Pages

Friday, July 16, 2010

SHOT 16

"Jangan lupa tutup kipas nanti ye, Sofi!"
"Okay, Hanna..". Sofea sibuk membetulkan tudungnya. Terasa geram di hati tatkala tudung kuning cairnya tidak menjadi dengan elok.
"Aish,tudung ni! Masa ni lah nak buat hal!" Berkerut dahi Sofea. Ditiup-tiupnya dahinya bagi mendapatkan kemasan yang baik. Dipinnya hujung tudung pada kedua-dua bahunya.
"Bolehlah ni!" Segera dia mengambil beg dan mencapai sekeping roti yang ditinggalkan oleh Nana buatnya. Dia bergerak pantas ke pintu keluar lalu memakai kasut tinggi Nose miliknya dan menutup rapat pintu biliknya.
"Aiyo, kad matriks!" Kata Sofea sambil menepuk dahinya. Dengan pantas, dia membuka semula pintu dan berlari anak ke meja belajarnya. Dicapai kasar kad pengenalan pelajarnya dan terus berlari keluar.

"Kompleks B? Dekat mana ye?" Tanya Sofea pada dirinya. Matanya meliar mencari arah yang hendak dituju.
"Yang itu ke?Ke...yang sana?" Tergaru-garu Sofea dibuatnya.
"Alaa..! Call Faa, lah!" Dirapatkan begnya pada dada lalu mencari telefon bimbitnya.
"Faa! Kompleks B dekat mana?..Haa? Kiri mana?..Kejap,kejap. Sofi dekat sebelah office...Office sebelah kanan Sofi..Jalan terus?..Nampak cafe je!..Ohh! Okay, okay! Nampak dah! Thanks, Faa! Jumpa time lunch, okay!" Sofea mengakhiri perbualannya. Disimpan kembali telefon bimbit ke dalam begnya.
"Jam?" Sofea bermonolog. Ditatap jam tangan yang dijumpai di hadapan koperasi semalam.
"Hoh??? 8.30 dah! Mampus!" Sofea berlari anak ke arah Kompleks B. Salah seorang pekerja melihatnya dengan kehairanan, "Gila apa budak ni?"

