang seorang yang bijak dan prihatin. Dia suruh mak cik kerja dekat bendang dia. Mula-mula bapak tak bagi. Tapi, lepas dipujuk tok penghulu, bapak terpaksa bersetuju. Sebenarnya, mak cik tau, tok penghulu kesian tengok keluarga kami," kata wanita itu. Semua terdiam.
"Kuat betul semangat mak cik ni," kata hatiku. Suasana sepi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
" Bila angin bertiup macam ni, teringat mak cik pada arwah emak," kata-katanya menghentikan lamunan kami. Semua terpandang semula ke arahnya. Kelihatan wajahnya sayu.
"Masa tu, mak cik tengah bagi ayam makan. Angin bertiup sama macam sekarang. Tengah mak cik sibuk melayan ayam, mak cik terdengar bunyi macam nangka busuk jatuh. Mak cik cepat-cepat masuk rumah. Mak cik perasan yang emak tak ada kat tilamnya. Mak cik pun cari dia merata tempat. Bila sampai kat dapur, mak cik nampak emak terbaring kat tepi tangga. Lantai penuh dengan garam,bertabur. Rupa-rupanya, emak terjatuh. Sejak dari hari tu,emak mak cik lumpuh dari pinggang, sampailah ke hujung kaki," katanya sambil menunjuk pada bahagian badan yang dikatakannya.
"Macam mana garam boleh bertabur? Dia nak memasak ke?" Terdengar satu suara gadis bertanya pada wanita itu.
"Macam kenal pompuan tu," tanya hatiku. Aku cuba untuk mengingati siapakah gerangan gadis itu. Ahh, siapa ye?" Nana, siapa pompuan tu? Macam kenal je," tanyaku pada rakanku yang berwajah bujur itu. Dia memandangku dengan kehairanan.

Shot 7
"Sofi! Cantik betul gambar ni!" Kata Hanna sambil tertawa. Aku makin berasa hairan lalu bergerak ke arah mereka.
"Tengok jap," pintaku. Hanna menyerahkan telefon bimbitnya padaku.
TOIIINNG!!!
"Aik?! Macam mana dia.." Kata-kataku terhenti tatkala ketua kumpulanku berdiri di sebelahku.
"Hmm..Boleh tahan gambar ni," kata Aiman dengan nada sinis. Dia memandangku dengan senyuman paling jahat padaku. Jahatlah dia! Bila masa dia ada dekat belakang aku entah. Dia buat bentuk tanduk kat kepala aku guna jari tangannya!
"Jahat kau, Aiman!" Marahku dalam hati. Hanna, Nana dan Faa tertawa kecil melihat kami berdua.
" Bila masa kau ada kat belakang aku?" Tanyaku pada Aiman.
" Mana ada," jawabnya selamba. Amboi, senangnya jawab! Huuuhh!
"Habis tu,dalam gambar ni, sape?" Tanyaku lagi.
"Laa.. Akulah."
"Bila masa kau berdiri kat belakang aku??" Tanyaku dengan nada yang sedikit tegas.
"Mana ada," jawabnya dengan nada yang tenang.
"Gambar ni dah terang-terang tunjuk yang kau kat belakang aku!" Budak ni! Tak boleh jadi!
"Cik..erm.. Sape nama kau?" Tanya dia padaku. Aku mendiamkan diri dengan wajah yang sedikit tegang.
"Sofia," Nana menjawab pertanyaan Aiman.
"Ooo..Sofia. Sofia Jane ke?" Perlinya. Aku masih berwajah tegang. Geramnya!
"Cik Sofia. Kau yang berdiri depan aku. Bukan aku yang berdiri dekat belakang kau," katanya.
"Hoh?" Wajahku bertukar kehairanan. Aiman menunjukkan sebatang kayu beserta bendera merah terikat pada kayu tersebut yang tercucuk dalm tanah. Aku memandang semula pada Aiman, meminta penjelasannya.
"Aku memang dah lama berdiri kat situ. Tiba-tiba korang datang, kecoh-kecoh nak tangkap gambar kat sini. Nasib baik aku dah siap cucuk kayu tu. Kalau tak, tergantung kerja aku. Kayu tu sebagai penanda untuk group lain esok nanti," jelas Aiman.
"Habis tu, kenapa kau tak blah je dari situ?" Tanyaku lagi.
"Salah ke aku masuk skali?" Tanyanya selamba. Eh, budak ni!
"You ni Hanna,kan?" Tanyanya pada Hanna. Hanna yang sedikit terpinga-pinga, hanya mampu mengangguk.
"I tak boleh tangkap gambar sekali ke?" Tanyanya dengan nada yang lembut. Sopan pulak budak ni dengan Hanna.
"Err..erm..well..,"tergagap-gagap Hanna cuba untuk menjawab. Pandangannya sekejap padaku,sekejap pada Aiman. Oh, Hanna!
"Tak salah,kan? Jom tangkap gambar dengan I, Hanna!" Ajakan Aiman tidak dapat ditolak lagi. Hanna terpaksa menurutinya apabila beg Hanna ditarik.
"Tak malunya budak ni," desus hatiku. Hanna bergambar dengan Aiman. Kelihatan Aiman seperti mesra dengan Hanna membuatkan Hanna, si gadis berambut perang itu sedikit pun tidak kekok.
"Ajaklah kawan you yang dua orang lagi tu bergambar dengan kita," kata Aiman sambil menunjukkan ke arah Faa dan Nana.
"Faa! Nana! Mari sini tangkap gambar bersama!" Jerit Hanna. Faa dan Nana berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum. Mereka bergerak laju ke arah Hanna.
"Kau,sini!" Arah Aiman kepadaku. Aku sedikit kaget. Apa lagi yang dia nak ni?
"Kau ni scarecrow ke? Sini kau!" Ewah,ewah mamat panjang ni! Mengarah-arah orang pulak. Aku merapatinya dengan lemah. Wajahnya langsung tidak kupandang. Kepalaku hanya menunduk memandang ke arah tanah merah. Dapatku lihat kesan tayar kecil pada tanah tersebut. Mungkin sebuah motosikal pernah melalui kawasan itu.
"Kau pandang apa kat bawah tu?"Kata Aiman. Kata-katanya mengejutkan lamunanku. Lantas, ku menoleh laju padanya. Dia memandang sambil mengangkat kening kirinya. Aku pula lantas mengerutkan dahiku. Dia tersenyum.
"Kenapa?" Tanyaku padanya. Dia tersenyum lagi. Eh,budak lalang ni!
"Ambik gambar," katanya.
"Hoh? Biar betul dia nak ambik gambar dengan aku," desus hatiku. Dia nak ambil gambar dengan aku? Budak panjang ni nak ambil gambar dengan aku? Ketua kumpulan nak ambik gambar aku? (Adoi! Ye,Sofia! Berapa kali nak ulang Cik Sofia-penulis)
"Err..Okay!" Kataku,ringkas. Baru saja ku mahu melangkah setapak, Aiman menahan pergerakkanku. Aku kehairanan.
"Nak pergi mana tu? Ni kameranya." Aiman menyerahkan telefon bimbit kepunyaan Hanna. Wajah yang penuh kehairanan terpancar di wajahku.
"Tolong ye!" Kata Aiman lalu berlalu ke arah rakan-rakanku. Aku berdiri kaku. Aiman dan rakan-rakanku sudah bersiap sedia. Tapi, aku masih kaku.
"Laa,cik kak! Cepatlah tangkap gambar kitorang!" Laa!!! Aku kena jadi cameraman dorang rupanya! Malunya! Aku, dengan penuh rasa segan dan malu tahap master, menjalankan tugas sebagai jurukamera. Aiman tersenyum sinis.
"Dia tau ke aku tengah ke-malu-an ni?" bisikku.

