Pages

Tuesday, May 19, 2009

shot 12

Di padang…
“Kelab bola baling?” Tanya Nana sambil membuat regangan pada tangannya. Sofia menggeleng.
“ Kelab tennis?” Cadang Hanna sambil membuat regangan pada leher. Sofia menggeleng.
“Kelab rekreasi?” Cadang Faa pula. Sofia hampir-hampir menggeleng, tapi dia lantas memandang Faa.
“Kelab rekreasi?”
“Ya, lorh! Rakikasi!” Kata Hanna.
“Rekreasi la, Hanna,” kata Nana, Faa dan Sofia- serentak.
“Kelab tu wat apa?” Tanya Sofia sambil membuat regangan.
“Entah. Dengar kata dorang wat lawatan. Lebih kurang lah.”
“Okay gak.” Sofia tersenyum.
“Yey! Kalau macam tu, Sofi masuk Kelab Rekreasi!” Jerit Hanna.
“Excited Nampak..” ADOIYAI!!
“Excited nak jogging ke?” Aiman Miqdad datang ke arah mereka. Sofia sedaya upaya untuk tidak memandangnya.
“Err.. Tak ada,lah! Kami seronok sebab Sofi nak kawin,” kata Hanna selamba. TOIIINGG!!
“Hanna!” Jerit Sofia. Hanna mengatup mulutnya dengan tangan.
“Woops, sorry!” Aiman memandang Sofia. Sofia tertunduk.
“Tak ada Kelab Kekeluargaan kat sini,” perli Aiman. Sofia mengeluh.
“Dah daftar kelab?” Tanyanya lagi pada gadis-gadis itu.
“Belum. Lepas ni kitorang daftar,” jawab Nana. Aiman tersenyum kecil.
“Make sure daftar. Takut kena lelong,” katanya sambil memandang Sofia dari ekor matanya.
“We’ll make sure about that,” jawab Faa.
“Okay, get ready!” Aiman berlalu pergi. Mereka berempat memandang pemergian Aiman yang berlalu pergi ke arah salah seorang AJKO lelaki.
“Dia tu kenapa? Macam nak cari pasal dengan Sofi je,” kata Faa.
“Sofi, hang ade hutang dia ka?” Tanya Nana. Sofi memandang Nana kehairanan.
“Celah mana pulak Sofi berhutang dgn dia,” jawab Sofia. Dia memandang Aiman sambil membuat senaman ringkas. Sekejap berkerut, sekejap mengeluh tatkala memandangnya. Riak wajah Sofia berubah apabila ternampak kelibat Ain mendekati Aiman. Tumpuan Sofia pada gelagat Ain.
“Orangnya cantik. Sesuai sangat dengan mamat tu. Orangnya pun macam pompuan baik. Hmmh.. Elok sangatlah tu, kalau pompuan tu baik, dapat repair hati mamat tu.Hati macam jantung pisang busuk. Mulut cam longkang,” Sofia bermonolog dalam hati. Mulutnya mulai muncung.
“Sofi! Kamu ni sekejap tersengih, sekejap muncungkan mulut. Kamu buat exercise mulut ke?” Gurau Hanna. Nana tertawa kecil. Sofia bingung alias blur kejap.
“Ha?.. Tak ada,lah…Tak de pape,”jawab Sofia yang ke’blur’an. Faa tertawa kecil.
“Sofi,Sofi! Jomlah. Kesian Faa tengok Sofi. Asyik kena dengan orang je,”kata Faa.
“Apa boleh buat,”keluh Sofia.
Tit!Tit! Tit! Tit!

