Redial...
"The number you had dial.."
"Arghh! Apa yang susah sangat nak jawab ni?"
Redial...
'The number you had dialed..'
Telefon bimbit dihempas ke katil. Sofea termangu seketika.
'Kenapalah dia nak fikir bukan-bukan...'
Diambil semula telefon bimbitnya. Dibelek-belek telefon itu. Dalam hati mengharap si dia akan menghantar sebarang mesej buatnya, meredakan keresahannya. Mengharap si dia akan menelefonnya semula dan berkata..
"Sofi!"
Lamunan Sofea terhenti seketika. Panggilan Faa menghapuskan segala yang difikirkan sebentar tadi. Faa duduk di katilnya.
"Amacam meeting tadi, okay?" Tanya Faa. Sofea tersenyum kelat. 'Faa, jangan tanya soalan yang tak best untuk aku jawab'
"Emm, korang macam mana tadi?"
"Kitorang? Okay je. Ramai gila weih! Tapi ada member kita macam tengah syok dengan AJK kelab."
"Siapa?"
"Haa..jengjengjeng!..Nana lah!"
"Haa???" Sofea terkejut seketika.
"Nana? Serius?"
"Ha'ah. Dia dari tadi tengok dekat senior kelab tu. Lepas tu, tersenyum. Faa suruh dia buat buat tanya pasal meeting next week. Dia tak nak."
"Hek? Apasal?"
"Dia kata 'Kita kena lah jual mahal sikit. Baru hot..'. Tu apa yang Nana cakaplah."
"Hek eleh...Time cenggini lak dia nak jual mahal."
Terdengar pintu di bahagian sebelah sana terbuka. Faa dan Sofea membulat matanya,terkejut.
"Siapa tu.." Bisik Faa. Sofea mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"~but if I had to, boy I think that you should know~all the love we made, can never be erase~~"
Terdengar suara Nana sedang menyanyi riang.
"Nana!" Terjerit kecil Faa. Mereka berdua kaget.
"Faa!" Nana terjerit memanggil Faa.
"HA?Pura-pura tidur! Cepat!" Sofea yang tidak mengerti apa-apa menurut kata-kata Faa. Mereka berdua pura-pura tidur.
"Faa!!! Mana kau, ha?!" Terdengar suara Nana terpekik memanggil Faa.
"Faa..kenapa dia panggil?"Tanya Sofea berbisik.
"Ssshhyy~"
"Faa..kenapa kita kena pura-pura tidur?" Tanya Sofea lagi dengan nada yang sama.
"Shhyyy~"
"FAAA!!! Eh, tidur ke?" Sofea dapat merasai kehadiran Nana mendekati mereka berdua. Jantung Sofea dan Faa berdegup laju. Bahu Faa dicucuk-cucuk. Faa menahan diri daripada tersenyum. Tangannya pula dicucuk oleh Nana. Masih menahan diri.
"Tidur betul ke? Apasal korang tidur berdua atas katil Sofi ni?" Kata Nana. Dia tidak berpuas hati. Ye, dia telah menjumpai sasaran seterusnya. Paha Sofea.
"Aaaaa!!!!" Terdengar jeritan Sofea apabila Nana mencuit paha Sofea.
"Gelilah!!!" Pekik Sofea lagi.
"Haa!!! Korang 'purak-purak' tido ye!!!" Kata Nana. Dilihat Faa masih meneruskan lakonannya.
"Hey, Faa! Banguuuuunn!!! Apa Faa buat dengan meja Nana haa??"
'Meja?' Sofea bermonolog.
"Banguuun! Faa!!!" Ditarik-tariknya tangan Faa supaya bangkit dari katil. Faa tersenyum kecil dengan mata yang masih tertutup.
"Kenapa Nana?"
"Kenapa? Tu tengok meja Nana. Apa yang si Faa ni dah buat"
Sofea lantas bingkas bangun dari katil lalu berjalan ke arah meja belajar Nana.
NANA IN LOVE WITH ABANG PIJAM
Hoh??? Meja Nana tertampal kertas bertulis ayat tersebut.
"Faa!!!!" Suara Nana memenuhi ruang bilik. Adoi~ Terdengar hilai tawa Faa.
"Ooo..ni kerja Faa ye! Berani Faa nak heboh-heboh satu kolej!"
"Hahaha! Relaks lah Nana. Gurau,gurau..Aaaa!!! Jangan cubit perut!"
Haihh..Faa ni. Diam diam berisi. Tak pasal pasal aku pun dia tarik sama. Pijam? Siapa pulak lah mamat ni?
"Sofi!!! Sofi pun berpakat dengan Faa ye??"