"Good morning. First of all, I would like to say thank you so much to all of you for giving a good cooperation by attending to our first meeting even though it begins at early in the morning.Hehehe! And I also want to welcome you into this ' Arts of photography Club'. Hope you guys will have a good and fun experience while joining this club. Welcome and congratulations!" Kata Steven Chong, pengerusi Kelab Seni Fotografi. 31 pelajar yang menghadiri ke perjumpaan tersebut bertepuk tangan tanda terima kasih atas penerimaan mereka ke kelab tersebut. Ada yang begitu bersemangat, ada yang kelihatan lemah (kena lelonglah tu!).
"Okay, sebelum kita mulakan majlis perjumpaan kita ni, ada tak yang kawan-kawan dia tak datang lagi?" Semua memandang ke arah sekeliling.
"Anyone? Your friends?" Semua mendiamkan diri.
"Okay, jangan lupa isikan nama dan I.D number dekat paper kuning tu ye. Who hold that paper right now?" Tanya Steven. Salah seorang pelajar lelaki mengangkat tangan tanda dia lah yang memegang kertas tersebut.
"Okay, nanti pass dekat semua ye. One more thing...yeah..before I forget..." Steven mengedarkan beberapa helai kertas A4 pada salah seorang pelajar.
"Pass it up. Each of you will receive a piece of those paper. This is the list of our..I mean, part of our activity for this two months. Any changes, we will inform you. So, make sure all of you be alert on any notification on the notice board." Steven beredar ke meja dan mengambil kertas senarai aktiviti.
"Okay, jom kita overview semua list yang ada ni. Macam biasa, perjumpaan akan diadakan setiap hari Khamis, jam 4 petang. So, kalau buat pagi pun korang boleh attend, petang mestilah boleh,kan?"
BONNGG!!!
Semua memandang ke arah pintu depan kelas.
"Err..Sorry..." Kata Sofea dengan sedikit tercungap. Steven memandang ke arahnya, kaku. Dengan perasaan segan silu, Sofea melangkah masuk ke dalam kelas. Matanya meliar mencari tempat kosong.
"Err..dekat mana saya boleh duduk ye?" Tanya Sofea dengan sopan pada Steven. Steven memandang tepat padanya.
"Come here..." Arah Steven pada Sofea.
'Mati aku...' Sofea mendekati Steven.
"Are you joining our group?" Tanya Steven.
"Yes, I am."
"What's your name?"
"Err..Sofea."
"Do you have any experience in photography?"
"I've no idea. Just taking pictures using my phone."
"Modeling?"
"Ha?"
"Did you do any modeling?"
"I'm afraid I'm not really good in modeling...I'm not photogenic enough, I guess," jawab Sofea. Steven memandang tepat ke arah Sofea. Sofea berasa kurang selesa dengan pandangan Steven terhadapnya.
"Err...I'm sorry..I..err.." Tergagap gagap Sofea hendak berkata. Dia cuba cari ayat yang sesuai untuk diberi alasan.
"You may sit now," pelawa Steven. Sofea terkedu dan kehairanan.
'Dia tak marah aku?'. Sofea tercari-cari tempat duduk yang ada.
"Is there any seat for her?" Tanya Steven pada pelajar lain. Tak siapa yang menjawab. Selepas seketika,
"Dekat belakang ni ada kosong." Terdengar suara dari belakang kelas. Beberapa pelajar memandang ke arah suara tersebut.
"At the back, dear," kata Steven pada Sofea. Sofea yang sedikit kekok dengan panggilan 'dear' itu hanya menurut perintah. Langkahnya diperhatikan beberapa pasang mata. Pipinya terasa hangat akibat rasa malu diperhatikan ramai orang.
'Mana tempat yang dia kata, tu?'. Sofea masih tercari-cari.
"Oii..!" Sofea memandang ke arah suara tersebut.
TOOOIIINNGG!
"Duduk sini."
'Kenapa aku kena nampak muka dia hari ni..?'
"Aiman, kau nak duduk mana nanti?" Tanya Steven. Aiman menoleh ke Steven dan memandang semula Sofea yang tidak jauh darinya.
"Aku diri sini je,lah,"jawab Aiman pada Steven. Dia beredar sedikit lalu menyandar pada pintu kelas. Aiman mulai berpeluk tubuh. Tidak dihiraukan Sofea yang kaku melihatnya.
"Sofea, you may sit now," pelawa Steven. Sofea patuhi arahan Steven sekali lagi.
"Okay, where were we just now?..Owh,yes! The activities, right?Erm, is there any left for Sofea? The list's paper?"
____________________________________________________________________
"Okay, don't forget! Next week, kita jumpa di depan cafe pukul 4 petang, okay? Pakai t-shirt and tracksuit. Anything else? Finas? Jiayi?" Tanya Steven pada ahli jawatankuasa yang lain. Semua menggelengkan kepala dengan senyuman kecil.
"Takda pape lagi kan?"
"Ah Chong! Jap, ada pengumuman sikit," kata Aiman. Steven memberi laluan padanya. Aiman memandang para pelajar yang ada di dalam kelas tersebut.
"Erm, just a simple announcement. Please write down your fullname and your student's matrix number on this paper. The last person, please send it to me. Okay?" Aiman menyerahkan sekeping kertas yang tertulis ' Nama' dan ' Matrix No.'
"Matrix number and your FULLNAME,okay?" Ulang Aiman dengan nada suara seperti memberi peringatan buat Sofea. Sofea mengeluh kecil di tempat duduknya. Malas untuk melayan perassan geramnya, Sofea mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu.
Salam..bz ke?
Dipandang pelajar-pelajar yang berebut untuk menulis nama mereka. Sofea sedikit muram. Dia mulai duduk mendagu melayan pandangan matanya yang asyik melihat telatah pelajar-pelajar yang lain. Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar (vibrate la tu; penulis). Dibacanya pesanan ringkas yang diterima.
143: Salam..xdela..xwat pape pn..da abz prjmpaan?cmne?
Sofea: Br je abiz..tgh tggu nk tulis nma..meeting ni?Hmm..entahla..mybe sbb first meeting kot,so agk bosan sikit..
143: Oww,xpela..br lg kan? ada kwn x dlm kelab tu?
Sofea: Xde..mostly dkt sini boys la..pelik gk..
143: Laki?rmai ke..?
Sofea: Erm, bole than ramai..chinese boys la yg rmai..
143:Owh..lega ayang bca..
Sofea: Ha? knp?
143: Hehe..xde pape..
Sofea: pikir ape la tu..knp?tkut sofi kna ngorat ke?
143: Hehe..mestilah..nnti laen plak yg dorang cpture..
Sofea: Apa..ingat chinese boy x mnat sofi ke? kt sni ada sorg chinese boy yg cute n hnsem tau!
143: Haii..br join da jmpa org br?
Sofea: org br?
143: Laki yg Sofi kta ensem tu r....ptotla x msg2 ngn org dkt sini..
Sofea: Laa..apa ni..org juz ckp dia cute je kan..lgpun Sofi kan ada meeting..nnti kna tegor dgn AJK plk..
143: hmm..da mkn blom?
Sofea: blom..ada kt kelas lg..
143: wtpe kt sna? kta da abiz..
"Awak!" Terpejut Sofea mendengar panggilan dari seseorang. Seorang gadis kelihatan ingin menyerahkan sekeping kertas padanya. Sofea masih kaku sambil memegang telefon bimbitnya.
"Ni..tulis nama penuh..,"kata gadis itu. Sofea mengambil kertas tersebut. Dipandangnya sepintas lalu isi kandung yang tercatat pada kata kertas itu.
"Nanti hantar dekat abang Aiman, ye!" Pesan gadis itu lagi.
'Abang Aiman? Wajib ke panggil dia abang? Daargh..'