Shot 6
Kumpulanku berhenti di sebuah tempat berdekatan dengan kawasan perkampungan.
"Tenangnya tempat ni,"desus hatiku. Kehijauan tempat ini memang memukau banyak pelajar. Aku melihat sekeliling kawasan yang menghijau, pepohon melambai, dan pepatung berterbangan. Kelihatan Hanna mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek lalu cuba untuk mengabdikan pemandangan kawasan tersebut melalui kamera.
"Cantikkan Nana?" Tanya Hanna.
"A'ah! Cantik betul!"
Aku tersenyum mendengar jawapan Nana.
"Kampung Faa pun tak macam ni,"kata Farizah. Senyumanku sedikit meleret.
"Kampung?" Bisikku. Mendengar kata Faa membuatkan aku teringat pada kampungku di Cherating,Pahang.Aku termenung seketika.
"Sofi,mari sini! Jom tangkap gambar!" Jerit Hanna. Lamunanku terhenti. Alamak,tangkap gambar?
"Mai lah lekaih,Sofi! Nanti tak sempat," Nana pula mengajakku bersama.
"Err, takpelah wei. Sofi tolong tangkapkan gambar untuk korang,"kataku- cuba untuk mengelak. Kelihatan wajah Hanna sedikit kecewa.
"Ala,awat Sofi ni! Mai lah," Nana cuba untuk menarikku. Adoi,segannya.Macam mana ni!
"Emm,kalau Sofi masuk sama, sape nak tangkapkan gambar?" Kataku- cuba nak cari alasan! Hanna cuba mencari seseorang. Kelihatan seperti dia mengenali seseorang lalu menghampiri perempuan itu.
"Hai,remember me?" Hanna membuka membicara. Gadis itu cuba mengecam wajah Hanna. Hanna memberi isyarat tangan 'makan' pada gadis itu.
"Oh,shi de! Ni shi Hanna,shi bu shi?" Kata gadis itu dalam bahasa ibundanya,menyatakan nama Hanna.
"Tui le. I'm the one who paid for your lunch last time," kata Hanna.
"Hehe! Yes,I still remember. Thank you for your help. So, we're in the same group! Hehehe!" Kata gadis itu dengan gembira.
"Err, anyway Mei Ling, can you help me?"
"Of course lor.Mau saya tolong apa?"
"Boleh tolong tangkapkan gambar kami?"
"Sure! Mari saya tangkapkan gambar." Hanna menyerahkan telefon bimbit berkameranya pada Mei Ling. Faa menarik tanganku rapat padanya. Adoi,nak tak nak,kena jugalah tangkap gamba ni.
"Aiya,kamu yang comel tu. Rapatlah sikit. Jangan malu-malu." Aku ke? Aku malu nak tangkap gambar!
"Satu,dua, tiga!" Percikan cahaya terpancar dari telefon bimbit itu. Imej kami berempat di kawasan perkampungan yang aman damai itu disimpan.
" Haokan!" Kata Mei Ling menyatakan gambar yang ditangkap kelihatan cantik sekali. Kelihatan Hanna dan Nana teruja melihat gambar yang ditangkap sebentar tadi. Mereka berdua tertawa kecil lantas melihat padaku. Mereka mengajak Faa untuk melihat sama gambar tersebut dan Faa turut bersama mereka. Faa tertawa lantas menoleh padaku.
Apa yang kelakar sangat ni?

Subscribe to:
Posts (Atom)