"Hoh? Mana ada! Faa! Jangan nak kaitkan dengan Sofi pula!
"Hahaha! Sofi yang tampal kertas tu.." Kata Faa.
"Ai? Bila masa pula? Nana, betul, tak tipu! Sofi tak buat pun." Sofea sedaya upaya meyakinkan Nana apabila Nana cuba menghampiri Sofea.
"Betul, Sofi baru balik dari meeting. Masa Sofi balik, Faa dah ada."
"Habis tu, Sofi buat apa tadi?" Tanya Nana.
"Sofi tadi..." Sofea terdiam seketika. Nana memandangnya.
"Haa! Sofi tolong Faa, kan?" Sofea masih terdiam.
"Sofi!" Nana cuba untuk menerkam Sofea tapi tidak berjaya apabila Sofea berlari anak ke arah katilnya. Dicapai telefon bimbitnya. Sofea terpaku. Nana dan Faa berasa hairan melihat Sofea.
"Sofi?" Faa cuba mendapatkan tindak balas Sofea yang masih kaku melihat telefon bimbitnya. Hanya jari jemari Sofea yang giat menekan-nekan butang telefon bimbitnya.
"Kenapa weih?" Tanya Nana pula, namun masih tiada jawapan dari Sofea.
Tiba tiba Sofea memandang ke arah rakan-rakannya yang kebingungan itu. Cuba untuk tersenyum.
"Tak ada apa-apa. Erm, Nana. Bukan Sofea yang buat tu. Faa yang buat."
Nana sedikit keliru. "Ha?Err, oow,okay.." Sofea tersenyum kecil. Dia mencapai tudung lalu disarungnya. Dicapai pula dompet dan kunci biliknya.
"Erm, nak pergi kafe kejap. Nak pesan apa-apa?" Tanya Sofea. Nana dan Faa memandang sesama sendiri.
"Err, tak ada kot."
"Ha'ah. Nak Nana teman tak?"
"Eh, tak apa. Nana baru balik, kan? Lagipun, Nana tak habis lagi dera Faa tu. Sofi pergi dulu ye. Daa~"
Sofea keluar dari bilik meninggalkan Nana dan Faa yang bingung.
"Dia ni selalu buat benda dengan secara tiba tiba, kan?"
"Lagi lagi kalau lepas tengok handphone dia tu,"kata Nana pula.
"Kenapa pula ek?"
"Entahlah Faa." Nana memandang ke arah Faa yang menggaru-garu dagunya. Matanya terbeliak.
"Haa!!! Faa yang buat eh?"
"Haa, buat apa?" Faa bingung.
"Tu! Tangan Faa ada kesan highlight pink! Macam dekat paper tu! Faa!!!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mango juice satu." Sofea membuat pesanan. Pandangan Sofea kosong, termenung sendiri. Tidak dihirau pelajar-pelajar lain yang kecoh membeli makanan petang.
"Dik?" Lamunan Sofea terhenti. Ditatapnya wajah pemuda di depannya.
"Air adik ni," kata peniaga muda tersebut. Sofea terkopoh-kopoh mengambil minumannya. Oh, tertumpah sedikit air itu. Peniaga tersebut memandang Sofea.
"Dik, relaks. Kejar apa?"
"Err..hmm.." Sofea menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia beredar setelah mengambil air jus mangganya itu. Duduk, menarik nafas lalu menikmati minumannya. Fikirannya bercelaru.
'Apa salah aku..? Sampai hati..' Renungannya kosong, fikiran memikirkan kekasihnya.
"Dik?" Lamunan Sofea terhenti. Ditatapnya wajah pemuda di depannya.
"Air adik ni," kata peniaga muda tersebut. Sofea terkopoh-kopoh mengambil minumannya. Oh, tertumpah sedikit air itu. Peniaga tersebut memandang Sofea.
"Dik, relaks. Kejar apa?"
"Err..hmm.." Sofea menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia beredar setelah mengambil air jus mangganya itu. Duduk, menarik nafas lalu menikmati minumannya. Fikirannya bercelaru.
'Apa salah aku..? Sampai hati..' Renungannya kosong, fikiran memikirkan kekasihnya.
"Fit call, Sofi xjwb.knp?da jmpa yg br, lupe dkt fit?fit da byk brubah.dlu xksah pn psl hal kelab atau apa2 aktiviti.skrg,sjk jmpa org2 br,bkn men lg.trpulanglah dkt sofi.fit mls nk lyn da"
"Apa salah aku..?"
"Memang kau salah pun."
Hoh?
Suara lelaki di sebelah kanannya mengejutkan lamunan Sofea. Sofea menoleh ke kanan. TOIING! Matanya membulat.
"Kau?"