Satu pesanan ringkas masuk ke peti masuk alias inbox kepunyaan Sofia…

Di pihak yang lain..
“Siapa yang uruskan pasal kelab?” Tanya Ain.
“Aiman dah agih bagi kat budak batch bawah kita,”jawab Haili, salah seorang AJKO.
“Betul,kan?” Tanya Haili pada Aiman. Aiman masih membuat senaman memanaskan badan lalu hanya mengangguk tanda jawapan.
“Aiman join sekali ke merentas desa ni?” Tanya Ain. Aiman mengangguk lagi.
“Kenapa?” Tanya Ain lagi.
“Alah,kau! Macam tak tau bro ni. Mana boleh miss bab lari-lari nih. Champion ni,babe!” Kata Haili. Ain memandang Aiman dengan perasaan ingin tahu. Aiman perasan dirinya ditenung lalu menghentikan senamannya. Dia memandang Ain.
“Kenapa? Aku tak boleh join ke?” Tanya Aiman. Berubah riak wajah Ain tatkala ditanya sebegitu.
“Err..,tak ada,la. Boleh aje. Tapi, kaki..”
“AJKO lain dah ade kat checkpoint?” Tanya Aiman, memotong kata-kata Ain. Ain sedikit terkilan tapi cuba menyembunyikan perasaanya itu.
“Dah. Dorang dah kat position dorang.”
Tit!Tit! Tit!Tit!
Aiman menoleh ke arah bunyi nada dering alias ringtone mesej.
“Dia..” Aiman bermonolog sendiri. Tumpuannya pada si gadis itu. Tumpuannya pada senyuman yang terukir di bibir gadis itu kala gadis itu membaca mesej. Kelihatan keceriaan dan kemanisan di wajah gadis itu. Di hati lelaki ini, tertanya-tanya, siapakah gerangan yang menghantar mesej itu sehingga mampu membuat gadis yang bernama Sofia itu tersenyum manis. Aiman tertunduk lalu menarik nafas dan menghela.
“JOM!”
“Ada 5 checkpoint, ok? Make sure you guys pergi ke kelima-lima checkpoint tu. Jangan skip, jangan cheat, ok?” Kata AJKO.
“Brape kilometer kena merentas ni?” Tanya Nana.
“6 km,” jawab Sofia,ringkas.
“ Saya nak jalan je,lah,” kata Hanna yang kelihatan kurang bersemangat.
“Faa pun ingat nak lari sampai depan tu je,” kata Faa pula. Nana dan Sofia memandang kedua-dua rakan mereka.
“Kenapa?” Tanya Sofia.
“Hehehe! Tak larat,lah. Nanti penat,” jawab Hanna.
“Kalau macam tu, kita jalan sama-sama nak, Hanna?” Pelawa Faa.
“Okay!” Jawab Hanna keriangan. Sofia sedikit kecewa. Dia memandang Nana.
“Nana nak ikut dorang gak ke?”
“Emm, tak kot. Nana nak try lari. Nak tengok Nana boleh tahan sampai checkpoint brape,”jawab Nana. Sofia tersenyum.
“Sofi lari tak?” Pertanyaan Nana dibalas dengan senyuman.
10 minit kemudian..
“Sofii!!” Jeritan Nana mengejutkan Sofi yang sedang leka berlari anak. Dia menoleh ke belakang, melihat Nana yang sedikit keletihan.
“Kenapa, Nana? Nana okay?”
“Nana tak larat dah,la.”
“Kalau macam tu, kita jalan je, lah.”
“Eh, takpe. Hang pi lari. Biar Nana jalan sendiri. Nana nak rehat kat checkpoint nombor dua.”
“Nak buat apa rehat kat sana?”
“Takdelah. Nanti mesti terserempak dgn Hanna and Faa.”
“Eh, takpe ke macam ni? Takpe,lah. Kita jalan sama-sama.”
“Toksah la,weih. Tak nak sebab Nana, Sofi terpaksa stop. Lagipun, Nana rasa Sofi boleh menang Top 50.” Sofi terkedu mendengar kata-kata Nana. Tangan Nana di lengan Sofia. Sedaya upaya dia memaksa Sofia untuk meneruskan lariannya.
“Go, Sofi! Tunggu kitorang kat sana!”
“Nana.. At least, biar Sofi teman Nana sampai checkpoint 2.”
Tak payah. Kalau Sofi teman nanti, payah Sofi nak kejar budak lain. Tak Pe. Nana ok!” Sofia gelisah.
“Sofi janji Sofi bawak balik sijil untuk bilik kita!” Kat Sofia sebelum berlari meneruskan perjalanan.
“Go, Sofia!!”
Checkpoint 5..
“Awak yang ke 47!” Kata salah seorang AJKO yang bertugas. Sofi ‘merembat’ segelas air untuk diteguk.
“Orait,lah tu. Nombor 47!” Sofia menerukan lariannya dan kali ini lebih bersemangat. Laluan jalan raya diurus oleh beberapa AJKO dan staf kolej. Kelihatan pekerja mengibarkan bendera merah mengarahkan pelajar untuk membelok ke kiri iaitu jalan utama ke kolej. Hati Sofia mulai berbunga apabila pintu masuk kolejnya mulai kelihatn dari jauh. Sofia mula menambahkan sedikit kelajuan pada lariannya. Hatinya penuh dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menamatkan larian ini secepat mungkin.
200 meter lagi untuk sampai ke garisan penamat. Sofia tidak lagi memandang sekelilingnya. Apa yang menjadi tumpuannya adalah menamatkan larian dengan kemenangan.
Pintu masuk kolej sudah dilepasi. Garisan mula kelihatan 100 meter darinya. Sofia menambahkan lagi kelajuannya tanpa menghiraukan sesiapa lagi. Walaupun dia terlanggar sedikit bahu seseorang akibat kesesakan di laluan itu, dia masih tidak mempedulikannya. Walaupun tali kasutnya mula terurai, dia masih mampu mengawal langkahnya.
“HA?? .. Aaa!!
BOKK!!!
Ouch!!!” “Adoi!!
Di atas tanah, terdapat dua insan yang terduduk kesakitan. Si gadis memegang tangannya, si teruna menggosok dadanya. Masing-masing kesakitan akibat berlakunya perlanggaran.
“Adoi..sakitt..” Kata Sofia. Sofia menoleh pada orang yang dilanggarnya. Dia kaku seketika. Mereka bertentang mata dan masing-masing berkerut wajah.
“Awak yang ke 47!”
Sofia memandang ke arah AJKO yang berada di garisan penamat, sedang memberikan sijil pada peserta. Sofia kaku. Kurang dari 50 meter garisan penamat darinya. Seorang lagi peserta melintasinya.
“Awak yang ke 48!”
Ha??” Sofia cemas. Ditolehnya pada lelaki itu dengan perasaan geram. Dia cuba untuk bangun tapi..
Huh! Kau boleh bangun tak??” Kata Sofia. Lelaki itu kaku.
Ish! Bangunlah! Kau pijak tali kasut aku!” Marah Sofia. Ditolaknya kaki lelaki itu lantas bangun dan cuba untuk berlari ke arah garisan penamat.
“Ouch!” Sofia tersadung tatkala terpijak tali kasutnya sendiri.
“Awak yang ke 49!” Kata AJKO pada peserta lain. Sofia kaku. Nalurinya dapat merasai seseorang sedang berlari di belakangnya menuju ke garisan penamat.
“Sofia,lari!” Sofia sedaya upaya berlari ke garisan penamat..