NAMA PENUH

Ditatapnya perkataan itu satu demi satu...
Kenangan lalu menyentapnya semula...
"Sofea! Kau ni anak omputih campur arab ke apa?"
"Sofea! Kenapa bapak kau tak rupa mat saleh pun.."
"Sofea Adra!Adra tu ape? Anak Dara ke?Hahaha!"
"Sofea!"
"Sofea!"
"Sofea!"

Sofea termenung lagi. Sayu, tak bermaya. Terpapar kepiluan di wajahnya. Satu persatu kenangan di sekolah diimbas kembali. Dari kecil hingga kini, namanya menjadi satu perkara yang menghairankan dan sering diperhebohkan. Tak kurang juga yang mempersenda dan memperkotak katikkan namanya.
"Dah tulis belum?" Pertanyaan Aiman mematikan menungnya. Tak dipandang langsung wajah Aiman walhal kelibat Aiman hanya beberapa inci dari tempat duduknya.
"Belum tulis? Kau nak bakar paper ni guna mata kau ke? Cepat sikit, aku ada hal lagi,"arah Aiman. Sofea masih mendiamkan diri, menatap kertas tersebut.
"Kau dengar tak aku cakap ni?" Tanya Aiman lagi. Masih kaku, tiada tindakbalas. Aiman tidak berpuas hati.
"Uw-ma-ngai! Dah terbakar siot paper tu bila kau pandang! Hebat gila kau ni!" Saja Aiman memerlinya, bagi membuatkan Sofea memberi tindakbalas. Sofea hanya mengeluh kecil. Dia mengalah. Tangannya mula menjalankan tugas. Satu persatu huruf terpapar pada kertas tersebut.
SOFEA ADRA ZENIA DANISH YUSUF DANISH 08101080