"Apa..Patut aku yang cakap macam tu.."
"Aiman, kau buat apa dekat meja ni?" Tanya Sofea.
"Aii? Aku pulak. Kau tu buat apa dekat meja aku?"
'Aku?' Sofea kebingungan. Dilihat sebuah pinggan berisi sisa-sisa makanan di hadapan Aiman Miqdad. Ditoleh semula pada jejaka tersebut.
"What?"
"Err..kau..nasi.."
"Ye, ni meja aku. Ini...nasi ayam aku makan tadi. Tiba tiba tengah sedap aku mencekik, kau terkedek-kedek duduk sebelah ni..dengan air oren kau."
"Air mangga."
"Apa-apa lah. Kau ni dah kenapa? Dah rabun ke buta? Aku yang dekat sebelah ni pun tak nampak.Punyalah banyak meja dekat sini, dekat sebelah aku jugak kau nak duduk! Ni kalau orang nampak, macam mana? Kalau mak aku nampak...eh,eh..kau! Aku tak habis cakap.." Kata-kata Aiman terhenti tatkala melihat Sofea mengangkat gelas minuman lalu beredar mengikut laluan belakang Aiman. Kata-kata Aiman tidak dipedulikan.
"Ai?Aku bebel macam ni, dia boleh buat bodoh je?" Aiman memandang-mandang Sofea yang berjalan perlahan tanpa arah tujuan. Pelik dan hairan-perasaan itu jelas di wajah Aiman.
"Sofea!" Panggil Aiman, perlahan.
"Aish! Tak dengar pulak." Aiman menoleh ke kanan dan kiri. Melihat sekeliling.
"SOFEA ADRA ZE..." Jeritan Aiman terhenti apabila melihat pandangan tajam Sofea. Tapi di wajahnya kelihatan sayu dan letih.
'Kenapa kau ni, Sofea? Macam zombi dah aku tengok..' bisik Aiman. Aiman melambai ke arahnya, memanggil Sofea ke mari. Sofea masih kaku.
"Hmm..sini kejap." Panggil Aiman lagi. Kelihatan kerut di dahi Sofea. Sofea membuka langkah, perlahan-lahan ke arah Aiman.
'Eh, dia datang..Mahu pulak dia datang..' Bisik Aiman lagi. Kini, Sofea di hadapannya, dengan minuman di tangannya.
"Kau kenapa?" Sofea kaku.
"Kau hilang spectacle ke?" Tanya Aiman lagi. Sofea masih kaku.
"Erm,.kalau nak duduk sini, duduk je lah. Aku dah settle dah. Lagipun aku.." Kata-kata Aiman terhenti tatkala melihat mata Sofea. Matanya. Sayu. Bergenang. Jantung Aiman seperti terhenti seketika. Tergamam melihat mata Sofea yang mula bergenang air mata.
"Aku.." Sofea memulakan bicara.
""..tak nak.." suara Sofea makin perlahan. Aiman cuba untuk mengamati kata-kata Sofea.
"..menangis.." Terkejut, itu perasaan Aiman. Ditatapnya wajah Sofea. Sebak, itu perasaan Sofea. Tangannya menggenggam kuat gelas minumannya. Aiman tak mampu untuk mengeluarkan kata-kata. Hanya mampu memandang Sofea.
"Aku...tak nak menangis.." Setitis air mata mulai mengalir di pipi Sofea. Hati Sofea amat pilu, sebak tak terkata. Dia bingung. Tak tahu kenapa dia boleh ungkapkan kata-kata seperti itu pada lelaki dihadapannya. Wajah yang sayu itu tiba-tiba berubah. Sedikit terkejut. Minuman Sofea dirampas. Dompet ditangannya ditarik, membuatkan dia terikut ke arah tarikan. Ye, lelaki itu menariknya keluar dari kafe. Dan dia hanya mengikut.
Ada mata yang memandang gelagat Aiman dan Sofea. Aiman menarik keluar Sofea dengan menarik dompet yang dipegang kemas oleh Sofea. Ada yang kehairanan. Ada yang tersenyum kecil. Ada yang mula berkata. Dan ada sepasang mata memandang tajam pada mereka berdua.
wwaaaahhhh,...nice.....
ReplyDeletecreate sniri ke???
berusaha n chaiyYyookk!!!
nice sesangat~ =)
DEAR MangkOk cHenTa ,
ReplyDeletethanks 'cause sudi baca citer ni..
sorry kalau lambat update or what,
just tak nak citer jadi merapu..
anyway, thank you so much!=)
zana tunggu smbgnnya kayh...:)
ReplyDeleteelops, nk ajak pi bengkel menulis gratis, mau nggak?
ReplyDelete