Di kafeteria…
“Sofi, dahlah tu. Kira terror ape Sofi ni,”pujuk Nana apabila melihat Sofia meletakkan kepalanya pada tangan di atas meja.
“Yalo! Jangan sedih-sedih. At least kamu ada ini.. Walaupun takda nama kamu,” kata Hanna yang membelek sekeping kertas. Faa merampas kertas itu dari Hanna lalu melihatnya.
“50 orang je yang boleh dapat sijil ni tau,Sofi. Okaylah tu! Tengok macam kitorang ni. Apa pun tak dapat,” kata Faa, cuba memujuk Sofia.
“Tapi kita dapat minum 3 gelas air for free!” Kata Hanna. Nana dan Faa menoleh pada Hanna.
“Bukan ke kamu minum sampai 5 cawan?” Perli Nana. Hanna mula berasa segan.
“Saya rasa air tu sangat sedap!” Kata Hanna dengan riang bak kanak-kanak dalam iklan Ribena.
“Bukan ke air kosong sumenye sama, Hanna?” Tanya Faa. Hanna tertawa kecil. Faa menoleh pada Sofia semula.
“Kenapa ni, Sofi? Macam tak puas hati je?” Sofia mula mengangkat kepalanya lalu menongkat dagu.
“Kalau tak sebabkan dia, mesti Sofi dapat nombor 47,” kata Sofia degnan nada geram. Nana, Hanna dan Faa berpandangan.
“Sape?”
Sofia mendiamkan diri. Dia mulai termenung. Sekejap berkerut, sekejap mengeluh. Beberapa saat kemudian, Sofia bangun dari tempat duduk.
“Eh, nak pergi mana ni?” Tanya Nana.
“Nak beli ‘ubat penenang’,”jawab Sofia sambil berjalan berlalu pergi.
Ubat penenang?

No comments:

Post a Comment

Pembaca bagus