Ditinggalkan kertas tersebut di atas meja berdekatan dengannya. Beg dicapai dan ingin melangkah meninggalkan Aiman.
"Kau ni kenapa?" Tanya Aiman. Langkah Sofea terhenti. Suasana sepi seketika. Hanya mereka berdua saja dalam kelas tersebut.
"Apa masalah kau ni?"
"Kau tu apa masalah?!" Balas Sofea. Dia cuba untuk menahan perasaan tertekannya. Nafas ditarik dengan cermat supaya tak kelihatan perasaan sebenarnya. Aiman sedikit terkejut tapi tenang semula.
"Aku tak ada masalah pun. Kau tu yang macam ada masalah,"kata Aiman. Sofea mengetap giginya, menahan rasa marah. Matanya tertutup seketika bagi mendapatkan ketenangan dan meredakan sedikit perasaan marahnya. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan.
"Aku tak ada masalah." Kata-kata Sofea terhenti apabila Aiman bergerak mendapatkan kertas senarai nama tesebut. Matanya tertumpu pada nama Sofea. Dia tersenyum kecil.
"Betul ke nama kau panjang macam.."
"Ada apa-apa masalah ke dengan nama aku??"Kata-kata Aiman dipotong oleh Sofea.
"Aku tak kata apa-apa pun."
"Dah tu??"
"Kau ni kenapa?" Tanya Aiman kehairanan.
"Kau sebenarnya nak perli nama aku juga kan? Ye! Itu memang nama aku!"
Telefon bimbit Sofea bergetar. Terpapar 143 pada skrin. Tanpa mempedulikan Aiman, dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello..."
"Hello..Awak tengah buat apa tu?"
"Sofi still dalam kelas.." Jawab Sofea lemah. Aiman berdiri kaku melihat Sofea.
"Kelas lagi? Buat apa?"
"Hmm..ada hal sikit.."
"Sunyi je dengar. Hal apa?"
"Fitri, kenapa ni..?" Tanya Sofea dengan lemah. Masalah di depan tak selesai, tambah pula satu lagi.
"Fit hantar mesej sampai 5 kali, Sofi tak reply pun. Busy sangat ke? Nak juga tahu apa halnya.."
Sofea hanya mampu terdiam. Pandangannya kosong.
"Sofi! Dengar tak Fit cakap ni?"
"Fit.. Sofi call balik nanti." Hanya itu saja yang mampu terungkap oleh Sofea. Terasa seperti seluruh tubuh badannya mulai lemah tak bermaya.
"Kenapa?Eh, awak ni kenapa tak nak bagitau saya apa awak buat sampai tak jawab mesej?"
Sofea mendiamkan diri. Pandangannya beralih pada Aiman yang berdiri memandang ke lantai. Menyedari dirinya diperhatikan, Aiman segera mengangkat kepala lantas membalas pandangan Sofea yang kaku dan lemah.
"Awak dengan lelaki yang awak puji tu ye?" Lantaran terdengar kata-kata temannya itu, Sofea memberi reaksi terkejut.
"Fitri! Apa Fit cakap ni?"
"Kalau tak, awak dengan siapa?" Tak mampu Sofea memberikan jawapan kepada pertanyaan temannya itu. Dia mengeluh lagi.
"I'll call you back,Fitri..Please..It's not the right time."
"Tak payah."
Panggilan tamat. Sofea kaku. Termenung dia tanpa disedari. Aiman masih melihat gelagat Sofea yang berdiri lemah di hadapannya. Selepas seketika, Sofea melangkah, meninggalkan Aiman seorang di dalam kelas.
Langkah Sofea menghala ke tempat tinggalnya.
"Sofea!" Sofea menoleh ke arah panggilan tersebut. Kelibat Aiman yang berlari anak menuju ke arahnya. Wajah muram diberikan pada Aiman.
"Err..semalam..kau ada jumpa jam tak?" Tanya Aiman. Sofea berkerut,hairan.
"Ada jumpa tak jam tangan dekat koperasi tak?" Tanya Aiman lagi. Sofea mula teringat akan jam yang dijumpainya semalam. Dicarinya jam tersebut di dalam beg.
"Kau punya?" Tanya Sofea dengan suara lemah. Dia menunjukkan jam tangan yang dijumpainya semalam. Aiman mengangguk. Kini, jam tangan tersebut beralih ke tangan Aiman lantas dipakainya.
"Kau jumpa ni dekat mana?" Tanya Aiman. Sofea tidak mempedulikan pertanyaan Aiman alu beredar. Namun, langkahnya sekali lagi terhenti dengan panggilan Aiman.
"Sofea.."
"Apa lagi..?" Sedikit tekanan pada suara Sofea. Geram, letih dan penuh dengan masalah-itulah perasaannya waktu itu.
"Aku dah tulis nama and dah bagi jam kau, kan? Aku nak cepat,"kata Sofea. Aiman hanya terdiam. Sofea menarik nafas dan menghelanya perlahan-lahan.
"Sorry, I've got to go." Sofea berlalu pergi setelah mengakhiri kata-katanya.



3 comments:

  1. salam ziarah...

    dijemput menjadi follower sy k...

    ReplyDelete
  2. salam...

    drop here baca entry dan follow, jemput ke sinar raudah ye

    ReplyDelete

Pembaca bagus